PULANG saja, Kasih terus merebahkan diri ke atas sofa. Hari ini dia benar-benar penat. Mana tidaknya, ke hulu ke hilir atur masa dan jadual semula. Semuanya gara-gara Khai tak double check appointment klien.
Dalam lelah merehatkan diri, Kasih terlelap di situ sehingga Nuh pulang kerja. Hairan Nuh melihat Kasih tertidur di sofa dengan lengkap berpakaian kerja.
Kaki diatur ke sofa. Nuh melutut di tepi sofa dan menyentuh lembut kepala Kasih. Jelas benar Kasih kepenatan.
“Sayang.” Nuh menyeru perlahan.
Tiada respons.
“Sayang..” Lebih lembut Nuh menyeru Kasih. Pipi mulus itu diusap sayang.
“Hmm..” Kasih celik mata, tapi pejam semula.
“Dah nak masuk maghrib ni,” ujar Nuh, seraya melabuhkan bibirnya di dahi Kasih.
Bibir Kasih terus dikoyak senyuman. Suka betul dengan sentuhan kasih sayang Nuh.
“Penat betul albi tengok sayang hari ni.” Kepala Kasih diusap-usap.
“Penat, albi. Kasih main kejar-kejar.” Kasih kembali celik mata.
“Kejar-kejar dengan siapa?” Berkerut kening Nuh.
“Dengan Khai.” Kasih terus mengulum senyum melihat air muka Nuh yang sudah berubah cemberut.
“Albi tak sukalah....” Panjang nada Nuh, jelas tak suka dengan nama Khai disebut.
“Alololo...” Bingkas Kasih duduk menghadap Nuh. Kedua pipi Nuh dipautnya. “Suami siapalah ni yang makin cemburu tak bertempat?”
Nuh genggam kedua tangan Kasih di pipi. “Suami Kasih Amalin. Untuk pengetahuan si Khai, sayang isteri albi tau.”
“Khai sedia maklum, albi. Jangan cemburu sangat. Lagipun Khai tu tunangan orang.” Lembut Kasih menasihati Nuh.
“Albi tahu...”
“Albi.” Kasih laju memotong. “Kasih, kan.. Kasih suka sangat albi tunjuk kasih sayang dan cemburu tu. Kasih rasa bahagia sebab Kasih tahu albi sayangkan Kasih, cintakan Kasih. Tapi, albi...” Kasih jeda seketika. Sepasang mata Nuh direnung dalam-dalam.
“Kasih tak nak disebabkan cemburu tak bertempat tu, merosakkan rumah tangga kita. Kasih cintakan albi.. sayangkan albi, tau. Kasih nak hidup dengan albi, selamanya.”
Nuh terkelu. “Cemburu albi keterlaluan ke?”
“Tak. Tapi, kena control sikit je. Sikit jeee..” Kasih menayang sengih, sambil merapatkan ibu jari dan jari telunjuknya.
“Baik, albi control.” Bingkas Nuh bangun, dan turut mencempung Kasih ke dalam dukungannya.
“Argh! Albi niii.. terkejut Kasih.” Dipautnya leher Nuh, dengan gelengan kepala.
“Mandi, sayang. Kasih tu dah berbau kambing.” Nuh mengerut hidung sungguh-sungguh.
“Albi pun dah berbau kerbaulah,” balas Kasih, turut mengerut hidung sejurus mencium pipi Nuh.
Ketawa Nuh dibuatnya.
KEESOKAN paginya, Nuh memandang pelik ke arah Kasih yang hanya bersandar di kepala katil sambil melihatnya bersiap.
“Kasih tak pergi kerja ke hari ni?” Nuh mengatur langkah ke katil. Punggungnya dilabuh di birai katil, bersebelahan Kasih.
“Kasih rasa tak laratlah hari ni. Badan ni rasa sakit-sakit,” adu Kasih manja, terus menyandarkan kepalanya di dada bidang Nuh.
Nuh menyelak rambut Kasih. Dahi dan leher Kasih disentuh. Tak pula panas, tapi memang kelihatan wajah Kasih seperti kelesuan.
“Albi dah cakap, kan...” Nuh lepas keluh dalam. Ini yang dia bimbangkan sebelum ini.
“Kasih suka kerja, albi.” Kasih membalas sambil pejam mata. Rasa mahu tidur pula.
“Inilah sebab kenapa albi kurang setuju sayang bekerja. Sayang akan cepat penat.”
“Kasih bosan duduk rumah sorang-sorang. At least Kasih keluar bekerja, Kasih tak stress ngadap dinding hari-hari.” Kasih peluk Nuh erat-erat apabila dapat merasai suaminya itu mulai menggunakan ketegasan. Itu saja cara nak lembutkan hati Nuh.
Nuh pejam mata rapat-rapat. Jawapan Kasih kali ini sedikit sebanyak buat dia rasa serba salah. Stress mengadap dinding hari-hari.
“Albi risau sayang makin penat. Dah, sayang pergi bersihkan diri dulu. Mana tahu, rasa lebih baik.”
Kasih menurut. Dicapai tuala dan berlalu ke kamar mandi. Sementelah, Nuh menunggu di luar. Dia mahu pastikan keadaan Kasih benar-benar baik sebelum dia berangkat ke tempat kerja.
“Albi!”
Jeritan Kasih dari kamar mandi menyentak lamunan pendek Nuh.
“Albi!”
“Sayang!” Bingkas Nuh menerpa ke kamar mandi dan menolak pintu. Matanya terbuntang luas melihat Kasih sudah duduk di atas bilik air yang basah.
“Sakit... pinggang Kasih sakit, albi...” adu Kasih, dongak pandang Nuh yang berwajah cemas. Tangannya sudah menahan diri.
“Ya Allah! Sayang...” Nuh bertinggung dan terus mencempung Kasih. Namun, tompokan berwarna merah di atas lantai mematikan langkah. Nuh terpaku.
“Ss.. sayang...” Nuh masih terkedu. Apakah Kasih...?
“Kenapa?” Berkerut Kasih melihat tingkah Nuh, sebelum matanya turut memandang ke arah tempat yang sama.
Darah?
❤️🩹❤️🩹❤️🩹❤️🩹❤️🩹
Lama ye saya tak menulis. Tak pastilah penulisan saya okay ke tak..
Singgah sini sebab rasa macam cerita tergantung.. SC nya tak lengkap.
Happy reading✨
05/06/2026
ANDA SEDANG MEMBACA
Memori Kasih
Fantasy- Jarum masa itu ibarat satu petunjuk yang menyelak lembaran duka. - Oleh kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya, Kasih Amalin berubah menjadi seorang gadis yang liar dan kurang ajar. Ada saja yang tidak kena di matanya sehingga si bapa S...
