7

1K 29 0
                                    

Gagal adalah suatu benda yang aku dah rasa sejak daripada kecil. Dan berulang-ulang sehingga sekarang. Ia bukanlah suatu perasan yang bagus sangat pun, jika kau tanya pendapat aku. Antara kegagalan yang aku paling ingat adalah ketika aku tahun 1 di sekolah rendah. 1 Putih ketika itu, nama kelas di mana aku berada. Kelas terakhir daripada 5 kelas yang ada. Kelas pertama dipanggil 1 Kuning. Selesai peperiksaan akhir tahun, aku dapat nombor 37 daripada 38 orang yang ada di dalam kelas.

Bayangkan, kelas terakhir dan berada di tempat kedua terakhir. Senang kata, seluruh tahun 1 di sekolah tersebut, aku adalah orang kedua terbodoh. Itulah kali pertama aku kenal erti gagal. Dan oleh sebab budak yang berada di nombor 38 adalah kawan baik aku, Hakimi, aku tidaklah sesedih mana.

Dan petang itu, perasan yang seaakan sama datang menziarah seperti orang yang datang beraya di pagi Syawal, dijangka dan agak menjengkelkan. Walaupun berbekal kasut biru-hitam Faznur yang aku fikir sangat power, masih terasa agak sukar untuk aku kekal berlari secara berterusan untuk waktu yang agak panjang. Setelah 2 minit berlari, aku berhenti dan sambung dengan berjalan. Walaupun kali ini aku teruskan dengan berjalan, kemudian sambung berlari dan berulang-ulang, ia tetap rasa seperti suatu kegagalan. Satu pusingan di padang perumahan aku sama dengan lebih kurang 1.5 kilo. Aku hampir masuk ke pusingan kedua, ketika aku berjalan sambil cekak pinggang dan memandang ke bawah.

Imej Jamie di tahun 1 Putih muncul di kepala. Dan cuma itu, aku rasa yang membuatkan aku berlari anak menghabiskan larian sejauh 3 kilometer. Walaupun rasa gagal masih menyelubungi, ia tetap 3 kilometer aku yang pertama sepanjang hidup. Jadi mari raikan ia dengan roti canai.

XXX

"Kau tak perlu teruskan pun, kalau tak suka sebenarnya, Jamal." Mike bersuara sambil menghirup teh O ais di hadapannya. Jamal adalah nama sebenarnya aku. Ya, agak kampung juga. Aku pandang Mike yang duduk bertentangan dengan aku, tiada jawapan yang keluar dari mulut. Aku hanya memandangnya kemudian mengalihkan pandangan ke roti canai sebelum akhirnya membalas,

"Tak semua benda yang kita tak suka adalah tidak baik untuk kita, Mike. Dan vice versa,"

Aku berfalfasah gila babi, padahal ayat tu Faznur yang beritahu aku pada hari Sabtu hari tu. Perempuan itu macam sangat memotivasikan pula. Dan comel. Mungkin aku perlu jumpa dia lebih kerap untuk terus bermotivasi. Aku terus mengelamun pasal Faznur sejenak sebelum Mike kembali bersuara.

"Tapi apa gunanya buat sesuatu yang kau tak suka, walaupun hasilnya baik. Kau akan hidup dalam keadaan yang tak seronok." Mike terus play down usaha aku untuk berlari secara serius.

Mike adalah seorang yang baik, aku rasa. Walaupun kadangkala macam gampang, aku selesa dengannya. Cuma dia kadang seperti membuat aku terlalu laid back, seperti apa yang dia cuba buat sekarang. Cuba untuk tidak membuat aku push diri sendiri untuk sesuatu, yang aku rasa adalah diperlukan. Tapi Mike buat semua ini kerana dia ambil berat, aku fikir.

Imej Jamie berusia 7 tahun meronyokkan kertas peperiksaan terus bermain. Aku capai smartphone yang berada tepi pinggan roti canai dan membuka aplikasi Twitter.

@jamieahmadkamal: No pain, no glory, Mike.

JogWhere stories live. Discover now