Prolog

1.7K 68 0
                                    

Ariq, Iqli, Irwan dan Amil menongkat dagu. Menanti ketibaan 'Yang Berhormat' untuk sampai ke gerai mamak yang tak jauh dari pejabat mereka.

"Mana dorang ni, Mil?" Suara Irwan memecah kesunyian.

"Entahlah, Wan.." jawab Amil mendatar. Mukanya dah serupa orang putus cinta je gamaknya.

"Dorang cakap nak pergi sekejap je.. Dah berkurun aku tunggu kat sini haa.." Iqli mengangkat kepala kemudian menebarkan pandangan, mencari-cari kelibat 'budak dua orang' yang sudah lama ditunggu mereka berempat.

"Aku rasa lah kan.." Ariq memulakan kata.

"Dorang pergi dating ni.." Ketiga-tiga kepala milik Iqli, Irwan dan Amil memandang Ariq yang sedang mengusap dagu.

"Lahhh..."serentak mereka bertiga berkata.

"Kalau macam tu, baik kita makan dulu. Rehat dah nak habis ni." Irwan sudah menangkat tangan meminta pelayan mengambil pesanan.

"Apalah, dating tak nak bagitahu. Ingat kita nak kacau dorang ke?" Amil mencebik.

"Tu lah pasal. Macam model dah kita kat sini. Hmm.. membazir muka aku ditayang kat sini." Iqli buat muka macho. Yang lain mencebik.

"Dah lah, tak payah tayang muka basi kau tu. Muka macam apek besi buruk tu, ada hati nak cakap muka macam model. Puihh.." Ariq mengutuk Iqli. Irwan dan Amil tergelak.

Memang tak dinafikan mereka berempat sangat rapat. Sejak masuk ke Universiti yang sama 5 tahun lepas, hubungan meraka sangat akrab. Dah terlalu lama mereka berkongsi kisah sedih, suka duka, tawa ria bersama. Dan tak dinafikan jugak, mereka mempunyai rupa paras yang tampan. Sebenarnya ada lagi satu kawan dorang ni. Nama dia Syahfitri.

"Woii,, makan tak menunggu!" jerkah satu suara dari belakang Amil. Iqli yang baru meneguk air milonya terus tersedak. Ariq menepuk-nepuk belakang Iqli.

"Walaweh.. cantiknya bahasa. Mana salam kau?" perli Irwan. Syah tersengih sebelum mengambil tempat dia sebelah Amil.

"Assalamualaikum, wahai sahabat-sahabatku. Heheh.."

"Ingatkan dating tak ingat kitorang dah.." Ariq menyeringai setelah dipukul dengan fail oleh seseorang yang baru duduk di sebelahnya.

"Banyak la kau punya dating! Ni ha, dating dengan kedai buku. Tunggu punyalah lama nak fotostat bendalah ni." bising suara itu sambil menunjukan fail yang berisi kertas.

"Betul! Kau punya pakcik la ni, Iq. Sempat pula nak suruh Hanna fotostat benda ni time lunch. Dah tahu mesin fotostat kat ofis tu rosak, tak tahu nak dibetulkan." bebel Syah sambil menghirup jus oren milik Iwan.

"Sabar, Syah. Sabar, Hanna. Kita ni, buat kerja kena ikhlas tau. Tak boleh marah-marah. Barulah berkat kerja kita." bebel Iqli.

"Dah mula dah ceramah dia tu..." sampuk Amil.

"Padahal tadi dia pun bising tunggu korang lama sangat.." Irwan menyambung.

"Entah.. cakap tak serupa bikin betul dia ni.." sakat Syah pula.

"Ish, korang ni. Dah lah bergaduh tu. Tak baik la, depan rezeki ni. Balik ofis nanti sambung gaduh lagi ek? Aku nak makan. Hehe.." Hanna senyum ceria sebelum memesan makanan.

Syah, Irwan, Amil, Iqli dan Ariq menggeleng melihat telatah Hanna.

Sebelum korang terpinga-pinga, tergaru-garu kepala, dan bermacam ter lagi.. meh aku kenalkan dengan watak dalam cerita ni.

