Sebuah MPV Estima silver meluncur laju di Lebuh Raya AMJ. Di dalam penuh dengan penumpang termasuk aku yang sebenarnya menumpang rezeki orang. Lepak dengan siapa entah, tiba-tiba di hadiran Abang Lee menyebabkan aku menikmati juadah ikan siakap stim limau, sotong goreng tepung dan kerapu tiga rasa. Tapi ini bukan cerita yang buatkan perut anda berkeruk-keruk lapar.
"Haa.. Din. Kau percaya hantu-hantu kat Malaysia ini ada era banyak ada era sikit? Kau orang muda patut tau benda ni Diiin.' tanya Abang Lee dengan penuh gaya orang Melaka yang mampu menyentap jiwa bagi yang tak biasa.
"Tahun bila tu Abang Lee?" aku pulak yang beria.
"Macam kau abang tengok, muda lagi. Abang yang dah tua jiwa muda trang-tang-tang ni berani cakap, tahun 1980 dan tahun-tahun sebelumnya adalah tahun yang banyak hantu. Kau tau kenapa Din?"
"Kenapa plak Bang Lee?" Din yang yang 4 tahun lebih muda dari aku yang menjadi supir bertanya.
"Haaa... Kau masuk kiri dulu Din. Cerita-cerita jugak Din, GPS-GPS jugak Din." Arah Bang Lee. Kami nak ke tempat pendaratan ikan di Serkam sebenarnya. Saja nak tengok ikan belum kena air batu.
"Sebab tahun sebelum tu orang kita duk campur-campur lagi. Tak asli la kata orang. Kopiah pakai, masjid pegi tapi membela-membela jugak Diin. Haa.. Bukan boleh caya tok imam zaman tu. Dengar cakap aku ni Diiinnn..."
Aku mendiamkan diri mendengar pernyataan berani Bang Lee. Otak aku yang dilumatkan empat tahun setelah kembali dari tanah orang berfikir rancak.
Abang Lee ada benarnya. Masyarakat masa itu sememangnya masih tegar mencampurkan-adukkan akidah sebenarya dengan kepercayaan turun-temurun. Ilmu keperewangan (kebomohan dalam bahasa melayu normal) berleluasa sehinggakan setiap kampung empunya satu jawatan bomoh sebagaimana perlu adanya jawatan ketua kampung dan bilal masjid.
"Kaya meniaga kain masa tu Diinn! Kain kuning terutamanya. Haa... Bela ayam pun sama Diiinn! Dengan telurnya dengan nak cari ayam hitamnya. Kau jangan pulak nak berangan bukak bisnes bela ayam hitam pulak Din zaman sekarang ni Din, aku tampo kau karang! Yang depan tu kau kona kanan." Sempat Abang Lee memberi arah
Aku biarkan sahaja persoalan apa yang berlaku diantara Abang Lee dan Din. Aku masih mendiamkan diri memasangn telinga sebab aku tahu, perkongsian percuma dari Abang Lee ini belum habis.
"Tangkal menangkal ini populaaarr... Macam peshen (fesyen) sekarang ni seluar singkat tayang buku lali. Budak kenit baru lahir ada je benang hitam terikat kat tangan ni hah. Takde beza sangat zaman sekarang orang berantai amejadah tah. Cuma sekarang benda tu takde air liur tok bomoh. Kalau la time tu bomoh-bomoh ini boleh meniaga masuk tv macam Qu Puteh tu, duit memang boleh berkepoook. Nasib baik la yang ada tv masa tu orang kaya je. Eh, Kau diam je Din? Kau dengar tak cakap aku ni Diiinn??"
Abang Lee mengekalkan gaya harakat yang panjang di akhir ayat tanda emphasis pada subjek.
"Yee... Denggarrr..." sahut Din dari kerusi pemandu.
"Ni kau tegak je Din. GPS-GPS jugak Diiin!"
Semua mengambil jeda ketika itu. Aku menoleh keluar tingkap memikirkan apa yang diceritakan tadi. Mungkin zaman sekarang telah kembali seperti zaman yang diceritakan Bang Lee. Telah terbang karpet yang menjunjung buah kelapa di KLIA demi mencari MH370. Terbang di alam media lalu ditertawakan.
