Rumah No 10 - Penampakan

8.6K 243 5
                                    

"Mak... Mak... Tu... Tu..."

Itulah apa yang aku bagitau mak aku. Lebih menakutkan mak aku cakap, aku berkata dengan nada penuh tanda tanya. Apakah yang ditunjukkan anakku ini walhal ia hanya pintu masuk ke bilik?

Kisah Rumah No 10 banyak terungkai bila aku dah dewasa. Kalau family nak bercerita pun, bukan time dipinta. Ia terkeluar secara tak sengaja. Dah pindah 2 kali pun aku tak tau full story. Yang aku ingat, satu malam mak minta kitorang semua tidur di ruang tamu. Aku masa tu tak tau apa jadi. Mak macam menunggu orang datang rumah. Aku masa tu belum darjah satu lagi. Aku memang tak tau apa-apa.

Apa yang aku ingat, bila tetamu dalam 3 orang (kot) masuk ke rumah. Kakak aku yang terlentuk indah kat kerusi dipinta untuk beralih ke tempat lain. Aku tak ingat apa yang jadi lepas tu. Yang pastinya babak abang berkopiah membaca-baca sambil merotan-rotan lantai memang melekat sampai sekarang.

Kemudian beberapa hari lepas tuh, aku menerima kunjungan saudara dari sebelah ayah. Yang aku pasti masa tu bukan musim raya. Memang jarang masyarakat kita nak suka-suka melawat saudara ni, unless kalau sakit, mati atau bini masak punya sedap menjilat jari

"Kat situ ada hantu."

Kata aku dengan selamba yang masa tu diri kat laman luar, jari tepat menuding kat pokok besar kat depan rumah. Mencicit lari sepupu aku masuk ke dalam (Dah selamat kahwin dah die sekarang). Walhal bukan aku nampak apa-apa pun. Sekadar menunjuk-nunjuk je apa yang diceritakan oleh abang berkopiah tu. Biasa la budak kecil... Menunjuk-nunjuk adalah perangai biasa di antara sebaya. Cuma bila terbawa-bawa hingga besar, ia menundang kata poyo, chooyy, kerek dan seangkatan dengannya.

Tapi, apa yang tunjuk kat mak aku pada malam yang ditakdirkan bukan dibawah kategori menunjuk-nunjuk. Ia mengubah segalanya sehingga mak aku terpaksa memanggil orang demi melawan gangguan-gangguan yang berlaku ke atas keluarganya. Ini hasil dari rahsia yang dikorek setelah sekian lama

Aku sebagai anak bongsu dalam keluarga, tidur bersama mak dan ayahku. Ia satu alasan yang valid dan kukuh, sila lap muntah hijau anda sekarang. Aku tak tidur sekatil. Aku tidur di atas tilam nipis yang dibentangkan di ruang sempit antara almari baju dan katil bersaiz king.

Entah macam mana malam tu aku boleh terbangun dan cepat-cepat naik ke katil mak. Kebiasaannya bila aku demam, memang susah untuk tidur. Pernah aku katakan pada mak dulu, kalau aku demam, tidur mesti mimpi syurga dan neraka. (Ini akan diceritakan kemudian).

Aku menggoyang-goyang tubuh mak. Niat untuk kejutkan mak dari tidur bagi melunaskan tanda tanya, siapa atau APA yang berada di pintu masuk bilik.

Berderau darah mak aku sebab dia kata dia tak nampak apa-apa. Dia mengejutkan ayahku disebelah. Ayahku mengiakan penidakkan mak; tiada apa-apa di pintu masuk bilik. Aku tetap kata ada. Ia jelas sebagaimana anda melihat siapa atau apa di sebelah anda sekarang.

Mak suruh aku duduk di tengah, diapit oleh mak dan ayah. Aku cepat-cepat buat apa yang dia suruh. Kali ini, bukan rasa ingin tahu lagi yang menyelubungi. Tapi ketakutan yang mula merayap ke dalam hati. Ketakutan dari suatu yang tidak difahami akal. Ketakutan dari suatu penampakan.

"Ada lagi ke benda tu?"

"Ada... ada..."

Masa tu memang ada benda. Ia tercogoh di kedudukan yang sama. Tidak merapati, tidak pula menjauhi.

Ayahku seorang urban berjiwa moden dan saintifik. Dia memang tak percaya langsung perihal mistik dan paranormal. Aku yang kecil lagi masa tu, bertalu-talu dilemparkan penidakkan terhadap apa yang aku nampak masa tu. Mungkin dia merasakan demam yang aku alami menyebabkan aku menghadapi halusinasi.

"Dah, dah. Nyorok dalam selimut."

Aku menurut sahaja kata mak. Selepas itu aku tak tahu apa yang berlaku. Memori penampakan ini sampai di saat mak mengajak ayah untuk membaca ayat-ayat suci alquran.

Kisah ini menjadi modal besar. Setiap kali perbualan kanak-kanak bawah umur di sekolah agama bertukar cerita hantu, cerita ini pasti aku ceritakan. Kisah benar menjadi modal pertandingan tidak rasmi cerita hantu. Namun biasanya tak menang jika dibandingkan cerita yang ada hisap darah, bunuh orang dan sebagainya. Tapi satu soalan yang biasa diajukan kepada aku, seorang manusia yang pernah nampak;

"Macam mana rupa benda tu?"

"Macam Meramon"

Bagi yang pernah hidup dalam era Digimon Generasi 1, sudah pasti kenal dengan Meramon. Yang mana tak kenal, boleh google sebentar.

Sehingga ke bahagian ini, sudah tentu anda rasakan si penulis hanya mereka-mereka cerita. Tapi ia adalah diskripsi mudah untuk aku kerana kosa kataku masih lagi kurang ketika itu. Kali ini, secara eksflusif, aku berikan apa yang aku nampak.

Berbentuk humanoid, tiada kaki yang jelas mencecah lantai.

Tiada mata atau wajah

Warna merah lut cahaya

Diselubungi aura berwarna jingga seakan-akan bara api.

Beberapa malam selepas kejadian ini, datang sekumpulan para ustaz demi membersihkan rumah kami ini. Aku masih ingat yang aku yakinkan diri aku ini, mereka datang kerana aku kata aku nampak hantu. Dari mana hantu tu datang? Sebab rumah ini memang sedia berpenghuni sebelum kami duduki.

Tapi bila aku dah besar, aku terfikir. Kenapa dengan satu kejadian saja?

Diorang tak ambil kira yang aku mungkin meracau sebab demam?

Atau sebenarnya apa yang aku nampak tu sekadar bayangan ketika separa tidur?

Setelah sekian lama, baru aku tahu yang bukan aku seorang je yang terkena kat dalam rumah tu. Kebanyakan adk-beradik aku pun kena gangguan. Dari penampakan sehingga gangguan fizikal. Masing-masing empunya cerita tersendiri.

-bersambung-

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now