[24]

129 10 2
                                    

Merah padam muka Hannah mendengar permintaan Adriz. Biasalah, dia mana pernah sediakan baju ke apa ke untuk mana-mana lelaki, termasuklah abah dan adik-adik lelakinya. Tetapi diturutkan juga kata-kata suaminya itu. Selepas menolong apa yang patut di dapur, Hannah kembali ke bilik untuk menyediakan baju suaminya. Beg bagasi sederhana dibuka. Hannah mencari baju tshirt yang sesuai untuk dipakai oleh Adriz malam itu.

'Jumpa pun!'

Tshirt putih kosong ditarik dengan berhati-hati dari lipatan baju yang lain dan diletakkan di atas katil.

'Hmm.. seluar apa dia nak pakai ek?' Getus Hannah sambil menyelak helaian pakaian di dalam beg itu. Sehelai kain pelikat kotak-kotak berwarna biru menarik perhatiannya.

"Pakai kain pelikat lah. Baru hensem.." Gumam Hannah sendiri. Di kepalanya terbayang Adriz dengan tshirt dan kain pelikat yang dipilihnya. Hannah senyum sendiri. Tanpa sedar, dia mengakui ketampanan lelaki yang baru bergelar suaminya.

Baju putih dan kain pelikat yang sudah dipilih diletakkan di atas katil. Baru sahaja dia hendak melangkah keluar, Adriz masuk sambil mengelap rambut yang masih basah. Serta-merta Hannah jadi gugup. Hannah bergerak ke kiri, Adriz bergerak ke kiri. Hannah bergerak ke kanan, Adriz juga bergerak ke kanan. Hannah jadi buntu. Digaru kepala yang tidak gatal sambil menundukkan kepala.

"Stop." Ujar Adriz sepatah. Hannah mengangkat muka.

"Kenapa kau ni nampak gelabah sangat? Chill lah."

"Ha?" Hannah masih terpinga-pinga. Entah kenapa, bila terpandangkan muka Adriz, mindanya kosong. Blank.

Adriz menarik tangan Hannah sebelum menutup pintu bilik.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau ni." Adriz membuka bicara. Hannah pula masih setia menunggu bait bicara dari Adriz.

"Aku tengok kau ni cuak semacam je bila dengan aku. Relax la. Aku tak pernah pecahkan rekod makan mana-mana manusia dalam dunia ni."

"Awak nak cakap apa sebenarnya?" Tanya Hannah laju. Sebenarnya malas berdua-duaan dalam bilik dengan Adriz. Nanti kena bahan lagi dengan Hazim. Buat naya je.

"Aku cuma nak kau relax bila ada dengan aku. Nanti mak fikir aku buli kau pulak. Lagi satu, depan family kau, panggil aku Ad. Tak adalah canggung sangat kan. Kalau nak panggil abang, kang terbelit-belit lidah kau nanti. Senang aku pun panggil kau Han je. Fair and Square kan." tutur Adriz panjang lebar. Dia bukan apa, kesian tengok Hannah macam takut sangat dengan dia.

"Okey.." Jawab Hannah sepatah. Dia bangun untuk ke dapur sebelum sekali lagi tangannya ditarik Adriz. Rasa macam kena renjatan elektrik je bila bersentuhan dengan tangan Adriz yang sejuk.

"Tunggulah aku pakai baju kejap. Kita keluar sama-sama." Hannah tidak jadi melangkah keluar. Dilabuhkan duduk di atas katil, membelakangi Adriz. Dia tak kempunan lagi nak tengok free show Adriz.

"Dah, jom." Selesai memakai baju, Adriz menghulurkan tuala yang dipakai kepada Hannah. Tanpa banyak kata, Hannah menyangkut tuala tersebut. Sesudah Hannah menyangkut tuala, Adriz menggenggam tangan Hannah seraya beriringan ke dapur. Hannah hanya diam membuntuti Adriz. Jantungnya berdegup kencang tanpa dipinta.

"Ha.. sampai pun pengantin baru kita ni. Ingatkan tak nak keluar bilik dah." Usik Hazim selamba.

"Mulut kau jaga sikit eh, Jim." Hannah menjegil. Hazim cuma ketawa, sikitpun tidak menunjukkan reaksi takut dengan Hannah. Haziq dan Hanni ketawa kecil melihat muka Hannah yang sedang marah.

"Assalamualaikum.." Suara garau yang memberi salam cukup dikenali Hannah. Seperti kanak-kanak ribena, Hannah berlari ke ruang tamu. Adriz melihat dengan pelik.

'Apa yang happy sangat dia tu?'

"Ayong tu memang macam tu, Adriz. Suka sangat bila kawan-kawannya datang ke rumah ni." Kata Mak Hawa tanpa dipinta. Adriz mengangguk perlahan sambil duduk berhadapan Haziq.

