Assalamualaikum dan Hai Semua! Terima kerana membaca , vote dan komen Koleksi Cerita Seram dan Mistik Sepanjang Zaman. Penulis amat menghargai sokongan korang semua walau penulis tahu cerita penulis tak la seseram mana. Takde jelmaan bergayut di kipas mahupun bayangan kepala yang tergantung di permukaan air kolah mandi. Maaf jika koleksi seram ini tidak mencapai piawaian peminat genre seram di luar sana *bow*
Namun koleksi ini mempunyai pembaca-pembaca dan peminat yang tersendiri dan penulis ucapkan ribuan terima kasih kepada korang. Asalnya koleksi ini (walau diambil dari real events dan perkongsian cerita orang lain) ia merupakan sekadar penulisan suka-suka. Penulis sedang mencari momentum dan semangat selepas sekian lama berehat di arena penulisan.
Kini sudah 12 bab dikongsikan pada korang dan tamat lah kisah-kisah seram yang berlaku sehingga penulis habis SPM. Selepas SPM, penulis tidak banyak mengalami peristiwa-peristiwa. Sebab penulis telah belajar oversea ke sebuah negara yang penuh logik dan sains. Oh ye, sehingga SPM, penulis antara mereka yang obses dengan paranormal. Tapi bila dah pi negara tersebut, habis kena bahas, pukul dan sebagainya (ok exagerate, sekadar bahas) maka penulis mengalami penstrukturan semula kompas fikrah dan pemikiran.
Still, penulis masih lagi percaya paranormal dan mistik dan menghormati kewujudan perkara ghaib. Namun penulis akan letakkan logik dan sains sebagai penjawab utama, selagi mana ia tidak melanggar akidah. Macam gerhana matahari dolu-dolu... Orang kata naga lapaq so dia pi makan matahari tapi panas sangat dia pi luah balik. Kan sekarang dah ada penjelasan saintifik *Peace*
Oleh sebab tak banyak dan asyik ke bahas je, maka penulis terpaksa slow down dalam berkongsi cerita dalam koleksi seram dan mistik ni. Bagi la chan penulis nak start projek penulisan terbarunya. Genre baru yang penulis tak pernah buat. Genre romantik uoollss!! (ahahahaha). Tapi kena habiskan Nyaman dulu yang berbaki 2 bab. Penulis juga menjemput korang untuk baca dan ushar tajuk-tajuk penulis yang lain. Penulis tahu ia tidak seampuh koleksi ini. Maka kritikan berharga korang amat penulis mahukan.
Penulis juga membuka ruang komen kali untuk sebarang pertanyaan, perkongsian, lontaran pendapat dan idea (sebenarnya selalu je buka). Oh ye, memandangkan story dah tak banyak, perlu ke penulis create a story untuk memuaskan hati pembaca?
Akhir kata, terima kasih sekali lagi kerana menyokong dan membaca Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman. Sehingga kemunculan bab seterusnya. Bai Bai ~~
YOU ARE READING
Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow update
ParanormalIni adalah himpunan cerita seram, mistik sepanjang zaman. At least; cerita yang berlaku atas diri aku la... Kalau cerita mulut tu aku tak jamin kesahihan... Takde sanad yang meyakinkan. haha.. Aku cuba kongsikan segalanya, dari aku zaman aku nampak...