Syah mundar mandir di bilik hotelnya. Perasaannya menjadi resah apabila Hannah tidak menjawab berbelas panggilan darinnya. Setahunya, Hannah tidak pernah tak menjawab panggilannya, lainlahh.. Syah menggelengkan kepalanya.
"Hannah tak apa-apa.. " Syah cuba menyedapkan perasaannya.
Sudah empat hari dia berada di Amerika atas urusan kerjanya. Kalau tak kerana masih ada urusan yang belum selesai, mahu sahaja dia terbang ke Malaysia sekarang juga. Berjumpa dengan Hannah.
Telefon di atas katil menjerit minta diangkat. Syah cepat sahaja menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama pemanggil.
"Han!"
"Syah, ni akulah. Iq." Suara di talian kedengaran. Syah mengeluh.
"Kau rupanya Iq. Ada apa kau call aku?" Syah duduk di birai katil.
"Aku serba salah nak bagitahu kau ni.."
"Kenapa? Cakap ajelah.. Kau rindu aku kan?" Syah membuat lawak. Menutup gugup di hati.
"Han.."
"Kenapa dengan Han?" pantas Syah bertanya.
"Han ada masalah.. Aku rasa dia perlukan kau, Syah.."
Tanpa menunggu lama, Syah mengemas segala pakaian yang dibawa dari Malaysaa ke dalam beg bagasinya. Urusan yang perlu diselesaikan terpaksa diserahkan kepada pembantu peribadinya.
"Bos, saya dah tempah tiket untuk bos. Pukul 12 nanti flight berlepas." kata Haris, pembantu peribadi Syah.
"Good." kata Syah sepatah sambil tangannya mengambil dokumen-dokumen yang perlu dibawa ke pulang.
'Tunggu aku, Han..'
YOU ARE READING
Han's Heroes
Teen Fiction> Hannah Zaliya. Sekali imbas, dia bagaikan gadis biasa yang ceria. Happy go lucky dan tidak mudah bersedih. Namun siapa tahu, dalam manisnya senyuman, tersirat beribu kedukaan. Membesar dalam keluarga yang kurang serba-serbi. Terpaksa menyara kelua...