8

1K 34 3
                                    

Kasut Airmax Run Lite 4 warna biru-hitam dibuka berhati-hati sebaik sahaja I sampai di salah satu pondok yang memang banyak disediakan di tepi laluan jogging di tasik Shah Alam seksyen 7 tersebut.

Memang dah jadi tabiat, habis sahaja lari I akan buka kasut dan pulang ke kereta dengan berkaki ayam. Rasa seperti setelah berlari dengan kasut sejauh beberapa kilometer, I perlu tapak kaki I bermanja-manja sedikit dengan tanah, atau jalanraya, atau rumput, atau apa-apa permukaan yang akan dilalui sepanjang perjalanan ke kereta. Tapi petang tu I rileks dulu. Kasut yang dibuka I letak di sebelah tempat I duduk di bawah pondok.

Mungkin ini adalah kali terakhir Airmax biru-hitam ini akan dipakai oleh I. Tempoh hari I jalan di shopping mall, ternampak Red Dual Fusion tr 5 warna merah-kelabu yang sangat seksi. Sebaik saja nampak, I tau itu adalah jodoh I.

Walaubagaimanapun, I tak beli pada masa tu. Sebab walaupun jodoh, nak kahwin perlukan duit juga. Jadi balik nanti mungkin I perlu up Airmax biru-hitam ini di laman Mudah supaya I boleh dapatkan jodoh I di kemudian hari. Kalau dah jodoh, tak ke mana.

I belum rasa nak pulang lagi petang tu, jadi I terus duduk dan perhatikan manusia-manusia di tasik tersebut. I baru sahaja lepas lari sejauh 10 kilometer tadi. Lama juga masa diambil, dalam sejam. Kerana I lari pun tak laju sangat, ia adalah recovery run susulan larian marathon I di Melaka 3 hari lalu. Sebuah event larian yang agak kucar-kacir I rasa. Jumlah peserta pun tak ramai. I tak sure kenapa. Larian yang I rasa agak sukar pada mulanya walaupun in the end, ia adalah sebuah larian yang sangat baik. Antara masa yang terpantas I pernah catat untuk larian marathon.

Ia agak sukar pada permulaan kerana nasib I tak berapa baik beberapa hari menjelang hari larian. Banyak perkara yang berlaku, antaranya I dapat tahu yang bapa I ada perempuan lain. I agak down juga pada masa tu, tapi I teruskan juga perjalanan ke Melaka berdua bersama Nadia, adik I. I pergi berdua sebab balik tu I fikir, I tak akan larat untuk drive. Dalam perjalanan pergi, I tak cerita pun tentang bapa pada Nadia. Nadia terlalu muda untuk tau hal menyedihkan sebegini.

Beberapa jam sebelum larian, I tak dapat rehat atau tidur seperti biasa sebab hal tersebut masih bermain-main di kepala I. Persediaan akhir pun tidak seberapa, I cuma makan kentang lecek KFC sebekas sebelum tidur selama sejam. Bangun pagi tu, I rasa sangat groggy dan tidak bersedia. Tapi I teruskan juga. Nadia dan I tidur di hostel di atas Galvanize Cafe di Jalan Hang Jebat. Jadi lokasi larian adalah tidak jauh dan I cuma perlu berjalan ke tempat starting point larian, iaitu di Dataran Pahlawan.

Di starting point, I terjumpa beberapa orang yang I kenal di larian-larian sebelum ini dan berbual kecil sementara menunggu flag off pada jam 4 pagi. I jumpa Benjamin atau lebih selalu dipanggil dengan Ben sahaja. Antara pelari yang paling komited dalam lariannya. Dia akan join sehingga 6 marathon dalam masa setahun. I tak tahu samada jumlah itu cukup hebat untuk pelari lain tapi bagi I, ia adalah agak gila.

Kemudian I jumpa seorang lagi Ben, tetapi yang ini perempuan. Gadis kecil dari Sabah yang tidak kurang rajin juga berlari, walaupun tidak segila Ben yang lelaki. Ben dan Ben juga mengenali sesama mereka jadi banyak juga yang dibualkan pagi itu sebelum memanaskan badan. Terubat sedikit perasaan marah I berjumpa mereka.

Tepat pukul 4 pagi, peserta dilepaskan dan I mula perlahan-lahan melangkah. 10 kilometer pertama berjaya diharungi walaupun ia agak teruk. I tak rasa seperti diri I sepanjang 10 kilometer pertama tersebut. Pace I sloppy dan I rasa terlalu lemah. I berhenti dan sambung dengan berjalan.

You pernah rasa marah? Marah kena tipu dengan bf? Atau marah sebab you rasa tuhan you tak adil? Atau apa-apa jelah. I rasa semua orang pun pernah rasa perasaan yang sangat merbahaya ni. I rasa marah sangat pada bapa I pada waktu itu. Dan walaupun perasaan marah kedengaran tidak elok, itu sebenarnya adalah perkara yang baik untuk baki larian I pada masa itu.

You tahu, setiap perasaan yang you rasa samada sedih, marah, gembira, you boleh salurkan sebagai tenaga ke arah benda lain. I belajar benda ni waktu itulah. I mula kembali berlari di kilometer ke 12 dan tidak berhenti langsung sehingga ke finishing line. Kita tak boleh boleh halang dari melalui perasaan-perasaan malang, sebab kita adalah manusia dan ia adalah perkara biasa. Apa yang kita boleh buat adalah, belajar untuk gunakan perasaan-perasaan malang tersebut untuk kebaikkan.

Sejak daripada tu I lebih pandai mengawal perasaan-perasaan yang menimpa I dalam hidup I selanjutnya. I cuma pandai salurkan ia kepada lari. Tapi I rasa itu sudah cukup. Bila sedih I lari, bila stress I lari. Bila gembira pun, I akan cuba salurkan ia kepada tenaga untuk lari lebih kuat. Tapi you tahu, I baru perasan yang I selalu belari agak perlahan-lahan ketika I berada dalam perasaan yang positif seperti gembira. Dari situ I simpulkan, dalam banyak-banyak perasaan, perasaan marah I rasa adalah yang paling powerful.

JogWhere stories live. Discover now