Hannah. Satu-satunya kawan baik perempuan Syah, Irwan, Iqli Ariq dan Amil. Nama panjang Hannah ialah Hannah Zaliya binti Zakuan Amir. Hmm.. sedap namanya, semanis orangnya juga. Hannah ni anak sulung dari empat beradik. Dia cuma ada Mak Hawa, mak dia. Ayah Hannah dah meninggal dunia 3 tahun dahulu sebab kemalangan. Langgar lari. Mulanya Hannah tak dapat terima kenyataan. Tapi dia sedar, tanggungjawab dia makin besar selepas tu. Dia kena sara mak yang sakit dan adik-adiknya yang masih bersekolah. Jadi, dia tak pernah tunjuk lemah dia depan keluarga. Hannah ni, dari luar nampak macam orang takde masalah. Happy selalu dan muka dia sentiasa ceria. Lagi satu yang peliknya, Hannah ni tak de kawan perempuan. Sorang pun takde. Macam tak percaya kan? Tapi itulah hakikatnya. Sebab? Hannah ni miskin. Mak dia tak bekerja sebab sakit sejak ayah dia meninggal. Tapi, Hannah pun tak ambil peduli sangat sebab bagi dia, perempuan sekarang ni terlalu mementingkan kebendaan dan hipokrit. Yup, Hannah benci orang yang hipokrit, bermuka-muka. Depan cakap baik, belakag tumbuh tanduk. Dah ramai sangat perempuan macam tu yang dia jumpa. So, dia decides untuk kekal sebagai kawan baik lima bersaudara tu. Haha. Okay. That's it untuk intro Hannah.

Kita berkenalan pula dengan Syah. Nama sebenar, Tengku Nik Syahfitri bin Tengku Nik Shahid. Tengok nama pun korang tahu dia ni anak orang kaya kan? Ya, betul tu. Syah ni anak orang kaya. Kaya sangat. Dah tak payah bayangkan dia ni kaya macam mana, karang korang nak dia jadi hero cerita ni pulak. Syah ni seorang yang baik hati dan kacak. Ofkoslah kacak kan? Kata anak orang kaya. Muka dia ni macam Zul Ariffin. Hensem tak? Hensem tak? Heheh.. Syah ni jugak dah lama suka dengan Hannah, tapi dia tak nak hubungan persahabatan dorang terputus sebab perkara ni, jadi dia pendamkan saja. Huhuhuhu. Sedih. Dah kata pun suka kan, jadi Syah la orang paling banyak tolong Hannah. Tapi, dia buat tu semua ikhlas nak tolong kawan baik dia. Syah paling rapat sekali dengan Irwan sebab Irwan ni sepupu dia. Perangai pun lebih kurang je. Lupa pulak, Syah ni bekerja sebagai CEO di syarikat bapak dia. Syarikat perkapalan yang terkenal di seluruh pelosok dunia iaitu Kingdom FreeShip & Co. Walaupun, tempat kerja Syah ni jauh dengan tempat kerja kawan-kawan dia tapi, hampir setiap hari dia lunch dengan dorang berlima. Selalunya dia la yang datang dekat restoran tempat kerja Hannah sebab dia kan bos. Boleh keluar masuk bila-bila masa je. Wahahahahaha.. Perangai bos memang macam ni ek?

Done with Syah. Kita intro pulak Irwan. Seperti yang korang tahu, Irwan ni sepupu Syah. Boleh cakap macam adik beradik Syah jugak lah sebab Irwan ni forever alone. Hahaha, takdelah. Irwan ni anak tunggal. Dia membesar pun dengan Syah. Nak kata rapat tu.. boleh cakap bau kentut Syah pun dia kenal. So, korang judge sendirilah ya tahap rapat Irwan ni dengan Syah. Irwan seorang je yang tahu Syah suka kat Hannah. Tapi, dia tak pernah cerita kat orang lain. Irwan ni jenis boleh simpan rahsia. Rahsia Ariq, Iqli dengan Amil pun tersemat kemas dalam diri dia. Rahsia Hannah pun ada woii. Disebabkan dia ni penyimpan rahsia yang tegar, dia memang benci dengan orang mulut tempayan. Kalau dia jumpa lah orang yang bermulut tempayan, lagi-lagi bila ada yang pecahkan rahsia kawan-kawan dia, confirm esok pagi orang tu dah ada dalam tempayan. Jangan bawak main dia ni. Pemegang tali pinggang taekwando tauu! Eh, kita cerita-cerita ni.. korang tahu ke nama panjang dia? Ha... nama dia Tengku Mirwan Azim bin Tengku Malik. Dah tahu kan? Jom move ke next character. [Aiman hakim redza]

