Siapa kau?

5K 136 17
                                    

Kereta kami meluncur laju setelah masuk ke simpang Blue Lagoon dari jalan yang menghubungkan Port Dickson dan Rantau. Suasana hutan di kiri dan kanan bahu jalan tidak lama kemudian menghilang sejurus kereta kami sedang menuruni bukit dan sampai ke sebuah simpang empat.

Rayzal memasukkan isyarat ke kanan. Dia mungkin antara kawan aku yang skema tapi dia ada keistimewaannya yang tersendiri.

"Kita parking kat kedai makan sana. Balik kang makan dulu senang sikit" mulutnya petah memberi cadangan. Aku mengiakan dalam diam kerana otakku lebih banyak berfikir perihal tempat ini. Nostalgia yang aku hadapi. Misteri yang aku alami.

Kereta Saga FLX milik Rayzal berhenti disebuah parkir tidak berapa jauh dari medan selera kecil. Kami keluar dari kereta sejurus selepas itu. Rayzal menggeliat dan meregangkan otot. Aku pula merenung pada medan selera tersebut.

'Dah naik balik dah tempat ni" gumamku bersendirian. Dahulu tempat ini kehilangan populariti. Sekarang ia menjadi tempat alternatif aktiviti pantai selain Teluk Kemang.

Kami seterusnya melangkah ke arah simpang 4 tadi. Aku masih melihat-lihat tempat ni bagai rusa masuk kampung. Aku dah bertahun tidak datang ke sini. Dan kali ini aku kembali kerana,

"Kau kata kau rasa terpanggil datang ke sini?"

Rayzal bertanyakan aku. Aku mengangguk. Dia sebenarnya memerlukan teman untuk recce tempat perkhemahan. Pucuk dicita ulam mendatang, aku segera kata ya sebab aku berasa aku seperti terpanggil lagi ke tempat ni.

Lagi. Ya, bukan sekali aku jadi rasa seperti aku dipanggil ke situ. Seolah-olah diseru kekasih yang lama tidak berjumpa.

Kami sampai ke simpang 4 tadi. Terpampang papan tanda, ' Sempadan Melaka-Negeri Sembilan'. Ini adalah misteri pertama Tanjung Tuan. Sebuah tanjung jajahan Melaka yang memerlukan kita menempuh Negeri Sembilan jika menggunakan jalan darat. Kita tahu mengenai Pulau Pinang dan Kedah. Tapi ini, mungkin pejabat tanah Melaka boleh terang.

"Orang kata nama pantai ni pantai cermin, tapi pantai yang mana satu aku tak pasti. Samada yang kat kedai makan tadi atau yang sinun" kata Rayzal sambil menundingkan jari ke arah bertentangan.

Aku masih ingat lagi. Dahulu kami boleh matahari terbit di pantai ditunjuk Rayzal dan matahari terbenam di pantai yang satu lagi. Mungkin dari situ datangnya nama cermin.

Kami melangkah ke arah hutan simpan Tanjung Tuan. Jaraknya dari simpang tadi cukup membuatkan kami berpeluh di belakang. Aku tidak kisah hal itu.Aku lebih kisah pada resort yang aku sekeluarga selalu menginap yang sekarang hilang diratakan manusia.

"Diorang dah robohkan tempat ni..."

Ah, nostalgia aku terganggu oleh tangan-tangan pengaut keuntungan. Aku sekeluarga kerap ke sini, dari aku masih tidur dalam buaian lagi. Di situ la aku kenal belacak, belangkas, kepah, selut dan merasai sendiri sengatan ikan sembilang. Semuanya ranap disebalik piung-piung dan konkrit bengkok. Namun cerita mengenai wanita berlegar-legar di kawasan tangga utama masih segar di ingatan. Aku secara jujurnya tak pernah terserempak dengan wanita berkenaan. Aku jumpa benda lain.

"Ray, aku pernah jumpa UFO kat sini"

Rayzal menoleh cepat lalu ketawa memperlekehkan aku.

"Betul brrooo... Aku satu family nampak! Dua kali. Same location different occasion." Aku cuba mempertahankan memori yang segar dalam ingatan.

"Kitorang masa tu datang sini then ada satu malam tu dari beranda kitorang nampak cahaya terang-benderang kat tengah laut. Terang sangat. Lama dia statik kat situ sebelum lesap macam tu je... Kitorang ingat mercun bunga api ke apa ke sebab masa tu CNY. Tapi bila borak ngan famili lain yang menginap kat situ, diorang pun nampak."

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now