Prologue

18.1K 539 57
                                    

Cerita hantu?

Juadah mulut paling nikmat di kala malam. Lagi-lagi jika ada gathering antara kawan atau keluarga. Tak percaya? Tu tanda anda anti-sosial di kala hari raya kerana sibuk dengan handphone update facebook, twiter dan segala maha bahana bernama media sosial.

Aku tak ingat sejak bila aku terdedah dengan cerita seram. Sebab aku ni bukan la minat sangat dengan genre seram. Kalau boleh, tak nak tengok pun. Tak percaya? Koleksi download aku takde pun cerita seram.

Tapi aku suka cerita seram dari pembacaan atau penceritaan mulut ke mulut. Entah. Mungkin masa tu otak kita berkocak menghasilkan imaginasi diotak. Hasil projeksi kefahaman. Jantung berdegup pantas kesan reaksi dari adrenalin yang berlari-lari dalam salur darah. Sekelumit nafsu ingin tahu membuatkan kita untuk terus bertahan dengan cerita. Ingin tahu apa yang berlaku. Sebab manusia memang tak tahan benda yang kita tak tahu

Bergantung anda di pihak mana untuk memberi judisfikasi samada aku seorang yang percaya karut-marut dan tahyul pada zaman download 80mbps. Jujurnya aku seorang saintifik. Aku jenis ambil pengiraan sehingga 3 titik perpuluhan.

Sains dan mistik tidak boleh bercampur. Macam minyak dan air.

Tapi kita boleh sangkal satu perkara.

Mereka berada di luar sana

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now