20

432 19 4
                                    

Larian akhir aku menuju garisan penamat adalah yang paling laju sepanjang keseluruhan perlumbaan. Oleh kerana merasakan masa sudah suntuk, aku lari sekuat hati apabila papan tanda di bahu jalan menunjukkan cuma tinggal 500 meter untuk sampai. Aku tidak lihat jam tangan. Tak tahulah masih sempat atau tidak. Aku cuma berlari sekuat mungkin, tanpa menghiraukan rasa penat dan senak di perut. Larian aku juga sedikit aneh kerana terlalu penat. Namun aku teruskan melangkah. Sedikit sahaja lagi.

Tinggal 100 meter terakhir. Aku menggunakan segala kudrat yang tinggal untuk memecut. Air Max Run Lite 4 biru-hitam menghenyak-henyak permukaan jalan tanpa ampun. Peha terasa begitu ketat. Aku jadi semakin bersemangat apabila terdengar muzik dari marching band di sisi garisan penamat yang menyambut pulang para pelari. Begitu meriah. Itu adalah tanda-tanda aku tak adalah lambat sangat kerana mereka masih menyambut. Aku boleh lihat pintu gerbang dengan tulisan FINISH hanya beberapa meter sahaja lagi.

Dan akhirnya aku melepasi pintu gerbang tersebut untuk menamatkan larian.

Aku terus terbaring di tepi jalan tercungap-cungap.

Huh huh huh huh.

Tak lama kemudian, aku muntah.

XXX

Setelah segalanya mula ok, aku beralih untuk duduk di sisi garisan penamat bersama penonton-penonton lain dan memerhati para pelari lain menamatkan larian. Walaupun aku tidak berjaya menghabiskan larian di bawah qualifying time iaitu 1 jam 30 minit dan menerima medal, aku tetap berasa sangat puas kerana berjaya berlari sejauh 10 kilometer di bawah masa 2 jam. Belum pernah dilakukan sebelum ini. Ia sesuatu yang sukar digambarkan. Segala penat lelah rasa begitu berbaloi. Aku tak pernah melakukan seks. Tapi jika seks adalah lebih baik dari ini, maka ianya sangat hebat.

"Dude, you made it!"

Faznur datang berlari ke arah aku sambil terpekik-pekik Yay, Huray, God dan sebagainya. Walaupun dalam keadaan lain hal ini agak memalukan, tapi dalam keadaan sekarang ia sangat mengujakan dan membuatkan aku seronok. Dan apabila dia sampai kepada aku, dia terus mendepakan tangan lalu memeluk aku dengan begitu kuat membuatkan aku sedikit terkejut.

"Hey, tak payahlah. Badan berpeluh-peluh ni kot." kata aku acah-acah menolak pelukannya walhal syok juga. Kah kah.

"Tak kisahlah. You deserved it!" jawab Faznur sambil terus membaluti tubuh aku dengan tubuhnya dengan begitu erat. Aku mula terasa malu.

Nasib baik tak berapa lama kemudian dia melepaskannya dan kami berborak seperti biasa sambil duduk memerhatikan pelari lain di garisan penamat. Ramai juga yang belum habis. Kira aku tak adalah lambat sangat. Heh.

Kami berborak panjang sambil bersila di atas rumput dikelilingi pelari lain yang turut sedang berehat. Jika rutin larian aku berjalan lancar selepas ini, aku rasa ialah adalah disebabkan pagi itu. Menamatkan larian 10K aku yang pertama membuatkan aku sangat bersemangat dengan prospek larian-larian yang akan datang. Aku terangkan perasaan ini pada Faznur sambil dia terus berceloteh tentang hal-hal remeh di samping beberapa larian yang aku boleh sertai selepas ini. Dia kelihatan seperti ingin menyatakan sesuatu yang penting tetapi tidak disampaikan entah kenapa. Dia cuma kata aku perlu dapatkan jam tangan sepertinya supaya lebih mudah untuk aku track larian aku selepas ini.

Sedang kami berborak, seorang pemuda yang menggelarkan dirinya sebagai A menegur aku dan memberi kadnya, sebelum berlalu pergi. Entah siapa. Katanya, hubungi dia jika lapang dan aku simpan kadnya di dalam kocek dalam kehairanan sebelum sambung berborak dengan Faznur.

Lebih kurang sejam kemudian, kami kembali ke rumah masing-masing. Terasa ingin singgah lepak di mana-mana sambil minum dan teruskan berborak dengan Faznur tapi aku rasa agak letih dan perlukan rehat. Jadi aku terus memandu pulang ke rumah.

Sampai sahaja di rumah, Ariff Adly menunggu di pagar.

Damn!

Tiada medal di dalam genggaman untuk ditunjukkan dan dibanggakan kepadanya. Ini bermakna Ariff Adly telah terselamat daripada kena lari bogel sekeliling taman perumahan. Dan seperti perjanjian, aku pula yang terpaksa berbuat demikian. Dia tersengih-sengih sambil menunggu aku keluar dari kereta, seperti tahu-tahu yang aku tidak berjaya menamatkan larian di bawah qualifying time.

"So, mana medalnya?" tanyanya seakan memerli sebaik sahaja kaki aku keluar dari kereta.

"Tak ada la sial. Lain kali je." jawab aku dengan redha.

Ariff Adly terus gelak terbahak-bahak. Aku menutup kembali pintu kereta setelah keluar dan berjalan ke arah pagar rumah, cuba untuk tidak menghiraukannya.

"Malam nanti jelah aku lari bogel, tunggu takde orang. Dalam perjanjian takde pulak cakap bila kena lari kan?" aku cuba mengelak dari lari di siang hari macam sekarang seperti orang gila seks.

Dengan tidak semena-mena Ariff Adly membuka zip seluar dan melucutkannya ke bawah.

"Apahal pulak ni?" terpinga-pinga aku dibuatnya.

Ariff Adly tidak menjawab. Dia teruskan dengan membuka baju dan kemudian boxernya. Aku cuma kaget memandang.

"Good run, mate." katanya kepada aku sebelum mencampakkan helaian pakaian terakhirnya dan mula berlari dengan tanpa seurat benang. Aku cuma tersengih dan memandang Ariff Adly yang semakin jauh dari pandangan.

Tiada jiran-jiran yang bising tengahari itu dek lelaki bogel yang berlari mengelilingi kawasan rumah mereka kerana seperti Mike, Ariff Adly cuma wujud di mata aku. 

JogWhere stories live. Discover now