Cindailah mana
Tidak berkias
Jalinnya lalu
Rentah beribu
Jika di google perkataan Cindai, akan keluar dua maksud. Walau apa jua maksudnya, ia merupakan lagu popular yang didendangkan oleh penyanyi tanahair yang tersohor sehingga kini. Ketika era tersebut, beliau bagai satu ikon gadis nusantara terakhir kerana wajahnya yang tipikal nusantara dan acapkali membawa lagu-lagu irama Malaysia.
Jika aku berumur seperti Abang Ngahku ketika itu, sudah tentu aku akan tampal posternya sebesar mungkin dan menyeru namanya bagai menyeru kekasih setiap kali ke kamar beradu. Aku juga akan merasa betapa luluhnya hati apabila beliau menamatkan zaman gadisnya dengan Datuk K. Cukup pilu wa cakap luu...!
Ok, cukup aku membuat promosi tidak berbayar untuk Dato Siti Nurhaliza
Cerita kali ini aku membawa anda ke Sekolah Agama Rakyat. Ini mungkin pernyataan sinis tapi aku rasa secara rekodnya di sekolah agama adalah paling banyak terhimpunnya cerita-cerita seram dan mistik. Bahkan mungkin lebih lagi dari cerita-cerita dari sekolah kafir vernakularku yang dibina pada tahun 1940.
Dalam banyak-banyak cerita, tandas sekali lagi menjadi lokasi feveret seram. Perkaitan antara tandas dan cindai adalah begini.
Diceritakan pada aku dulu sewaktu aku bersekolah agama, tandas lelaki yang terletak pada hujung tingkat dua empunya penunggunya tersendiri. Ramai mengatakan yang mereka ternampak sepasang mata yang mengintai dari bahagian siling yang terbuka. Ada mengatakan ia burung hantu. Ada juga mengatakan ia hantu walaupun mentari masih lagi di langit. Aku sentiasa berfikir logik (walau dah merasa sebuah penampakan), ia mungkin kucing kantin yang lepak di situ skodeng kami kencing sambil mencari lauk tikus atau anak kelawar.
Namun tiada yang lebih menyeramkan daripada kisah nyanyian lagu cindai disahut oleh suara wanita misteri dari dalam tandas. Diceritakan yang seorang kawan mendendangkan lagu cindai ketika hendak ke tandas. Tatkala dia menyanyikan Cindailah mana~, terdapat suara wanita yang menyahut Cindai disini~ Sudah pastinya dia mengambil langkah seribu selepas itu. Kerana ia bagai memenuhi erti Cindai yang kedua yang digembar-gemburkan.
Aku pula tak pernah test jika ada sahutan bila didendangkan lagu ini. Tak beran bak bahasa mainstream. Kecut telur bak kata dulu-dulu. Sebab aku bagaikan yakin nyanyian aku akan disahut. Sememangnya tandas tersebut memberikan satu perasaan ganjil dan misteri. Kita seperti terputus dengan dunia luar setiap kali melangkah masuk. Ia sunyi, lembap dan bergema. Cermin-cerminnya ada yang retak dan tak pernah bersih. Dan sememangnya kita berperasaan seperti diperhatikan sepanjang melepaskan hajat.
Aku secara peribadinya tidak mengalami apa-apa perkara mistik sepanjang aku bersekolah di sini. Hanya banyak mendengar dari cerita-cerita orang yang aku sendiri tidak pasti sejauh mana kesahihannya. Namun ada satu perkara yang ada perkaitan dengan sekolah agama ini walaupun ia cuma mimpi.
Aku pernah bermimpi yang aku bermain-main di padang sekolah agama hingga ke petang. Satu per satu rakanku pulang kecuali seorang. Dia ajak aku main kejar-kejar dan dia volunteer untuk 'jadi'. Aku tanya main duduk dan baling songkok tak? Dia kata tak main sebab kita dua orang je.
Aku diberi 10 saat yang lari terlebih dahulu. Sebagaimana kanak-kanak riang yang sihat, aku mulakan larian sekuat hati menjauhinya. Biasalah main kejar-kejar, yang dikejar sememangnya akan menoleh melihat kedudukan sang pengejar. Tolehan gembira bertukar seram. Mata aku ternampak yang kawan aku sudahpun senyum menyeringai menampakkan taring.
Permainan kejar-kejar bertukar menjadi dikejar entiti berwajahkan rakan yang bergigi taring (walaupun mimpi). Aku berlari sehingga belakang bangunan. Aku memang tak power main kejar-kejar versi all out macam ni. Bila penat, aku memang akan main tweet (tiada kena mengena dengan twitter zaman sekarang) atau duduk petanda kebal dari 'jadi' tapi perlukan sep dari rakan lain untuk berlari semula.
Tapi bila dikejar hantu, main duduk ertinya bagai menyerah dara. Aku tak rela diperlakukan apa yang ia hendak lakukan.
Saat aku berada di kawasan belakang sekolah, nun dihujung aku ternampak seorang lagi rakan aku (yang aku kenal since tadika). Aku merasakan satu harapan yang aku bakal diselamatkan. Tapi harapan tersebut berderai serta-merta apabila aku melihat dia juga menyeringai.
Deraian harapan diiringi dengan larianku diperlahan. Tidak selamat lagi jika aku terperangkap dalam formasi gunting ini. Badan aku terus dipeluk kuat dari belakang. Aku tidak berdaya meronta. Apa yang aku nampak selepas itu adalah 'rakanku' sedang terbang hendak menerkam lalu membenam taringnya ke peha kanan aku.
Aku serta merta bangun dari tidur. Ruang bawah katil dua tingkat mula memenuhi visi aku. Katil ini juga pernah digegarkan sewaktu ketika dulu di Rumah No 10. Aku menyelak selimut mana tahu ada benda tengah syok gigit peha. Tiada apa-apa selain bahagian kaki aku yang masih berseluar track sukan. Setelah degupan jantung aku mula reda dari pengepaman kencang, aku pun sambung tidur.
Keesokan harinya sewaktu mandi pagi, aku perasan ada kesan lebam berbentuk bulat di peha kananku. Tempat yang sama sewaktu digigit dalam mimpi. Tiada juga tanda kapur berbentuk pangkah. Nak kata aku baru je kena keekah, aku tak rasa yang Orang Minyak sealiran dengan LGBT.
Aku bertanyakan kesan lebam pada mak lalu menceritakan juga kisah mimpi malam tadi. Mak aku cakap mungkin masa aku main kejar-kejar, aku ada terlanggar something. Sebab tu dia datang balas dalam tidur di mana keadaan manusia paling lemah dan terdedah.
Aku iakan sahaja. Aku tak dapat brain logika situasi lebam tanpa sebab. Lalu aku biarkan ia berlalu seperti mana kisah-kisah yang aku lalui dulu.
p/s : Jika suka paranormal dan misteri, jemput baca juga Fantolini dalam Antalogi - Rempuh! Enjoy~
YOU ARE READING
Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow update
ParanormalIni adalah himpunan cerita seram, mistik sepanjang zaman. At least; cerita yang berlaku atas diri aku la... Kalau cerita mulut tu aku tak jamin kesahihan... Takde sanad yang meyakinkan. haha.. Aku cuba kongsikan segalanya, dari aku zaman aku nampak...