Dia

1.4K 64 7
                                    

Pernahkah anda melalui suatu tempat kemudian tiba-tiba dengan tiada sebarang katalis logik, bulu di belakang tengkuk anda berdiri tegak macam orang berkawad?

Biasanya kita akan memujuk hati, ia cumanya angin lalu yang extra dingin lalu badan akan bereaksi sedemikian bagi memerangkap haba dipermukaan kulit. Tapi anda yakin benar yang anda berada di  negara bercuaca khaltulistiwa yang cadang kala malamnya anda lebih prefer tidur togel dengan seluar dalam.

Percayalah, itu adalah sensory keenam kita.

Mungkin korang rasa aku akan kembali dengan cerita meleret membuhsankan dan tidak seram langsung. Tapi kali ini tidak. Kerana percayalah, bak Dato Siti Nurhaliza, yang menyebabkan roma anda meremang tak tentu hala adalah 'mereka'

Anda bila ke tandas asrama kolej pada waktu malam, pasti anda terasa.

Anda berjalan di sepanjang koridor apartment anda selepas mengeteh, pasti anda terasa

Anda melangkah perlahan di lorong sunyi hospital, juga anda terasa

Bahkan kadang-kala bila anda terbangun tiba-tiba, lalu hati tiba-tiba tertangkap keseraman yang tidak dapat di explain, anda pasti akan terasa.

Dikalangan kita anda tahapan masing-masing. Bagi yang percaya gila babi hantu ini, sudah pasti akan memberi senyuman kepada mereka. Kerana ini seolah-olah mengangkat banner besar di atas kepala, "Saya suka anda muncul depan mata"

Masing-masing empunya kisah masing-masing, tapi permulaan tetap sama

Anda tiba-tiba tak senang hati

Anda rasakan macam ada something berdekatan. Jika bukan di sudut situ, mungkin berada dibelakang.

Lalu anda menoleh sedikit. Tindak balas otak bagi meredakan perasaan dengan sebenar-benar kepastian.

Biasanya anda tidak akan lihat apa-apa, tapi hati anda sudah mula goncang. Jantung sudah mula bergendang. Lalu datanglah perasaan dingin yang meremangkan segala roma haus kecuali dicelah pelipat.

Dan dikala ini, pasti anda akan melajukan langkah. Juga satu tindak balas normal manusia tatkala kita merasakan ada bahaya berdekatan. Ada yang mungkin nyanyi kuat-kuat bagi melawan rasa takut. Ada yang juga yang patah balik atau cepat-cepat buka whatsapp, mengharapkan ada chat baru masuk dan anda boleh balas sambil berjalan. Dikala ini jika ada anak kucing jiran yang super chumel muncul pun menyebabkan anda melatah beberapa kerat ayat.

Tapi itu tidak dapat menyangkal perasaann 'itu'.

Dia sedang memerhatikan anda dari suatu sudut, menghidu dan menikmati aura ketakutan yang terpancar

Dan jika anda 'kotor', lemah semangat atau seangkatan dengannya.

Dia akan follow anda.

Kerana anda terlalu menghiburkan

Tidak perlu muncul depan mata. Sekadar bertenggek di antara dua pelipis anda, supaya anda toleh atau tengok cermin sekalipun anda tak sedar.

Lagi-lagi yang tak solat isyak.

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now