Tinta Penulis II

1.6K 99 16
                                    

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua~~

Terima kasih bebanyak kerana sentiasa menyokong Koleksi Seram dan Mistik ni. Walaupun saya perasan tulisan untuk Arc kedua ni banyak yang mengarut dan tidak memenuhi selera pencari dan pembaca seram.

Terima kasih juga untuk mereka yang tak kering keringat membuang undi untuk karya ini juga. Vote anda yang membuatkan saya untuk terus berkongsi kisah.

Ok, truth must be told untuk sepanjang Arc Time Uni (Siapa kau? till Hijab Nafsu). Here's a few clarification

>> Semua kisah benar ke?
Hanya cerita Jangan pandang Belakang dan Main-main je yang benar-benar terjadi. Yang lain tu cerita rekaan semata-mata. Ada juga kisah benar yang terselit dalam tajuk lain seperti senior yang pengsan dalam bilik air dan senior kena pukau. Its real macam realnya masak megi dalam gayung. Yang lain tu adalah rekaan imaginasi saya semata-mata.

>> Tak seram pun!
Sebab sepanjang empat tahun saya berada kat sana, tak de kisah seram yang saya alami sendiri atau dikongsikan selain apa yang saya sebut kat atas. Walaupun bidang yang saya belajar menyebabkan saya keluar masuk hutan, sikit pun takde. Serious bak hang! Member perancis yang satu group pun jenis tak takut gelap dalam hutan. Itu la yang saya pelik, kenapa saya kat sana tak terdetik langsung ketakutan bila saya redah semak, lubang, gua dan sebagainya. Saya jalan kaki balik rumah malam-malam pun tak takut pun, walaupun lalu tepi kubur diorang. Tunggu Arc seterusnya, keseraman bakal menjelma

>> Jadi kisah yang lain tu inspired dari mana?
Inspired dengan apa yang berlaku atas diri saya. Saya dulu sebelum fly memang jenis penakut dan agak fanatik dengan cerita seram walaupun takut. Bila kat sana, saya terdedah dengan banyak info dan budaya. Saya buatlah culture comparison, pembacaan,self-study, debate dan sebagainya sehingga dapatlah saya jawapan-jawapan yang telah saya kongsikan sepanjang Arc kedua ni. Antara debat yang membuka mata dan hati saya adalah, jika seorang orang putih disuruh menaiki motor memalam melalui kubur, agak-agak dia ada rasa apa-apa tak? Keseraman tetap ada cuma dia tidak akan terasa motornya tetiba berat. Cuma dirinya terbayang tangan-tangan yang cuba keluar dari kubur dan cubaan zombie untuk minta tumpang.

>>Rayzal dan Luk tu sapa?
Rekaan saya semata-mata. Mereka terinspirasi oleh draft novel yang saya buat dan simpan buat pekasam. Pasal Sains Vs Paranormal dan Magic Vs Logic. Lama lagi nak keluar ke alam realiti tu. Biarlah ia berada di dalam alam ghaib sehingga MADSL saya habis (dan juga tajuk-tajuk lain yang menyusul. hehehe)

>> Besancon tu kat mana?
Bahagian timur France, dah dekat dengan Swiss border. Bukit Planoise tu wujud termasuk runtuhan kota lama yang ada kat puncak tu. Saya selalu pi sana lepak sensorang sebenar masa time belajar kat sana. Hahaha..  Nak usha gambar-gambar kat atas tu kat link ni https://fr.wikipedia.org/wiki/Fort_de_Planoise. Yang versi french je yang ada gambar cantik. Ala, korang nak tengok gambar je kan? Gambar2 kat situ jenis slide show, tekan play utk tengok.

>> So lepas ni cerita apa plak?
Arc seterusnya saya dah pulang ke Malaysia. Dengan pendirian baru, saya mampu menerima lebih banyak cerita orang tanpa saya sendiri terbayang-bayang. Nantikan...

Terima kasih sekali lagi ye? Tanpa pembaca macam korang, tak jadi apa koleksi seram dan mistik ni.

SimonMalik

p/s : saya open soalan atau kritikan. Apa lagi, tanyalah apa-apa ^^

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now