Bayaran seorang pencerita seram

1.2K 52 10
                                    

Ini adalah kisah aku seorang penulis amatur.

Koleksi ini sudah mula slow untuk di update walhal banyak je cerita seram dan mistik yang belum aku kongsikan. Selain dari sebab-sebab realiti yang menjadi batu penghalang, ada jugak sebab-sebab dari alam lain.

Asal koleksi ini yang aku mulakan ketika aku bekerja di laut. Kini aku sudah bertukar kerja. Aku di laut tidak kisah untuk menulis perihal 'mereka' sebab aku duduk di tengah laut, terpencil, komuniti kecil seramai 100+ orang je. Walalu kadang-kala aku sendiri menjadi makhluk malam (mula kerja 6 petang, habis 6 pagi), aku masih tidak segan-silu berkongsi cerita-cerita mereka di sini. bahkan kadang-kala, bila aku lepak di sudut sunyi di pelantar menikmati bayu malam, terasa juga kehadiran 'mereka'. Tapi itu sekadar seketika walau ada juga rakanku yang sampai melarikan diri ke tempat lain.

Bayangkan. Anda sedang elok-elok berada di tempat yang anda sangat familiar (dapur, office, keluar dari kereta), anda rasakan seperti ada suatu 'kehadiran'.  Anda rasakan ia ada berdekatan tapi tidak tahu di mana. Anda rasakan ia sedang memerhatikan anda tapi dari tidak tahu dari sudut mana. Sedar tidak sedar, roma tengkuk sudah berdiri dan tapak tangan sudah berpeluh. Lalu anda akan melakukan sesuatu yang biasa mana-mana makhluk hidup lakukan.

Lari tanpa sebab.

Dan ia sudah berlaku pada diriku setelah bertukar kerja. Pukul 3 pagi adalah waktu aku baru pulang dari konti. Maka aku memandu di jalan-jalan sunyi Kuala Lumpur ke arah pangsapuriku yang berada di pinggir kota, di hujung dunia. Pangsapuriku berada jauh di sudut di tepi hutan, di atas bukit dan laluan masuk ada satu-satunya lorong yang penggunanya hanya penduduk di situ. Memandangkan parking tak cukup, aku akan parking jauh di kaki bukit. walau ada lampu jalan, tapi sunyi awal pagi di tepi hutan lebih dari menenangkan. Ia disulam perasaan mistik yang menerbitkan rasa takut. Hendak lari tak tentu hala, kereta perlu dikunci. Dan di sini, aku kuatkan semangat dengan berpagarkan perasaan tidak kisah. Ignorance. Dan alat paling berjaya untuk lakukan ini adalah handphone dan aplikasi di dalamnya.

Setelah aku mendaki di lorong tepi bukit, lalu aku akan tiba di pondok pak guard. Dari situ aku akan terus mendaki tangga sehingga ke lif. walau lif kadang-kala tidak mahu membuka pintu, atau berhenti di tingkat tanpa ada pengguna yang masuk, aku sudah sedikit sebanyak tidak kisah. Rumahku di hujung koridor, secara tidak langsung rumah yang betul-betul berada di tepi hutan gelap. Bila berjalan, mataku ada juga memandang-mandang memastikan tiada yang ganjil dan tiada entiti yang menunggu sebelum aku sambung menggesek handphone.

Dan di sini ada empunya harga di bayar apabila anda pulang pada waktu-waktu begini. Kalau anda tidak kena, orang lain yang kena.

Orang rumahku kadang-kala melihat kelibat di dalam rumah. Di dapur dan di laluan ke bilik. Ada juga munculnya perasaan 'mereka sedang hadir berdekatan'. Pernah juga rumahku didatangi wangian tanpa sebab ditepi tingkap (dan seperti sekarang, ada bau wangi yang menerpa hidung). Dan perkara yang menjadi titik tolak adalah, kemunculan orang seakan-akan aku di dalam rumah. Perkara ini yang menjadikan sebab aku hanya update koleksi ini pada waktu dan keadaan yang sesuai.

Orang rumahku pergi ke bilik menulis dan melihat aku sedang duduk di meja mengadap dinding, perkara biasa yang aku lakukan bila aku menulis. Dia tidak menegur kerana takut mengganggu aku. Lalu dia beransur ke bilik dan melihat aku yang sebenar sedang merengkot lena di bawah selimut.


Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now