Tiba-tiba Abang Lee menggeleng dan ketawa rendah macam tau-tau ayat aku tadi habisnya adalah kata akar tawa. Waktu hampir pukul 7 malam. Jangan kena sampuk akibat bermulut bacul sudah.
"Dulu, masa Abang Lee nak exam, mak Abang Lee bawak gi jumpa imam minta berkat."
"Eh, elok la tu" Aku mencelah berani.
"Elok amendeee nyee kalau kena minum air jampi campur habuk hangus kertas jampi!!? Kita bodoh masa tu. Ikut je le sebab orang tua lebih tau kan? Dah tua ni baru tau siapa lagi bodoh. Hahaha!!"
Aku yang turut sama gelak tiba-tiba galak respon.
"Ada sekali tu saya gi muzium kat Melaka tu. Memang betul cakap Abang Lee yang diorang campur aduk dengan benda tak betul. Nak pacak tiang seri rumah siap tanam sekali kain kuning kat base nyer"
"Sebab tu hantu zaman tu banyak! Dah asyik kena puja je mau tak keluar? Kau dengar tak cakap ni Diinn?!"
Kalau aku jadi Din, mahu aku langgar pokok kelapa kat depan tu. Aku aim biar kena bahagian Abang Lee duduk. Tapi Din orang Melaka juga, dah biasa.
"Abang Lee mesti familiar dengan buang ancak dan Mandi Safar kan?" aku bertanya lagi. Dua perkara itu aku ketahui dari perkongsian ibuku dulu.
"OOooii, jangan kau cerita pasal mandi safar. Dah macam pesta jom heboh pun! Dengan orang yang ramainya.. Dengan naik kereta lembunya... Yang muda-muda masa tu cari anak abu, anak abu. Kau kenal siapa anak abu Din?"
Din di depan memandang rear view mirror dan menggeleng.
"Zaman korang ni korang panggil bohsia la. Sebutnya abu tu sebab abu kan buat di buang-buang? Haaa.. Kau kena kenal Diinn!"
Boleh tahan juga rosaknya masyarakat. Sejak aku belum dilahirkan lagi. Entah apa yang dibuat oleh si pemegang kuasa sampai melarat ke tahun 2016 ni.
"Zaman tu ramai tak orang kebal-kebal?" aku bertanya lagi. Masyarakat nak sangat benda ni. Kegilaan trend untuk memiliki benda ni pada zaman itu aku rasakan seiring dengan demandnya dengan keinginan kita berselfie di sebelah BMW yang belum habis dibayar hutang.
"Benda tu, macam-macam orang sanggup buat. Yang menyelam tenggelam timbul ada. Yang bertapa dalam gua ada. Haaa.. Kau tau tak betapa tu apa Din?"
Aku bukan Din, tapi aku dengan penuh gaya menghiraukan ayat tambahan yang dizikir Abang Lee berulang kali.
"Tapi saya pelik la bang. Orang kita ni yang nak lebih dari nabi lak. Alang Rasullullah saw berdarah di medan Uhud, pehal la plak kita nak sangat tikam tak lut?"
"Haa.. itu la!"
Selepas itu Abang Lee diam tak tau apa nak sambung. Setelah beberapa minit, baru dia dapat sambung. Entah kenapa aku tak tau.
"Sebut pasal tikam-menikam n, itu pasal ilmu kebal hanya orang lelaki je boleh dapat."
"Kenapa plak Abang Lee?" kali ni pertanyaan dari Din
"Sebab kalau pompuan ada ilmu kebal, dirinya akan cepat menjanda. Laki mana nak pompuann yang takboleh kena tikam Din Ooiii!!!?"
Maka mengilai la kami di dalam Estima Silver yang meluncur laju ketika mentari hampir sepenuhnya terbenam.
YOU ARE READING
Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow update
ParanormalIni adalah himpunan cerita seram, mistik sepanjang zaman. At least; cerita yang berlaku atas diri aku la... Kalau cerita mulut tu aku tak jamin kesahihan... Takde sanad yang meyakinkan. haha.. Aku cuba kongsikan segalanya, dari aku zaman aku nampak...