Melintas

2.6K 98 16
                                    

Nafas aku berkepul-kepul keluar dari mulut. Musim sejuk ternyata merendahkan suhu udara. Lagi-lagi di kawasan perbukitan di hujung pekan. Tanganku pejap didalam saku jaket tebal memaksa darah mengalir laju. Jaket aku kalis air dan udara di luar dan mempunyai bulu-bulu sintetik membolehkan hatiku tidak was-was samada perlu atau tidak disamak pakaian ini terlebih dahulu.

Aku berhenti mendaki lalu mendongak sedikit melihat denai lurus yang perlu aku lalui untuk sampai ke destinasi. Tidak ramai mempunyai tahap kewarasan seperti aku yang memilih unutk bersejuk lalu mendaki bukit di dalam kesejukan yang menggigit. Mereka yang berkongsi biasanya yang taksub merentas desa. Pernah aku terserempak tahun lepas. Berlari dengan pakaian nipis di tengah hutan.

Nafas panjang dihela. Bukit Planoise ini pernah aku tawan ketika aku tahun kedua di Perancis; tahun pertama aku meneruskan pengajian. Kini sudah 4 tahun aku berada di Bumi arak dan keju ini. Ini merupakan tahun terakhir untuk aku melunaskan apa jua hajat dan impian yang masih berbaki sebelum aku pulang nanti.

Lalu aku gagahkan kaki yang sudah mula dicengkam kesejukan. Aku berani dengan hanya memakai seluar khaki tanpa pakaian lapis di dalam seperti long-john. Aku yakin ketebalan sel lipid aku mampu menebat haba.

Nafas yang dihela seiring dengan langkah ku membawa diri aku hingga ke puncak. Akhirnya aku berhadapan kembali dengan pintu gerbang sebuah bangunan lama. Lama aku berdiri melangut memerhatikan gerbang usang. Bangunan ini antara kubu pertahanan yang dibina beratus tahun sebelum perang dunia pertama lagi. Bahkan keseluruhan puncak Bukit Planoise ini merupakan sebuah rangkaian kubu pertahanan yang di korek dan dibina utuh.

Ia bukannya seperti kota-kota lama di dalam filem yang mempunyai menara tinggi untuk peninjau dan ruang seketumbuk pemanah menghujani panah-panah ke atas musuh yang mendatang. Ia dibina dengan bata kuning yang besar-besar dan rekaan yang sudah moden. Kini ia hanya tinggalan di sebuah pekan di hujung timur bahagian France.

Bangunan utama telah dijadikan tempat menjual barangan terpakai. Namun di bahagian belakang bukit lain keadaannya. Terdapat puing-puing dan kubu-kubu tentara yang hanya dihuni kekosongan. Disitulah perlu aku lalui.

Lalui 'itu'.

Aku berjalan merentas padang kosong yang memisahkan bangunan kubu utama di bahagian depan bukit dengan kawasan hutan di belakang. Siapa sangka di dalam hutan ini terdapat rangkaian kubu dan laluan manusia. Kubu-kubu tersebut sudah berdiri sehingga ini, menempuh tahun demi tahun menyaksikan apa yang berlaku disekeliling mereka.

Mereka juga menyimpan memori pada mereka yang mati di kala peperangan. Tidak kisahlah dengan Austria atau askar-askar fanatik Hitler.

Aku berhenti betul-betul di permulaan denai yang boleh membawa aku ke bahagian belakang bukit. Aku tahu dengan jelas sekali. Sepanjang denai ini akan lalui sebahagian besar kubu-kubu yang ada. Oleh sebab kawasan ini menyimpan begitu banyak memori-memori manusia, maka aku perlu melalui ujian 'itu'

Mampukan aku 'melintas' dengan kehendak?

Minda aku kembali pada memori lama.

Tok! Tok!

Setelah aku skodeng siapa yang mengetuk, aku segera membuka. Senior aku yang membebel pasal perkara yang aku tak faham semalam terpacak berdiri. Mukanya serius semacam.

"Boleh aku masuk?"

Aku menguak pintu dengan lebih besar tanda ok. Aku baru pulang dari kelas bahasa. Dia menumpang di bilik Chief dan aku tak tahu kat mana dia seharian

"You need help" katanya tanpa duduk sebaik sahaja aku menutup pintu. Aku mengangkat kening tak faham.

"Kes semalam. Je sais, c'est pas ton premier fois" (Aku tahu, itu bukan pertama kali)

"Eh alors?" (So?)

Nada sinis. Aku tak suka kalau orang yang cukup busy body.

