Kena Tegur

2.7K 128 10
                                    

"Jauh jugak rupanya rumah aku ni"

Menyesal juga tadi aku menolak pelawaan untuk bermalam sahaja di rumah rakan semalaysia tapi lan tajaan. Diorang buat makan-makan. Chief, Rise dan Jawa ada basikal. Songkok, Mie dan Ezi lebih prefer tidur sana je. Din pula lebih prefer tak join langsung.

Aku? Aku lebih prefer tidur atas katil aku walaupun ia bertilam tua yang dah melekuk di tengah-tengah selepas perut kosong yang dibawa tadi terisi penuh dengan makanan free.

Jauh aku bakal berjalan. Aku agak dalam 40 minit kalau aku menapak. Laju sikit 30 minit.

Jam pukul 11 malam. Kalau di Malaysia ni, malam dikira masih muda. Kedai mamak masih laku dan berpenghuni. Macam langit dan bumi jika dibandingkan dengan kat sini.

Lampu hanya wujud kat setiap simpang. Punyalah takde kereta aku rasa aku tidur tengah jalanraya pun tak akan ada hal. Jasad-jasad bernyawa memilih untuk bersembunyi di dalam kamar mereka. Kalau tak tidur, diorang buat projek bawah selimut. Apa lagi yang boleh mereka lakukan? Semua kedai... Aku ulang, seemuuaaa kedai tutup pada pukul 6 petang.

Keadaan lebih mati bila hari Ahad, dan aku masih ada lagi 1 jam lagi sebelum melangkah ke Isnin.

Aku melangkah laju sambil memasukkan tangan dalam long coat aku. Kepala ditutup dengan beanie mengelak telinga aku digigit kesejukan musim sejuk. Mata aku sentiasa merendah ke lorong pejalanan kaki. Takut akan periuk api.

Ya periuk api.

Periuk api yang menyebabkan aku terpaksa sertu kasut basket Reebok berwarna putih hitam.

"Eh?"

Mataku terpandang seorang perempuan tua yang berdiri di bawah cahaya lampu di simpang depan. Dari jauh aku nampak dia terbongkok sikit dan memakai skaf terikat di kepala. Pakaiannya nampak seperti mahu bermusafir. Mahu mengejar train tengah malam agaknya.

Tubuh tua itu semakin aku rapati. Otakku tak fikir nenek ni hantu (aku perasan mukanya tua habis dah). Dia memang berdiri di simpang yang aku lalui untuk balik ke Kestler Residence, tempat studio tempat tinggal aku.

"Bonsoir" budaya menyapa orang walau stranger sudah mendarah daging sejak aku sampai sini.

"Bonsoir" Dia juga membalas dan tersenyum. Matanya tidak berkelip memandang aku. Entah macam mana terpancar kelembutan dalam misteri.

"Excusez-moi monsieur, vous savez la direction de la gare?"

Langkah tu terhenti. Betul tekaan aku. Nenek ni nak pi stesen keretapi.

"C'est en direction madame. Mais je croie il y a un bus pour aller la bas" (Belah sana,tapi saya rasa ada bas gi sana)

Aku menoleh-noleh mencari tiang bus-stop. Takde la jauh sangat.

"Attendez, je reviens"

Aku pergi ke sana melihat jadual waktu yang terletak. Jari aku melurut dan mata kau dikecilkan dalam suram untuk membaca waktu. Kalau tak caya, cuba baca guna font 5 lepas tu lampu letak kat hujung bilik.

"Je suis desolee. Il y n'a pas de bus" (I'm sorry, there is no bus)

Dah korang malas nak keje hari ahad sapa suruh, getisku dalam diam.

"A quelle heure votre train?" (Pukul berapa train Achik?) Aku pakai ayat skema, takkan aku nak bubuh 'anda'. So aku translate pakai 'Achik'

"A minuit..." (Tengah malam...)

Wajah nenek itu nampak risau. Dia juga menoleh-noleh sebelum memandang ke arahku kembali. Sebelum dia bersuara, aku memotong

"Je pouvais vous ammenez la-bas. Sans probleme"

Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow updateWhere stories live. Discover now