Pain is inevitable, suffering is optional.
I beritahu perkara ini pada Jamie malam itu ketika kami sedang makan di sebuah cafe dalam The Curve. Oklah I mengaku, McDonald's sebenarnya. I teringin.
Quote tu I ambil dari buku Murakami. Tapi sebenarnya, Murakami dengar dari seorang pelari lain. Dan pelari yang beritahu Murakami mantra tu, sebenarnya abang dia yang cakap kepada dia. Dan abang pelari yang beritahu Murakami tu, I yang beritahu dia perkara ini.
"Tak kiralah you lari macam mana pun, you akan rasa sakit juga. Apa yang membezakannya adalah, macam mana you react pada kesakitan tu. Samada you biar ia terus sakitkan you atau sebaliknya."
Lelaki hadapan I ni hanya mengangguk-angguk dan tidak berkata apa-apa kerana mulutnya penuh dengan cebisan Double Cheese Burger.
Selepas terjumpa Jamie di tasik petang tadi dan berborak seketika, I terus dia ajak dia keluar makan malam.
You looked tired, dude! I tergelak-gelak sambil menghampiri bangku di mana dia sedang berehat. Jamie tidak kelihatan begitu terkejut terjumpa I petang tu, rasanya dia ada bacalah kot tweet I. Dia stalk I. Omjay. Atau dia terlalu penat sehingga nak menunjukkan reaksi terkejut pun tak larat. Lulz.
I cuma rasa dia perlukan bantuan. Sebab itulah I ajak dia keluar. Walaupun, makan di McDonald's ni tidak kedengaran seperti bantuan yang bagus, I ada agenda tersendiri selepas ini. Hehe.
I nampak yang Jamie ikhlas untuk mula berlari, walaupun dia agak lost. I hargai keikhlasan dia. Sebab kebanyakkan orang mula berjinak-jinak dengan berlari nowadays hanya kerana ikutkan trend. I bet bila mereka rasa benda ni dah tak in, they will ditch it just like that. Tapi I tak kisah pun sebenarnya. I bukanlah seorang budak hipster yang akan benci orang bila mereka lakukan perkara yang sama dengan I, yang I dah lama lakukan dahulu. Ala shit, I sounded like that's exactly how I felt. But it's not!
Anyhow, lelaki yang tengah kunyah Double Cheese Burger dengan gaya yang agak menakutkan-tapi-comel di hadapan I ni, lain. Dia nampak betul-betul nak berlari. Sebab tu I sanggup teman makan dan cuba untuk beri sedikit motivasi.
"You pergi usha tak laman Myraceonline yang I beritahu you tempoh hari tu?" tanya I sambil menyuap kentang goreng satu-persatu dengan rasa penuh bersalah tapi I anggap jelah harini adalah Cheat Day I.
"Usha juga, baguslah ada laman macam tu. Senang saya nak cari mana-mana tarikh yang available untuk join."
"So, you ada register mana-mana larian tak?" tangan I terus laju merendahkan timbunan kentang goreng. Hari nii je.
Lelaki tersebut tidak terus menjawab. Dia kelihatan seperti berfikir tentang sesuatu, kemudian berkata, "Ada, kot."
I cuma senyum sambil menghabiskan sisa-sisa makanan atas meja di McDosa dan memandang ke arah dia. I ada agenda untuk dia malam ni. Hehe.
YOU ARE READING
Jog
General FictionCatatan ringkas mengenai 1000 kilometer pertama seorang lelaki yang berlari untuk mencari sesuatu.