"Let just say, aku lebih kurang macam kau"

Pernyataannya tu memuatkan jantung aku terlompat dan menderaukan darah. Aku tercegat tidak percaya. Kemudian dua orang lelaki sedang saling bertentang mata di dalam sebuah bilik yang kecil tanpa perasaan sensual pasangan gay. Ini adalah renungan penuh makna berkongsi rahsia. Dia akhirnya berkalih dan duduk bersila di atas karpet lusuh yang aku beli dari kedai terpakai. Aku juga akhirnya duduk tapi di atas katil bujang aku.

"Kebolehan kau tak ramai yang ada. Aku yakin kau sendiri tak tau kan?"

"Jadi apa yang kau tau pasal aku?"

Dia mengangkat kening terkejut dengan respon sinis yang aku berikan. Aku sudah bersila di atas katil. Menunggu pula respon darinya.

"Jangan cabar aku"

"Kau tercabar ke?" aku mula mengipas bara.

Dia mendiamkan diri lalu menyandar pada dinding terdekat.

"Aku tau apa yang kau makan tengahari tadi"

"Mungkin kau memang lepak kat Resto-U tadi dan kau nampak aku dari jauh"

"Aku tau siapa yang kau minat"

"Kau senior aku. Of course kau pernah stalk friendster aku"

Seronok pula aku bertikam lidah dengan senior aku ni. Sebab aku cukup skeptikal dengan orang yang bajet pakar dalam hal ehwal mistik. Padahal, ia hanya permainan psikologi dengan penggunaan akal secara lebih advance.

"Aku tau kau sebenarnya terfikir-fikir mengapa kau seorang yang berfikiran logik akal tiba-tiba terdedah dengan alam dimana sains sendiri tidak mampu memberi konklusi"

Kali ini aku terdiam. Bila difikirkan kembali kata-kata seniorku itu ada benarnya.

"Aku tahu kau sebenarnya dalam state of denial. Kau sendiri yang memaksa untuk berfikiran begitu agar kau boleh move on dengan setiap perkara mistik yang kau lalui. Apa tak betul apa yang aku cakap ni?"

Baru sahaja aku ingin membuka mulut, aku dipintas.

"Aku tak nampak apa yang kau nampak semalam. Tapi kalau aku tak 'tarik' kau, kau akan masuk dalam senarai orang yang hilang tau!"

Tekak aku terus kering. Adakah ini sama dengan orang sesat di hutan lalu tiba-tiba hilang?

"Kira kau cakap aku boleh masuk alam bunian?" sinis aku belum luntur dari pertuturan.

"Lebih dari itu. Kau semalam 'melintas'. Meaning kau tak sedar yang tiba-tiba segala deria kau mampu melihat benda ghaib. Orang biasa panggil terbuka hijab. Aku tau kau tak nak pun sebenarnya. cumanya aku boleh ajar kau untuk kawal. So that kau tak tersesat. Once kau dah faham, segala apa yang telah berlaku will also make sense in your logical thinking"

Hati aku terus melonjak. Ya, aku sehingga kini hauskan penjelasan dengan perkara yang pernah berlaku. Sebagaimana yang berlaku pada Halloween lepas yang pernah aku ceritakan dalamm Fright Night. Sebagaimana yang pernah juga berlaku dulu-dulu.

"Jadi, apa yang kau nak buat?" Tanya aku serta-merta bertona suara teruja.

"Aku kena prepare kau dengan asas dulu" katanya pula setelah berpeluk tubuh. Kepalanya terteleng sikit memikirkan sesuatu.

"Sekarang?"

"Beberapa minggu lagi. Aku akan follow korang main ski nanti. Kat situ aku ajar kau."

Benar dalam beberapa minggu lagi, prof-prof akan bawa kitorang yang jakun dengan salji pergi bermain ski. Tak sangka pula ada senior yang follow along.

Tidak semena-mena dia bangun dari bersila dan merapati tingkapyang tak sampai dua langkah. Matanya menjenguk luar seperti melihat ada sesiapa yang mencuri dengar perbualan kami.

"Aku tak sehebat Rayzal dan aku hanya sekadar prepare kau dengan asas. Selebihnya kau kena hadapi sendiri"

"Macam mana kau kenal...?"

Dia hanya melemparkan senyuman penuh makna. Entah macam mana aku sudah tahu jawapan pada persoalan di benak. Bagai ada suara yang memberitahu. Rayzal merupakan seorang sahabat aku yang menemani aku ke Tanjung Tuan dulu.

Perlahan aku mengukirkan senyuman.

"Nama aku Luk"

Tangannya menghulur lalu aku sambut menyalam.

-bersambung-


Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now