ASSALAMUALAIKUM dan hai semuaaaa!! Huisshhh lama giler tak bukak wattpad. Bukan tak bukak, tapi tak update. Hehe.. Sorry!
Sedutan part sebelum ini..
"Siapa yang nak kahwin?" Amalyn dan Adriz terkaku. Perlahan, kepala dipusingkan ke belakang.
D. I. S. A. S. T. E. R.
[23]
Dan disaster itulah yang membawa Hannah dan Adriz sampai ke tahap ini. Perkahwinan yang diadakan secara tiba-tiba. Bukanlah tiba-tiba sangat sebenarnya. Perkahwinan mereka dirancang dengan sempurna oleh Amalyn, Syah, Amil, Iqli, Ariq dan Irwan. Adriz dan Hannah goyang kaki saja. Untung betul!
Secara jujurnya, Adriz dan Hannah langsung tak pernah berjumpa, sehinggalah sampai ke tahap ini. Majlis akad nikah adalah pertemuan pertama mereka.
Dan alhamdulillah, dengan bantuan mereka berenam, majlis Adriz dan Hannah berjalan dengan lancar. Buat masa ni, baru akad nikah yang selesai. Majlis sandingnya bakal berlangsung lebih kurang sebulan lebih dari sekarang.
"Siapa yang nak kahwin?" Tengku Dian muncul entah dari mana. Amalyn dan Adriz menelan air liur yang terasa berpasir.
"Mummy tanya, siapa yang nak kahwin?" sekali lagi Tengku Dian menyoal.
"Aaa.. aa.." Masing-masing tergagap untuk menjawab pertanyaan Tengku Dian.
"Sejak bila anak-anak mummy gagap ni? I'm asking you for the last time. Who is going to married?" Ayat terakhir ditekan dengan tegas oleh Tengku Dian.
"Ad, mummy. He's going to married soon." Jawab Amalyn pantas. Mata Adriz membulat memandang kakaknya dengan riak, 'Berani kau..!'
Mata Tengku Dian serta merta ditalakan pada Adriz.
"Really? Dengan siapa?" Adriz dan Amalyn pandang satu sama lain, tak sangka dengan riak teruja yang terserlah pada wajah tua itu.
"Why pandang mummy macam tu? Am I asking a wrong question?" tanya Tengku Dian apabila kedua anak lelaki dan perempuannya memandangnya lain macam. Dengan cepat mereka menggeleng.
"Err.. no.." jawab Adriz.
"So, back to our topic, who is she?" Tengku dia tidak mengalah bertanyakan soalan tadi.
Adriz pandang Amalyn lagi dengan riak, 'Apa aku nak jawab ni..'
Yelah, Adriz sekali pun tak pernah jumpa dengan bakal isteri dia. Semuanya Amalyn yang uruskan. Kesibukan dia di pejabat menghalangnya untuk bersama-sama Amalayn berjumpa dengan Hannah.
"Well, he's marrying a girl." Sampuk Amalyn. Tengku Dian ketawa.
"Of course lah. Takkan nak kahwin dengan lelaki pulak.." Adriz tepuk dahi. Jawapan apa yang Amalyn bagi ni? Mengarut betul..
"Mummy, mummy tak kisah kan kalau dia tak kaya macam kita?" soal Amalyn tiba-tiba.
Tengku Dian tersenyum.
"Kekayaan itu cuma pinjaman, Am. Kita tak boleh agung-agungkan darjat. Asalkan orangnya berhati baik dan ikhlas, why not?"
Amalyn pula tersenyum. Kagum dengan peribadi ibunya yang tidak mementingkan status.
"Penat dah mummy tanya dari tadi. Tak seorang pun jawab soalan mummy." Nada suara Tengku Dian sudah seperti mahu merajuk.
"Her name is Hannah. Gadis biasa je." Amalyn memulakan bicara. Adriz hanya mendengar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Han's Heroes
Fiksi Remaja> Hannah Zaliya. Sekali imbas, dia bagaikan gadis biasa yang ceria. Happy go lucky dan tidak mudah bersedih. Namun siapa tahu, dalam manisnya senyuman, tersirat beribu kedukaan. Membesar dalam keluarga yang kurang serba-serbi. Terpaksa menyara kelua...