Suara riuh rendah sampai ke dapur. Adriz cuma melihat Hannah yang sangat mesra dengan lima orang lelaki. Adriz kenal lelaki-lelaki itu. Sebelum berkahwin, mereka berlima ada berjumpa dengannya untuk berbincang mengenai Hannah. Dan dari situ, Adriz tahu sangat bahawa Hannah sangat bermakna buat lima orang lelaki itu.

"Apa khabar, Adriz? Best tak kahwin dengan Han ni?" Tanya Iqli seraya menghulurkan tangan untuk bersalam. Hannah menyiku Iqli tanda tidak puas hati dengan pertanyaan merepek sahabatnya. Adriz menyambut huluran salam itu dengan senyuman. Amil, Syah, Iwan dan Ariq pula bersalaman dengan Adriz.

"Auch. Sakitlah. Eh, kau ni dah jadi bini orang tau tak, cuba elokkan sikit perangai tak semenggah kau tu." Marah Iqli sambil menggosok sikunya.

"Alaa.. setakat cuit sikit nak tunjuk macam aku tumbuk kau. Gentle lah sikit." Ejek Hannah.

"Mak.. tengok Han ni.." Adu Iqli dengan muka sedihnya.

"Ayong.." Mak Hawa menggeleng melihat telatah anak-anaknya.

"Dah dah. Mari makan.. Sejuk lauk ni nanti." Pelawa Mak Hawa setelah siap menghidang lauk. Hannah dengan ringan tulangnya menyendukkan nasi.

"Han, aku nak banyak sikit." pinta Irwan dengan muka tak malunya.

"Kau ni memang muka tak malu kan?" Perli Hannah sambil menyendukkan nasi.

"Dengan kau, tak payah malu." Balas Irwan dengan sengihan.

"Bukan dengan kau je Han. Mamat ni dengan siapa-siapa pun tak reti cover malu. Sebab tu lah sampai sekarang tak laku." Ariq menyampuk.

"Betul!!" Amil dan Syah menyokong.

"Yelah, macam nilah kawan." Irwan buat ayat sedih.

"Eh, betullah perangai Abang Irwan tu. Kita mana boleh cover malu. Fake lah." Haziq bersuara menyokong Irwan yang sudah cemberut. Sekelip mata, Irwan jadi ceria.

"Ha.. betul cakap Ajiq tu. Kita geng bro!" Haziq dan Irwan ber'high-5'. Ketawa mengiringi makan malam mereka. Adriz tiba-tiba rasa terasing. Melihat yang lain bergelak ketawa tanpa ada sesiapa yang menegurnya.

"Awak nak lauk apa?" Menyedari Adriz duduk membisu, Hannah bertanya sopan. Adriz memandang tepat anak mata Hannah. Hannah turut memandang Adriz.

"Ehem ehem.." Iqli berdehem keras. Serta merta Hannah memandang tempat lain. Mukanya terasa panas. Jantung dah macam lari marathon 20 km.

"Ad nak.." Hannah kembali memandang pinggan Adriz yang berisi nasi kosong. Nak pandang muka, rasa malu tak hilang lagi.

"Yang tu.." Adriz menunjuk lauk gulai ayam di depannya. Dengan tertib, Hannah mencedokkan lauk tu ke dalam pinggan Adriz.

"Cukup?" Adriz mengangguk.

"Thanks sayang." ujar Adriz dengan senyuman pencair hati. Hannah terkejut. 'Eh, ni tak ada dalam perbincangan tadi. Dia kata nak panggil aku Han je. Eii.. buat malu betullah..!'

"Huyyoo.." Amil mengusik.

"Yang.. I nak lauk tu jugak." Kata Iqli kepada Irwan dengan nada manja. Sengaja nak mengusik Hannah.

"Yang mana? Yang ni ke yang?" Irwan melayan usikan Iqli sambil mencedokkan lauk ke dalam pinggan Iqli. Hannah mengetap bibir menahan marah.

"Yang ni you tak nak?" Tanya Hannah sarkastik sambil menunjukkan penumbuknya.

"Uish, yang tu I tak makan. Tak muat masuk dalam mulut I." Jawab Iqli lagi. Serentak ketawa menghiasi meja makan yang serba sederhana itu. Adriz menjeling Hannah di sisinya. Nampak sangat isterinya itu sedang menahan marah. Dalam hati, Adriz tersengih lebar. Satu sahaja perkara yang buat dia tidak senang. Pandangan lelaki di hadapan Hannah ini. Rasanya nama lelaki itu Syah. Dari tadi lagi lelaki yang bernama Syah itu ralit memandang isterinya. Kenapa ya? Diorang ni ada hubungan yang istimewa ke? Tapi setahunya, Syah ini sama seperti rakan-rakan Hannah yang lain; kawan baik. Ke ada sesuatu yang dia tidak tahu antara mereka berenam ini?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 14, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Han's HeroesWhere stories live. Discover now