5

1K 28 1
                                    

Aku tak nampak pula mak dia apabila melangkah ke dalam rumah. Mungkin di atas. Mesra semacam minah ni, risau juga aku sebenarnya.

"Airmax tu ok, dalam keadaan yang sangat baik. I baru pakai 2 bulan. Nanti you tengoklah" Faznur mempelawa aku duduk di sofa ruang tamu sementara dia duduk di kerusi meja makan tidak jauh dari ruang tamu, entah tengah buat apa.

Aku cuma membalas "Oo ok" sambil memerhatikan rak berhampiran televisyennya. Aku memang seorang yang pemalu sebenarnya, lebih-lebih lagi dengan gadis berambut paras bahu yang comel seperti Faznur ni.

"Kejap ye, tengah buat roti sekejap. You dah sarapan? I lapar gila. Maaf." dia menoleh sedikit kepalanya kepada aku untuk bertanya. Aku membalas tidak mengapa kerana aku dah makan sebentar tadi. Kemudian menyesal sebab aku sebenarnya belum makan dan lapar juga.

Setelah siap menyediakan roti, dia beralih ke ruang tamu dan duduk di bawah, berhampiran sofa.

"You pakai kasut apa sebelum ni, rosak ke? Ke saja nak upgrade?" tanya dia sebaik sahaja duduk dan masih mempelawa rotinya.

"Saya pun tak pasti kasut apa, tapi kasut sukan yang murah je. Baru nak mula berlari, sebenarnya. Tu cari kasut yang bagus sikit" jawab aku, jujur sahaja kerana minah ni nampak seperti seorang yang rileks dan tidak akan mentertawakan orang seperti aku.

"Oh" jawabnya pendek sambil menguyah roti. Memang nampak seperti seorang yang sangat lapar pada masa tu.

"Kenapa jual?" tanya aku lagi.

"Oh, I'm getting myself new shoes. I memang pakai kasut tak lama, lepas 2-3 bulan I akan jual atau beri kepada orang kemudian beli yang baru" katanya sambil menghabiskan sisa terakhir sekeping roti dan kembali mempelawa 3 keping roti lain di pinggan kepada aku. Aku kali ini tidak menolak rezeki dan mengambil satu, sambil dia menyambung "Because you know, I suka idea di mana random people akan pakai kasut I dan mereka berlari di random places. Rasa macam I berjasa, walaupun sebenarnya tak adalah sangat."

Ternyata Faznur memang seorang yang banyak bercakap kerana aku masih menguyah dan belum sempat memberi respon apa-apa tapi dia telah kembali sambung bercakap.

"Nanti you berilah twitter atau Fb you. Sebab I memang keep track setiap orang yang beli kasut I untuk tahu perkembangan semasa mereka. Kadang-kadang I tengok di Fb, mereka akan pergi run yang sama dan I akan jumpa kembali kasut I yang lama. I rasa benda ni agak romantik. Macam jejak kasih kecil-kecilan pun ada," katanya panjang lebar sambil menunjukkan isyarat I Got My Eyes on You di pertengahan penjelasannya sebentar tadi.

"Oh, jadi awak memang seasoned runner ke. Bunyi macam banyak berlari. Saya tak agak seorang yang bergambar pokok di profile Whatsapp adalah pelari tegar."

Dia ketawa kecil dan kelihatan mahu menepuk kaki aku tetapi menariknya semula. Daripada tubuhnya pun, sebenarnya aku boleh dapat idea yang dia memang seorang yang aktif bersukan. Kecil dan rendah sahaja orangnya. Aku rasa tidak sampai 160 cm. Tapi mantap. Athleticism-wise le. Aku rasa ada abs yang power terlindung di balik t-shirt kelabu yang dia kenakan pagi itu. Amboi, lebih baik aku sambung memakan roti dari terus perhatikan dia.

"Bolehlah, I start lari 3 tahun lepas. Tak adalah seasoned runner pun. Consistensy is key, dude! So, apa yang buat you nak start lari ni?"

Aku cuma ada 1 sebab yang jelas untuk berlari setakat ini, tapi memandangkan Faznur dan Ariff Adly tidak mengenali antara satu sama lain, aku tidak pula memberitahunya sebab yang itu.

"Entahlah, rasa seperti saya perlu mulakan perkara ni." jawab aku teragak-agak.

"Baguslah, I ucapkan tahniah. You tahu apa yang paling susah dalam sesuatu perkara?"

Aku belum pun sempat meneka, dia telah menjawab sendiri soalannya. Minah ni..

"Nak mulakan sesuatu perkara itu sendiri adalah bahagian yang paling payah."

"Bukan nak kekalkan lagi susah? Macam you kata tadi, consistency is key?" kali ini aku berjaya mencelah.

"You akan rasa susah untuk kekalkan sesuatu bila permulaan yang you buat adalah tidak berapa betul. Itu pada pandangan I lah. Jadi you perlukan base yang solid. A very solid reason why you want to start this thing," katanya sambil menjilat sedikit hujung jari yang terkena inti roti.

Membuktikan Ariff Adly adalah salah, sounds solid enough reason untuk aku buat masa ini.

"Dan you know, sebenarnya ia agak tidak tepat bila I kata I start lari 3 tahun lepas. Apa yang terjadi 3 tahun lepas adalah, I kembali kepada berlari. Sebab you tahu, lari adalah fitrah kita. Remember when we were kids? We can't stop running. Jadi yeah, we are born runner, sebenarnya. Kita cuma membesar kemudian menjadi bosan dan lupa pasal kebolehan kita ni."

Sebenarnya tak sedap langsung roti bakar yang Faznur buat, namun aku, Faznur dan roti bakar buatan Faznur terus berbual, sebelum bunyi pintu diketuk kedengaran.

JogWhere stories live. Discover now