Prologue II

1.2K 62 2
                                    




Sejauh mana kita akan bercerita hantu/paranormal/mistik? Ketika kecil ia mungkin sekadar gebangan mengakal sebab kita nak dapatkan perhatian atau nak rasa power dikalangan kawan-kawann kerana mampu membuatkan mereka membulatkan mata dan membasah seluar dengan peluh atau air perkumuhan.

Bila sudah melangkah dewasa, kita mungkin masih tergolong dalam kategori itu. Mahukan sedara-mara, tuk nenek, pak menakan serta jiran tetangga teruja menganga di kala duduk beraya kerana kita mampu membisikkan cerita-cerita peremang bulu roma, bulu tengkok dan segala bulu di celah pelipat.

Lebih mistik, lebih keterujaan. Sebab manusia memang hauskan perhatian. Sebagaimana kita post facebook/insta dan menantikan like yang tak kunjung muncul. Sebagaimana juga aku yang menulis post ini yang kepingin vote korang yang macam hujan panas. Kejap ada kejap takde. (Hahaha...) Begitulah minda kita aku kira.

Pulangnya aku ke negara tumpahnya darahku ini, selain aku terus membuka jaket dan mengomel panas tatkala keluar kapal terbang, lebih banyak cerita-cerita yang aku perolehi dan alami. AKu sempat masuk ke alam universiti tempatan. Aku perolehi cerita dari hutan-hutan pendalaman. Aku mengetahui rahsia kemistikan masyarakat yang mengakar umbi sehingga sekarang. Aku alami sendri kisah-kisah dari laut. Ah, bukankah 'mereka' dihalau ke laut dan gunung sebelum turunnya manusia?

Ya, semakin dewasa dan kadar akan garam yang lebih tinggi dari average rakan-rakan menyebabkan kadar lubang tapisan minda aku lebih kecil micronnya. Aku tahu yang mana gebangan penuh gaya. Aku tahu mana kelentong ala tonto. Aku tahu mana fakta berperisa tambahan tanpa kelulusan. Semua itu diakali dengan logik sains yang dibaharui dengan Omega-3 dan pegangan yang aku pasak membumi memboleh aku menyelam lebih dalam kemistikan dan paranormal masyarakat.

Cerita-cerita yang bakal anda baca kebanyakannya dari cerita orang tapi sudah ditapis keluar segala rencah dan rempah tambahan melainkan diberitahu.

Minda kita berkocak akibat ingin tahu. Itu fitrah. Siapa yang angguk buat-buat tahu, itu hasil produk sekolah dan pendidikan 'Tanpa-soalan diberi'. Tapi apa yang sebenarnya kita mahukan bila kita mahu mengetahui pasal mereka?

Mereka jelas di luar sana. Mungkin dibawah meja anda sekarang, di balik langsir mahupun sama-sama baca post ini dengan dagu mereka yang sikit lagi mencecah bahu anda.

Bersedia.

Sebab kalau anda tak berjaya bangun subuh esok, dia sudah menikmati selimut dan kehangatan anda.

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now