Assalamualaikum dan haii.. first of all, saya nak mintak maaf sebab lambat update part baru. Alasan saya tetap sama. Tak busy, line internet tak berapa elok. Huhuhuhu.. really sorry guys.. jom sambung baca.. ehehehe
Hannah melepaskan keluhan buat kesekian kalinya. Fikirannya terasa sarat dengan masalah. Tak mungkin juga masalah itu dia kongsikan dengan Puan Hawa. Tak sanggup melihat orang yang membesarkan dirinya selama ini susah hati dengan masalah yang dihadapi.
Lagipun, arwah abah pesan supaya jangan susahkan hati mak. Pesanan itu sentiasa melekat dalam kepalanya. Amanah arwah abah tak boleh dibawa ringan.
"Mak.. Hannah nak buat apa ni? Hannah buntu, mak.. Hannah sayangkan mak dengan adik-adik.. Tapi macam mana Hannah nak bayar hutang arwah abah?" kata Hannah dengan tangisan yang kembali bergema.
Pertemuan dia dengan geng along hari itu berlayar di fikirannya...
"Kenapa kau usik adik dengan mak aku? Aku dah cakap kan aku bayar nanti?" tanya Hannah kasar pada lelaki yang bertatu di lengan. Namun lelaki itu tergelak besar.
"Bayar? Kau? Berapa lama lagi aku nak tunggu? Bulan ni dah masuk 3 bulan kau tak bayar." kata lelaki itu angkuh.
"Aku belum dapat gaji." Hannah menjawab.
"Kau tak payah tipu aku, Han-"
"Jangan sebut nama aku!" tengking Hannah.
"Woo.. woo.. relaks lah." kata lelaki itu sambil tersenyum sinis. Hannah menahan geram. Sungguh dia benci melihat lelaki itu.
"Bagi aku masa. Kalau aku tahu kau sentuh adik dengan mak aku lagi, aku akan pastikan sesen pun tak jatuh dalam tangan kau." ujar Hannah sebelum melangkah keluar dari markas samseng-samseng tersebut.
Setelah lama berteleku di jambatan itu, Hannah pulang ke rumah. Tiada guna pula membuang masa padahal dia boleh sahaja mencari kerja lain untuk dibuat.
"Assalamualaikum, mak.."
"Waalaikumusalam.."
Hannah menghempaskan tubuhnya di atas sofa.
"Along dah makan? Nak mak sediakan?" tanya Mak Hawa apabila melihat Hannah memejamkan matanya. Mungkin anaknya itu kepenatan.
"Takpe lah mak. Kalau Along lapar nanti, Along ambil sendiri ya. Mak pergilah rehat.." kata Hannah lembut. Dia tidak mahu maknya bersusah payah untuk menyediakan makan minumnya.
Mak Hawa duduk di sebelah Hannah. Dicapai tangan anak sulungnya itu dan diusap lembut. Hannah memandang Mak Hawa.
"Mak tahu Along penat. Mak dah fikir masak-masak. Biarlah mak kerja, tolong Along bayar hutang arwah abah." kata Mak Hawa perlahan. Niatnya mahu menolong anak sulungnya itu. Bukannya dia tidak tahu bahawa kadangkala anaknya itu membuat dua kerja dalam satu hari. Mak mana yang mahu melihat anaknya penat, bersusah payah.
"Mak.. berapa kali Along nak cakap. Mak tak perlu buat apa-apa. Mak duduk rumah je. Jaga Fira. Along boleh kerja. Mak tak payah risau. Pandai-pandai lah Along uruskan manusia keparat itu." hujung kata Hannah kedengaran kasar.
"Tapi, long-"
"Mak.. arwah abah dah amanahkan mak dengan adik-adik pada Along. Lagipun, Along tak nak mak kerja. Mak kan tak sihat. Along tak sanggup kalau ada apa-apa jadi pada mak. Along sayangkan mak. Sayangkan adik-adik Along.." kata Hannah lirih. Mak Hawa tidak mampu berkata apa-apa lagi. Sudahnya dia mengangguk sahaja.
Di balik pintu bilik utama, Hanni menangis melihat keikhlasan hati kakaknya. Namun, tangisan itu cuba disembunyikan dengan menutup mulut.
'Along...'
YOU ARE READING
Han's Heroes
Teen Fiction> Hannah Zaliya. Sekali imbas, dia bagaikan gadis biasa yang ceria. Happy go lucky dan tidak mudah bersedih. Namun siapa tahu, dalam manisnya senyuman, tersirat beribu kedukaan. Membesar dalam keluarga yang kurang serba-serbi. Terpaksa menyara kelua...