Muhd. Fariq bin Muhd. Faiz. Simple nama sesimple orangnya. Ariq ni orang biasa je. Perangai dia sentiasa cool. Dia ni jenis tak suka marah-marah. Maksudnya bukan panas baranlah. Apa-apa hal, dia suka bincang. Nak cakap pendiam, banyak jugak dia cakap. Satu yang aku suka dengan Ariq ni, dia jenis suka tolong orang. Dia tak boleh tengok kawan-kawan dia susah. Seboleh-bolehnya dia nak tolong kawan dia. At least, tolonglah apa-apa yang boleh tenangkan hati kawan dia. Itu aku respect. Susah nak cari kawan macam ni. Untung dorang berlima.[amar baharin]

Sekarang kita usha pula Iqli. Watak yang aku suka sebagai kawan Hannah. Nama dalam sijil surat beranak dia ialah Ahmad Zulfiqli bin Hassan. Orang panggil dia Iqli. Lahir dalam keluarga yang kuat agama. Bapak dia seorang pak imam dan maknya pula seorang ustazah. Tapi dia ni pun bukan jenis alim sangat, yang ke sana sini dengan kopiah dan tasbih. Perangai kontra habis. Suka berlawak. Kalau ada dia ni, ada je benda nak borak. Paling banyak cakap. Pot pet pot pet. Hahahaha.. Tapi solat paling cukup lima waktu, takde terbabas-terbabas ni. Mak ayah orang kuat agama kan..? Anaknya pun macam tu lah. Iqli ni tak suka tengok orang sedih-sedih. Dia cakap hidup kena sentiasa happy, sebab kita tak tahu sampai bila kita dapat bernafas dalam dunia ni, selagi ada nyawa, hargai nikmat Allah. Bersyukur dengan setiap dugaan yang Allah bagi. Masa Hannah tak boleh terima kematian ayah dia, Iqli la yang tolong pulihkan semangat dia. Nasihat Iqli ni paling berharga tau sebab apa yang dia cakap nampak simple tapi mendalam maksudnya. Haaa.. cakap pun dah macam ustaz. Bagus dia ni. Boleh buat bakal suami. Muehehehe [syukri yahya]

Last but not least, Amil. Mohd. Fahmi bin Lawi. Muka dia seiras Fizo Omar. Hensem tu memanglah tapi perangai.. hmmph! Amil ni jenis pemarah sikit. Lain sangat dengan Ariq yang sentiasa cool. Mana taknya, masa sekolah dulu jadi ketua pengawas. Kat universiti pulak jadi ketua pelajar. Tegas tu tegas la jugak. Tapi dia ni perangai gila-gila sikit. Suka buat kerja luar alam. Dia ni bab membalas dendam, nombor satu! Ada je rancangan dia untuk kenakan orang. Tapi dia ni bukan suka cari pasal. Takde masalah cari masalah. Itu bukan dia. Dia cuma bengang bila orang cari pasal dengan kawan-kawan. Paling penting sekali, dia ni memang protect Hannah gila-gila. Dah macam abang long je. Berani la cari pasal dengan Hannah. Laki ke, perempuan ke, dia tak peduli. Dia ni macam cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Kalau ada yang usik kawan dia, dia pun terasa. So.. hati-hatilah ye dengan Amil ni.

Dah habis pun cerita pasal enam sahabat ni. Korang tak tertanya-tanya ke siapa hero cerita ni?


Hai guysss! For this entry, saya cuma paparkan prolog sahaja yang mana mungkin ada antara korang dah baca di Nota Cik Penulis [2] AAS!

Atas sokongan pembaca, akhirnya saya sempat juga postkan. Hahaks. Harapnya korang enjoy permulaan cerita ni! Happy reading guys..! Bye!

Han's HeroesWhere stories live. Discover now