Langkah demi langkah dihentam ke atas permukaan lantai The Curve. Aku ikut berlari tak jauh di belakang Faznur menuju entah ke mana. Gila betul minah ni! Entah apa dia dah masukkan dalam beg aku. Fak dia. Sumpah aku dah taknak lepak dengan dia lepas ni. Aku pula tak fikir panjang tadi. Bila dia tarik tangan aku dan jerit untuk lari, secara automatik aku terus berlari bersamanya. Adrenalin rush agaknya. Ia turut dibantu oleh guard Borders yang bergerak secara terburu-buru ke arah aku. Membuat aku menjadi cuak.
"Faz! Awak dah kenapa?!" Faznur yang masih beberapa meter di hadapan menoleh sedikit ke arah aku di belakang sambil tersengih-sengih dan kembali menjerit.
"Cepat you! Tengok belakang. The guard is keeping up!"
Aku menoleh ke belakang. Shit! Betul rupanya kata Faznur. Ingatkan dia main-main. Bersungguh gila pula guard ni kejar. Aku lajukan langkah walaupun sebenarnya sangat penat setelah berlari selaju mungkin sejauh kira-kira 300 meter.
"Woi, jangan lari!" guard Borders mula naik angin. Aku dapat rasakan yang dia semakin dekat walaupun aku dah lajukan larian sedikit.
"Cepat you, habis you kalau kena cekup nanti!" jerit Faznur lagi sambil menuju keluar dari bangunan The Curve dan menuju ke arah The Street dan terus berlari. Aku nampak dari jauh Faznur memegang kedua belah wedgesnya di tangan dan meluncur laju. Gila minah ni, gila. Nak gila sorang-sorang tak apa juga, kenapa kena libatkan aku.
Aku toleh ke belakang lagi. Fak. Ikutkan penat, memang aku dah berhenti sebenarnya. Tapi nak tak nak, aku lajukan larian untuk elak dari kena tangkap. Tak tahu pun sebenarnya sama ada aku bersalah atau tak. Tapi aku tak sanggup ambil risiko. Aku memejam mata sambil menambahkan pecutan pada kaki yang deras melangkah. Terasa sakit di bahagian peha. Perut aku pun turut terasa sakit. Tak pernah aku lari selaju ni.
Imej Faznur yang comel dan suka membakar roti sebelum ni terus berubah menjadi seorang perempuan gila yang suka mencuri buku di Borders dan dikejar guard yang beriya entah kenapa. Aku semakin menghampiri Faznur setelah beberapa minit berlari. Mahu sahaja aku tempeleng kepala gadis tersebut kerana marah tetapi aku sabar. Lebih kepada penat sebenarnya. Guard di belakang kelihatan semakin jauh dan tidak berminat untuk meneruskan pengejarannya. Mungkin dia juga sudah penat seperti aku. Cuma dia ada pilihan untuk berhenti.
Faznur memperlahankan larian dan kami berlari seiringan. Aku memandang ke arah dia, yang masih tersengih-sengih. Dia membelek wedgesnya sambil terus berlari perlahan.
"I memang lupa betul tadi nak pakai kasut sukan." katanya mencebik.
"You saja kan!" aku menggunakan you instead of awak yang selalunya aku guna kerana you bunyinya lebih nampak marah.
"Hehe rileks la you. Jangan berhenti tau. Kita duduk depan sana. Nanti guard tu nampak lagi. Kita belum cukup jauh."
Kami berjogging masuk ke dalam E-Curve dan kemudian berjalan perlahan sebelum akhirnya berhenti di hadapan 7-eleven untuk membeli air.
XXX
Aku cuma duduk di luar 7-eleven kerana terlalu penat untuk bergerak masuk ke dalam untuk beli air dan beratur untuk bayar bagai. Tapi aku nak air! Cuma Faznur yang masuk setelah aku pesan 100 plus dan tidak beberapa lama kemudian aku terasa sejuk di bahagian leher.
"Sejuk lah!" aku mengalihkan leher yang ditekup botol 100 plus oleh Faznur. Dia ketawa kecil.
"Heheh chill la you. Kenapa marah sangat ni? Ha? Ha? Seronok apa." Dia menghulur botol sebelum mengambil tempat duduk di sebelah aku di hadapan 7-eleven.
"Takde kerja awak ni." dengus aku setelah menogok botol minumam isotonik itu secara terburu-buru. Penat gila.
"Tadi you yang kata buku ni best, I ambil la. Letak dalam beg. Lupa nak bayar." katanya masih dalam mood bergurau sambil mengeluarkan Tuesdays with Moorie dari beg aku.
YOU ARE READING
Jog
General FictionCatatan ringkas mengenai 1000 kilometer pertama seorang lelaki yang berlari untuk mencari sesuatu.