Lagenda Saint Nicolas

2.9K 93 16
                                    

"Abang! Tunggu!"

Kaki kecilnya berlari mengejar abang dan rakannya di sebuah lorong di pekan Colmar. Suasana sudah pun kelam namun tiga orang yatim ini masih lagi berkeliaran di lorong-lorong sunyi pekan negeri Alsace.

"Adik, cepat dik!"

Lelaki yang berambut perang berhentu dan menoleh. Tangannya melambai-lambai tidak sabar kepada adiknya yang berlari sambil memeluk patung lembut yang sangat kotor dan koyak rabak. Sama seperti pakaian mereka.

"Vivian, nanti kedai pakcik tu tutup! Melepas makan malam kita nanti!"

Budak yang berhidung mancung berambut perang penuh kotoran pula membantah. Vivian hanya memekak telinga. Dia setia menunggu adiknya yang masih lagi berlari perlahan.

"Adik Valentine ok?"

Dia hanya mengangguk. Rambutnya yang panjang tapi kusut itu jatuh dari dahi depannya menutup titik-titik gelap di mukanya. Abangnya menghulurkan tangan lalu disambut. Mereka menyambung larian sehingga sampai ke bahagian belakang sebuah kedai yang tidak berpenghuni.

"Merde! Kita lambat! Dia dah buang dah baki roti!" dengus Pierre sambil mengesat peluh di dahi.

Mereka bertiga memandang hampa pada pintu belakang Boulangerie milik salah seorang lelaki tua di situ. Malam begitu cepat menjelma di akhir musim luruh. Banyak pokok sudah menggugurkan daun. Angin kuat saja meniup membawa hawa dingin sebagai tanda musim sejuk yang bakal menjelma tidak lama lagi.

"Mari kita pulang. Esok masih ada harapan lagi." Ujar Vivian yang berfikiran positif walhal perutnya sebenarnya menangis kelapran.

Akhirnya anak-anak terbiar ini berjalan seiringan melalui lorong-lorong sunyi untuk pulang ke tempat persembunyian mereka yang jauh di sebuah Chapel di hujung pekan.

"Abang... Valentine lapar..."

"Kau lapar?"

Bukan suara abangnya yang menjawab. Tetapi seorang lelaki yang besar, berkepala botak, berperut buncit muncul dari muka pintu sebuah kedai yang mereka lintas. Di atas pintu kelihatan lambang daging steak dan ikatan sosej. Pakaiannya terdapat palitan darah kering termasuk pada apron putih yang dia pakai.

Wajahnya begitu menakutkan. Valentine cepat-cepat sembunyi di belakang abangnya dan Pierre. Mahu sahaja mereka pecut dari situ kerana disergah sedemikian rupa. Tapi Valentine sentiasa pendek nafas dan tidak mudah berlari. Apa jua terjadi, dia perlu mempertahan yang lemah.

"Aku ada baki makanan... masuklah kalau nak" lelaki itu berpaling lalu menghilang masuk ke dalam kedainya semula.

Mereka berpandangan lalu masuk tanpa teragak-agak. Lebih-lebih lagi perut mereka yang kelaparan. Hanya roti kering dan keras sebesar separuh penumbuk sahaja yang mereka isi sejak tengahari tadi. Itu pun dikongsi 3 orang.

Kedingin serta merta menghilang bila mereka melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Lelaki pemotong daging itu sedang menyalakan sebatang liling di atas meja.Mata mereka bersinar melihat seekor poulet roti yang tersedia untuk dijamu dan beberapa batang roti baguette. Mereka cepat-cepat mengambil tempat masing.

"Pierre! Say your grace!"

Dia yang sudah menyumbat roti ke dalam mulut terhenti. Tangannya mencapai gelas berisi air lalu minum dan menelan keras.

"Pak cik tak join sekali?" ajak Valentine sopan.

"Tak perlu. Pak cik ada kerja sedikit" lalu di menghilang dalam kegelapan malam.

Mereka bertiga berpegang tangan dan menundukkan sedikit kepala.

"Terima kasih tuhan untuk makan malam kami. Kami berharap kami dapat lagi"

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now