Suasana pagi keesokkannya sangat hening. Hanya pergerakan para peserta sahaja yang kedengaran. Masing-masing tidak bersuara.
Aku yang sedang duduk di pondok hanya melihat mereka bergerak dan mengumpulkan beg berdekatan dengan bas. Badanku sekarang disarung baju sejuk bagi melawan kedinginan yang mengigit hingga ke sumsum.
Nabil datang ke arahku dengan tangan memegang sebuah kole berasap.
"Nah, buat panaskan badan" tawar Nabi sambil menghulur kole berkenaan. Aku menyambut lemah. Kehangatan kole serta merta merebak pada tangan yang sedia sejuk. Aku mencicip pantas. Bau dan rasa Milo panas sedikit sebanyak melegakan otot yang kesejukan.
"Diorang pendekkan perkhemahan.. So kita boleh balik awal" Kata Nabil sambil menyandar ke tiang pondok. Kedua tangannya diselukkan pada saku seluar dan matanya dilemparkan ke arah peserta-peserta yang bersedia untuk pulang. Kelihatan juga David, Bala dan Peng sedang rondoh-randah memikul beg dan peralatan ke arah bas.
Kami berlima merupakan pelajar jemputan dari sekolah lain bagi membantu sedikit sebanyak perkhemahan untuk pelajar-pelajar perempuan sekolah jiran. Tak sangka pula kejadian rasuk berlaku semalam.
Aku mencicip lagi air Milo. Tiga orang sahabat kami sudah mula berjalan ke arah kami. Sudah pasti mereka ingin tahu apa yang jadi semalam.
"Dude, are you ok?" Bala berbasa-basi. Aku hanya mengangkat kole gaya cheers padanya sebelum dia dia merebahkan punggung di sebelah. Peng dan David hanya berdiri dan melihat. Hanya kesenyapan sahaja yang berbunyi tika ini.
"Sooo... Tell us what happen." David memecah kesunyian. Peng dan Bala juga ingin tahu apa yang terjadi. Sudah pasti mereka terdengar jeritan dan sebagainya dan tertanya-tanya apa yang berlaku malam tadi. Mata mereka tertancap pada aku menunggu jawapan.
"I passed out. When I woke up, I saw this guy's face" jawab aku sambil menghala lengan memegang kole ke arah Nabil. Mata aku masih merenung kekosongan. Mata mereka memandang Nabil pula. Nabil menarik nafas kerana teragak-agak untuk membuka mulut.
"Boleh aku cerita bro?"
"Silakan... Aku pun nak dengar..." Aku serius tidak ingat apa yang berlaku. Apa yang aku ingat adalah wajah Nabil dengan tangannya ligat mengipas ke wajah aku di mana kepala aku dipangku olehnya. That was not a gay thing. That is brotherhood love and care.
Nabil memulakan bercerita dengan panjang lebar. Siap dengan gaya dan mimik muka. Ada kalanya rakan aku yang lain menarik nafas terkejut. Ada kalanya menggeleng. Damn it. Nabil memang seorang penglipur lara yang hebat.
"This is the most scary part. Masa tu orang masjid yang datang tu tengah bincang something. Time Fahmi past out. Jadi Cikgu Rosdi rancang la untuk bacakan yassin ramai-ramai. You guys want to know what happen next?"
Rakan lain mengangguk serentak
"Masa diorang baca yassin, budak perempuan cakap dengan suara garau, Baca yassin tapi tak faham! Mari aku cabar kamu! Lepas tu dia baca apa ntah. Bunyi macam arab. Orang kata yassin jugak. Tapi dibaca dari belakang." cerita Nabil sungguh-sungguh.
"Kut ye pun jangan sampai kamu ubah suara sekali! Tak tidur malam kawan-kawan kamu nanti!" Cikgu Rosdi menyergah yang entah bila masa dia merapati kami. Dia bercekak pinggang memandang kami. Wajahnya nampak lesu tapi disembunyikan balik senyuman nipis.
"Ready nak balik?"
Kami hanya mengangguk. Cerita Nabil berhenti disitu sahaja.
+++
Aku dan Peng mengikuti Cikgu Rosdi. Nabil, David dan Bala beria--ia mahu menaiki bas dengan pelajar perempuan. Risau akan keselamatan kata mereka.
Cikgu meminta kami agar tidak diceritakan pada sesiapa kejadian malam semalam. Ini bagi tidak membuka aib sesiapa. Kami setuju akan permintaannya. Bukan urusan kami, pelajar dari sekolah lain menyebarkan cerita sebegini.
"Kamu kenal dia ke?" Tanya Cikgu Rosdi dalam kereta pada aku yang duduk menyandar merapatkan diri pada pintu kereta. Terlihat mata cikgu Rosdi memandang aku menggunakan cermin belakang. Kepala aku menggeleng dalam hood yang dinaikkan. Badan aku masih sejuk.
Dia disini merujuk pada budak perempuan yang dirasuk semalam. Cikgu Rosdi mengatakan yang ada sebab budak itu dirasuk. Dia hadir ke perkhemahan dengan niat yang kurang baik. Dia telah menghantar 'sesuatu' pada aku. Niat untuk dengki atau hal lain tidak pula diketahui.
Cikgu Rosdi menerang lagi, oleh sebab dia dalam keadaan tidak bersih, ia telah menarik perhatian penunggu hutan untuk merasuk dalam dirinya.
Aku tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita cikgu Rosdi. Fikiran aku lebih berlegar pada nasihat salah seorang dari orang masjid semalam sebelum mereka pulang.
"Sucikan diri kamu. Luar dan dalam. Baca ni setiap pagi dan petang. Moga terlindung dari sebarang kejahatan"
Aku serta merta teringat yang nasihat itu datang seiringan dengan pemberian. Sebuah buku kecil aku keluarkan dari kocek. Mata aku tertancap lama pada tulisan di depan buku kecil yang saiznya tak besar dari tapak tangan.
'Al-Mathurat Sughra'
<tamat>
![](https://img.wattpad.com/cover/48469424-288-k878496.jpg)
YOU ARE READING
Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow update
ParanormalIni adalah himpunan cerita seram, mistik sepanjang zaman. At least; cerita yang berlaku atas diri aku la... Kalau cerita mulut tu aku tak jamin kesahihan... Takde sanad yang meyakinkan. haha.. Aku cuba kongsikan segalanya, dari aku zaman aku nampak...