Hannah mengangkat muka.
"Korang.. betul nak tolong aku?" Laju lima kepala mengangguk.
"Just say it." Irwan.
"No hal." Amil.
"Insyaallah." Iqli.
"Wajib!" Ariq.
Hannah menanti jawapan daripada Syah yang masih membisu.
"Syah!" panggil mereka berempat apabila Syah tidak bersuara.
"Kau tak nak tolong aku ke Syah?" tanya Hannah sekali lagi.
Syah terdiam sekejap sebelum menjawab, "Anything for you."
"Han, kau giler ke?!!"
Terangkat bahu Hannah mendengar jerkahan Syah.
"Relaks bro.." tegur Ariq perlahan sambil menepuk bahu Syah.
"Kau dah fikir masak-masak pasal ni ke Han?" tanya Irwan seraya memandang wajah Hannah yang kelat selepas baru ditengking tadi.
"Kau takkan menyesal?" tanya Iqli pula mahukan kepastian dengan rancangan 'gila' kawan baiknya sendiri.
"Aku rasa.. ni jalan terbaik yang aku boleh buat sekarang." jawab Hannah perlahan. Wajahnya ditundukkan. Takut untuk memandang setiap satu jejaka merangkap sahabat baik di hadapannya kini.
"Tapi ni melibatkan masa depan kau, Han. Benda macam ni tak boleh dibawa main." Amil pula bersuara.
"Aku tahu, Mil. Aku memang dah tak tahu nak buat apa lagi. Aku takut dorang kacau mak dengan adik-adik lagi." Air mata Hannah sudah bergenang.
"Han.. kau tahu kitorang ada untuk tolong kau kan? Kenapa kau perlu buat keputusan macam ni?" Syah mula bertanya selepas dirinya kembali tenang.
"Aku tahu, Syah. Tapi bukan selamanya aku nak bergantung pada korang. Korang ada kehidupan masing-masing. Lagipun, dah banyak korang tolong aku. Sampai tak terbalas.." Hannah bersuara sayu.
"Korang.. tolonglah aku. Carilah lelaki yang sesuai untuk jadi suami aku.." pinta Hannah bersungguh.
"Nak carikan tu boleh.. Tapi aku nak cari yang betul-betul boleh jaga kau. Benda ni amik masa yang lama. Bukan senang nak cari lelaki yang baik zaman sekarang ni." Amil menggaru kepalanya menunjukkan dia betul-betul runsing dengan masalah yang melanda diri Hannah.
"Tak payah yang hensem pun tak apa. Asalkan kaya. Biarlah orang ingat aku ni pisau cukur pun." Hannah mendesak.
"Han! Benda macam ni tak boleh nak tangkap muat je. Ingat sikit, ni pasal masa depan kau. Kalau setakat nak lelaki kaya, kau pilih je salah satu antara kitorang jadi suami kau..!" Dada Syah kembali berombak apabila dirasakan Hannah tidak menitikberatkan langsung masa depannya.
Suasana sepi buat seketika. Masing-masing tak tahu nak bereaksi macam mana. Terkedu juga dengan kata-kata yang keluar dari mulut Syah.
"Syah.." suara Hannah kedengaran serak. Air matanya sudah mula menitis.
"Kalau boleh.. kalau boleh, Syah.. Aku buat macam tu.. dah lama aku buat..." Hannah berhenti sekejap menahan sendu.
"Tapi aku tak boleh.. Aku tak nak korbankan masa depan korang demi aku... Kalau aku kahwin dengan salah satu dari korang, bermaksud aku gadaikan persahabatan kita demi duit. Aku tak nak, Syah.. Aku sayang korang.. sangat.." Hannah menyapu air mata yang kian deras mengalir dengan belakang tangan.
Lima lelaki tersebut terpaku. Mungkin juga terharu dengan kata-kata Hannah.
"Han.." Syah mula rasa bersalah dengan apa yang dikatakannya sebentar tadi sehingga mengundang kesedihan Hannah..
"Macam ni lah, Han. Sementara ni, biar Amil dengan Iqli jaga keselamatan mak dengan Fira. Aku dengan Irwan tolong carikan calon yang sesuai untuk kau. Dan Syah.. Syah jaga kau. Amacam geng?" Ariq memberi cadangan siap dengan tugas masing-masing. Apapun, masalah Hannah perlu diselesaikan segera. Kalau tak, tidur pun tak lena..!
"Okey!" sahut mereka berlima. Hannah kembali senyum.
Maka, bermulalah 'Misi Mencari Suami Hannah'...
Sorry guys.. 3 part je yang sempat saya postkan malam ni. Apapun keep voting and comment ye. And.. yeah, keep waiting for the next chappy. See ya!
YOU ARE READING
Han's Heroes
Teen Fiction> Hannah Zaliya. Sekali imbas, dia bagaikan gadis biasa yang ceria. Happy go lucky dan tidak mudah bersedih. Namun siapa tahu, dalam manisnya senyuman, tersirat beribu kedukaan. Membesar dalam keluarga yang kurang serba-serbi. Terpaksa menyara kelua...