Hijab - Akal

2.2K 82 19
                                    

Siapa yang suka sejuk?

Jika ia adalah milo ais atau ABC untuk hari yang panas dek mentari yang memanah, semua orang suka. Kecuali mereka yang menghidap penyakit alergik ais atau kurang 50 sen untuk beli minuman berais. Tawarkan minuman yang sama pada diriku tatkala aku sedang meredah musim dingin dengan 3 lapis baju, lengkap berbeanie cap, dan snow mittens, nescaya aku tolak mentah-mentah walaupun aku tau ABC hanya wujud di Malaysia

Luk memberi pesan, selepas sesi berman ski pada hari pertama, rehatkan badan dan minda. Aku sanggup tolak ajakan member lain untuk sesi bergambar di tepi sungai beku dengan hanya berboxer sebagai gambar salam perantauan demi ilmu yang hendak dia sampaikan.

Makan malam kami di penginapan tepat pada jam 6 petang. Di Malaysia baguette di Tesco atau Delifrance jauh tidak sedap berbanding keaslian roti tersebut jika di makan di tempat asal. Persetankan khabar betapa liat atau keras roti berkenaandari mulut-mulut stereotaip dan penuduh buta dan tuli. Hanya mereka yang pernah melihat dan merasainya sahaja membenarkan kata-kata pujangga yang aku baru cipta sebentar tadi,

Rapuhnya Baguette fresh dari oven adalah serapuh hati wanita. Terlepas jika terlalu longgar dipegang; patah dua jika terlalu kuat menggenggam

"Nanti jumpa aku kat pintu depan"

Luk yang sudah habis makan memberi pesan ketika aku sedang mengunyah pantas roti baguette bersama mentega susu asli dan keju Brie. Aku sedang mencekik segala yang halal dan free secara berabis. Jangan salahkan aku kerna aku hanya mengikut lumrah alam seorang student.

Dan sekarang, bila aku membontoti Luk ke arah hutan ais berhampiran, aku tidak habis-habis mengucapkan sukur atas kewujudan lemak-lemak sedia ada dan haba hasil tindakbalas metabolisme dari pencernaan makanan yang dimentekedarah. Hanya jemariku yang kurus sahaja yang digigit kesejukan walau bersembunyi di bawah snow mitten. Luk tampak bersahaja. Tiada apa yang melindungi kepala dan tapak tangannya. Sudah biasa bersejuk di negara 4 musim agaknya.

"Kita masuk kat dalam tu" katanya sambil menuding ke arah sebuat rumah kecil yang diperbuat dari balak-balak besar macam cerita Cabin in the Woods. Cuma hanya kami berdua dan rumah itu hanya ada ruang kosong yang dijadikan tempat simpan kayu api. Perempuan innocent dan perempuan yang suka seks tidak ada bersama kami. Lagipun batch ke France tak ramai perempuan

"Apa pendapat kau tentang cerita hantu?" tanya Luk sebaik sahaja kami duduk bersila saling berhadapan. Tidak ubah seperti seorang guru silat sedang memberi buah bicara kepada sang penuntut silatnya

"Some are true and some are complete bullocks. Pourquoi? (why?)" Jawabku ringkas dengan sedikit pengaruh UK. Aku mula menanggalkan beanie kerana kulit kepala tiba-tiba gatal. Rumah kecil ini suprisingly panas.

"Yang true tu datang dari mana?"

"Datang dari makhluk ghaib yang wujud bersama kita. Macam jin.. bunian.. setan..."

"Donc, les phantomes, ils devient ou? (Jadinya, hantu-hantu tu datang dari mana?)

"Macam aku cakap tadi. Ada yang rekaan hasil ciptaan ketakutan dan imaginasi manusia. Otak akan projek apa yang kita ingin lihat. Yang lainnya adalah real. Cuma kita tak pasti yang mana yang mana satu diorang.

"Bagus... Bagus..." pujinya seraya mengeluarkan sebatang lilin lalu menyalakannya. Suasana senja di pergunungan sebentar tadi bertukar menjadi tona merah jingga dan api yang menyala. Hidungku menangkap suatu bau.

"Lilin aromaterapi dari kedai Hinode lima ringgit satu barang? Jauh kau bawak barang Malaysia sampai France?"

"Bukan. Ini lilin nak bagi kau... 'terbayang'"

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now