"Cikgu kena sakat tak?"
Aku menghirup teh percuma dari Cikgu Has setelah bertanya. Dia mengukir senyuman. Alahai cikgu, nasib baik saya bawah umur lagi.
"Mesti la kena sakat. Tapi best!"
Perbualan kami berkitar mengenai Hari Kantin yang berlangsung minggu lepas. Ia merupakan event tahunan yang ditunggu-tunggu semua. Ada yang jual barang, ada yang jual benda makan. Tapi yang pastinya,mesti ada kelas yang buka Rumah Hantu. Rezeki cikgu praktikal berkenaan merasa acara paling best dalam kalendar tahunan kami.
Aku menghirup lagi. Aku memang hantu teh walau aku belum lepas PMR. Dari darjah 4 aku dah start suka teh. Lagi-lagi yang percuma dibelanja orang dikala lepas waktu sekolah. Aku sebenarnya sedang menghabiskan masa. Waktu sekolah tamat jam 1.20 petang. Maka aku ada lebih kurang 30 hingga 40 minit masa terluang sebelum menaiki bas ke pusat tusyen yang jaraknya tak sampai 5 minit.
Cikgu Has menyedut sirap limau ais. Cikgu Aslinda di sebelah hanya ada air suam. Mereka berdua guru praktikal yang mengajar kelas menengah atas. Aku yang tengah syok layan stim melepak berseorangan di kantin diajak mereka minum bersama. Siapa tolak rezeki percuma memang tak pandai. (Aku yang pow sebenarnya)
"Kalau hantu betul?"
Mulut aku sedia langsi dari kecil. Ini diakui oleh Supervisor tempat kerja aku sekarang. Kelangsian yang penuh kejujuran. Siapa jiwa nipis memang terasa.
"Eleh, macam korang tak pernah kena. Sekolah korang ni bangunan lama kot"
Aku menggeleng sambil mencebik tanda menidak. Aku meletakkan cangkir aku ke atas piring kaca. Gaya aku memang tak ubah seperti orang yang dah lama hidup padahal bulu pubis pun masih belum tumbuhlagi masa tu.
"Sekolah semua lelaki cikgu... Jangan nak kata sekolah lain, jin dan jembalang pun terpaksa pasrah serah kawasan ni kat kitorang"
Aku tersenyum puas. Benar, kesetanan kami terkenal sehingga ke UKM Bangi. Terutama pada guru-guru praktikal perempuan yang berhati kaca nipis. Bagi mereka sekolah kami merupakan neraka yang muncul di dunia. Guru-guru praktikal lelaki juga mengalami nasib yang sama jika mereka datang dengan iman dan mental cap ayam.
"Masa camping kat sekolah pun?" tanya Cikgu Has yang agak terkejut ridak percaya. Tapi bagi aku itu normal bagi mereka yang tidak pernah merasa sekolah harian yang semuanya lelaki. Sekolah semua lelaki hampir mustahil kes histeria. Kalau histeria pun bila terjumpa tempat sorok majalah dan CD porn.
"Nope"
Aku menggeleng lagi. Cerita seram dari sekolah harian tidak dapat menandingi cerita seram hostel seluruh negara. Lagi-lagi sekolah macam aku ni. Kalau ada pun, kami anggap 'ia' datang singgah sekejap. Tiada benda yang menarik perhatian disini. Tiada bau darah percuma setiap bulan sebab tiada pelajar perempuan. Dari darjah satu sampai tingkatan lima semuanya batang-batang belaka. Kalau dapat bau tu mungkin kat cikgu-cikgu praktikal seperti di depan aku.
"Ada je masa camping tapi itu masa camping kat luar. Nak dengar?"
Cangkir aku masih berasap walaupun telah hilang separuh. Aku tak tahu bila aku dapat ilmu lidah dan bibir kebal. Cikgu Aslinda melirik pada jam dan mengangguk. Cikgu Has menoleh dan terpaksa bersetuju dalam diam. Dia terpaksa tumpang Cikgu Aslinda balik.
"Kes camping kat Ampang Pecah tahun lepas. Ceritanya macam ni"
+++++
Sekolah kami dijemput oleh Pejabat Pendidikan Daerah untuk mnghadiri perkhemahan gabungan untuk pembinaan modal insan. Memandangkan ramai yang betul-betul belum menjadi insan, pihak sekolah menghantar 3 buah bas penuh dengan pelajar-pelajar pelbagai tingkatan untuk perkhemahan ini. Walaupun ramai yang hadir ini merupakan golongan clean depan cikgu, tapi kesetanan kami wujud dalam bentuk yang begitu halus sekali. Terutama di belakang cikgu.
YOU ARE READING
Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow update
ParanormalIni adalah himpunan cerita seram, mistik sepanjang zaman. At least; cerita yang berlaku atas diri aku la... Kalau cerita mulut tu aku tak jamin kesahihan... Takde sanad yang meyakinkan. haha.. Aku cuba kongsikan segalanya, dari aku zaman aku nampak...