Pengsan adalah situasi normal seorang manusia. Lagi-lagi kita yang jadi pernah pelajar di sekolah dulu. Berhimpunan setiap pagi demi mendengar celoteh guru atau dipanggil sebab rambut panjang or kuku tak potong . Bonus jika pengsan di perhimpunan. Selain dilabel tak makan pagi; ada chan holiday percuma bila parent datang ambil.
Pengsan kerana terkejut adalah perkara berbeza. Minda seolah-olah berhenti dan crash lalu body shit down.Paling severe terus koma. Macam smartphone yang kita suruh bernafas di dalam air atau dijadikan chopping board ketika memotong ayam. Tiada dalam programming basic mereka.
Itulah apa yang berlaku pada aku dua malam lepas.
Sedar-sedar aku sudah berada di atas katil. Entah macam maca Luk angkut aku balik pun aku tak tau. Tak berani aku nak tanya dia minta tolong sapa. Boleh jadi dia angkut sendiri tapi aku rasa agak mustahil. Beratku tidak sesuai dengan ratio tinggi menyebabkan aku jatuh di bawah kategori overweight.
Aku terkebil-kebil mengadap kelam malam ditemani bunyi dengkuran member yang kronik ada resdung. Apa yang berlaku aritu macam mimpi pun ada. Sebab biasanya dalam mimpi je segala benda yang out of ordinary boleh berlaku. Terbang di alam fana atau berjumpa dengan artis pojaan hati. Mimpi adaah ruang mainan kreativiti untuk meliar ditemani subconcious. Kalau anda mimpi jumpa mamat korea selalu, beringatlah bahawa anda sudah terkena mandrem mereka. Walau saya yakin diorang tak pakai minyak dagu atau minyak senyonyong.
Tapi segala cerita yang pernah aku hadapi sebelum ini adalah real. Real pada setiap sensasi deria macam pagi-pagi menghirup milo panas. Atau mencicip kuah megi kari yang dimasak ringkas sekadar air panas lalu terendam dalam mangkuk atau gayung.
Megi gayung itu real, maka kisah dua malam lepas aku yakin real.
Ketakutan dalam diam merangkak perlahan. Aku menarik perlahan menutup separuh muka. Entah macam mana bunyi dengkuran member cepat-cepat menghakis takut itu. Macam asap lingkaran ubat nyamuk menghalau aedes.
Aku toleh kiri. Aku toleh kanan. Tiada apa selain alat tidur memenuhi pandangan. Harapan untuk melihat mereka di bahu dan kemudiannya pengsan lagi lebur. Kejutan itu agaknya sama dengan kejutan seorang nabi dulu yang ingin melihat Tuhan. Bila ditunjuk sedikit lalu baginda Musa pengsan.
Kejap! Adakah selama ini aku dapat lihat kelibat mereka kerana aku dalam diam sebenarnya ingin melihat mereka. Takut tapi sebenarnya nak tengok? Boleh jadi kerana walau sudah berulang kali aku subconciously menolak kewujudan mereka, aku sebenarnya ingin melihat mereka. Ingin melunaskan semangat ingin tahu. Malangnya logik dan ilmu solid tidak sepadan dengan ayat-ayat gebang dan fantasi si tukang karut...
Tak! Gang! Ding!
Bunyi ganjil kedengaran di sudut bilik memotong perdebatan dalam otak. Ah, itu bunyi hasil pengembangan besi heater agaknya...
***
"Dapat tidur semalam?"
Luk memandang aku. Mukanya cukup bersahaja. Rasa nak tempeleng pun ada.
"Boleh la..."
Luk berkalih dan melemparkan pandangannya sejauh mungkin. Pemandangan dari sudut tinggi sememangnya indah. Lagi-lagi kalau kita sedang duduk bergerak ditarik kabel besi kompleks ke puncak bukit dengan kaki yang berjuntai.
Aku pulak risau memandang ke bawah. Kalau tertanggal papan ski yang melekat kat kaki aku ni, susah juga nak turun ambil balik. Luk memilh snowboard. Lebih stylo katanya. Orang yang dah berkali dapat winter boleh la kata begitu. Beginners seperti aku ni kena master ski dulu. Tapi harini dah hari terakhir dan esok kami bakal pulang ke Colmar.
"Kau dah lulus dah peringkat pertama. Sat lagi kau akan hadapi peringkat yang kedua"
"Kat tempat public macam ni?"
YOU ARE READING
Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow update
ParanormalIni adalah himpunan cerita seram, mistik sepanjang zaman. At least; cerita yang berlaku atas diri aku la... Kalau cerita mulut tu aku tak jamin kesahihan... Takde sanad yang meyakinkan. haha.. Aku cuba kongsikan segalanya, dari aku zaman aku nampak...