PART 1
Bunyi bising di kelab malam itu sedikitpun tidak mampu untuk menghilangkan resah di hati Adriz. Bayangan mummy dan daddy yang garang menyebabkan dia takut untuk pulang ke rumah. Harap muka je macho, tapi hati kecik!
"I don't care, Ad! I want you to leave all the girls. Sampai bila Ad nak jadi macam ni ha? Berkepit sana sini dengan perempuan-perempuan tak cukup kain.. Balik rumah pukul 4-5 pagi. How can you live like this Ad?!" marah Tengku Dian dengan perasaan yang tidak dapat ditahan.
Adriz buat pekak. Malas melayan mummynya yang tidak habis-habis membebel. Inipun nasib baik daddy takde. Kalau tak, mahu bernanah telinga mendengar jerkahan orang tua tu.
"Do you hear me, Ad? Live a life! Jangan disebabkan seorang perempuan, Ad jadi macam mayat hidup. Mana pergi hero mummy dulu? Yang sentiasa happy? Kerja keras untuk family? I want my old son, Ad.." rintih Tengku Dian di hujung kata.
Bukannya Adriz tak terkesan dengan setiap kata-kata yang dilontarkan buatnya. Siapa je sanggup tengok mak dia sedih sebab diri sendiri? Lagi-lagi Adriz. Dia amat sayang pada mummynya. Tapi kisah silam bukan mudah untuk dilupakan. Apatah lagi jika berkait rapat dengan cinta. Makin susah. Betullah kata orang, nak jatuh suka pada orang sekejap je, tapi nak melupakan dia mungkin mengambil masa bertahun-tahun.. atau mungkin selama-lamanya.
Adriz mengeluh. Tak tahu nak buat reaksi apa pada mummy yang memandang dengan sayu.
"I don't know, mummy. It's just.. I'm not ready." Adriz bangun lantas meninggalkan rumah dan terus ke sini.
Sangkanya, di kelab malam ini, dapatlah dia lupakan bebelan mummynya. Tapi, hampa bila kekasih gelapnya tiada pada malam itu. Chris yang selalu menemaninya juga punya hal dan tidak boleh meluangkan masa bersama malam ini.
Setelah dia menyedari tiada gunanya dia melepak di situ, Adriz melangkah keluar dari tempat tersebut.
Buk!
Hannah menggosok bahunya yang terasa sengal. Habis terjatuh bekas berisi kopi yang dibawanya.
'Robot mana yang aku langgar ni? Keras macam besi. Sakit bahu aku..' bisik Hannah dalam hati.
"Aduh.." gumam Hannah perlahan.
"Are you okay?" tanya suara itu. Hannah mengangkat muka.
"Ya. Maafkan saya. Saya tak sengaja." Hannah meminta maaf pada lelaki itu walaupun dia tahu lelaki itu yang melanggarnya dulu. Takpelah, orang berbudi kita berbahasa, kan?
"Hmm.. takpelah. Lain kali jalan pakai mata. Jangan pakai lutut." Adriz memandang Hannah yang masih menggosok bahunya.
'Sakit sangat ke langgar bahu aku? Sajalah tu nak tunjuk simpati..' Adriz mencebik dalam hati.
Hannah rasa nak cekik je mamat depan matanya sekarang ni. Eh eh, kita dah berbudi dia tak reti berbahasa pulak ye?
"Encik, saya jalan pakai kaki, bukan pakai mata. Encik yang jalan pakai mata sebab tu terlanggar saya. Takpelah, saya maafkan. Lain kali jalan pakai kaki ye." Hannah senyum senget sebelum mengutip kotak yang jatuh tadi beredar.
Adriz terpaku. Mukanya diserbu rasa malu. Matanya menoleh melihat Hannah yang masih menggosok bahu. Nampak macam betul-betul sakit je. Adriz cuba menumbuk bahunya sendiri dengan kuat sebelum menyeringai.
"Sakit jugak kan?" Adriz tergelak sendiri. Tanpa sedar, dia pulang ke rumah dengan senyuman yang tidak lekang.
Hehe.. Bab 1 dah selamat dipostkan.. amacam ? best tak ?
Don't forget to comment and vote ya?
YOU ARE READING
Han's Heroes
Teen Fiction> Hannah Zaliya. Sekali imbas, dia bagaikan gadis biasa yang ceria. Happy go lucky dan tidak mudah bersedih. Namun siapa tahu, dalam manisnya senyuman, tersirat beribu kedukaan. Membesar dalam keluarga yang kurang serba-serbi. Terpaksa menyara kelua...