[11]

552 56 2
                                    

Triplets part untuk malam ni. Enjoy reading!!


Usai mandi dan solat maghrib, Hannah bersiap untuk ke tempat kerja. Nampaknya malam ini, dia akan bekerja di cafe lagi. Dia tidak punya pilihan lain. Hutang arwah abah perlu dilangsaikan segera.

Hannah keluar dari bilik dengan memakai t-shirt biasa dan berseluar jeans serta bertudung bawal berwarna biru cair. Cardigan hitam disarungkan ke tubuh kerana cuaca malam itu agak sejuk.

"Along nak ke mana?" tanya Mak Hawa yang baru keluar dari dapur. Hanni yang sedang mengulangkaji pelajaran di ruang tamu turut menoleh melihat kakaknya.

"Along nak jumpa kawan. Ada benda nak bincang. Mak tak payah tunggu Along ya. Fira, jaga mak elok-elok." jawab Hannah sambil menyelit pesanan buat adiknya. Hanni mengangguk. Hannah mencapai tangan Mak Hawa dan disalam sebelum keluar dari rumah.


Di kedai kopi Pak Man..

Muka masing-masing nampak monyok. Memandang satu sama lain namun fikiran melayang entah ke mana.

Tiba-tiba Amil menepuk meja. Terkejut kawan-kawannya yang lain.

"Kau pahal? Terkejut aku!" marah Irwan. Amil sengih.

"Aku ada idea." katanya sepatah.

"Apa dia?" tanya Ariq mula menunjuk minat.

"Kita slow talk la dengan dia." ujar Amil lagi.

"Kau rasa dia nak ke?" tanya Irwan.

"Tak cuba, tak tahu kan?"

"Memanglah.. tapi aku tak rasa dia nak cerita kat kita. Kau tahulah dia tu macam mana.." balas Syah pula.

"Aku pun rasa betul cakap Syah." sampuk Ariq.

"Kau dah kenapa, Iq? Dengar tak apa yang kitorang cakap ni?" Amil menepuk bahu Iqli.

"Aku dengar. Tapi, sampai sekarang rasa terngiang-ngiang je dia menangis sebelah aku tadi." kata Iqli perlahan. Riak mukanya suram.

Wajah mereka berlima bertukar muram kembali. Haih.. ada lagi ke mamat-mamat macam ni dalam dunia?

"Aku sebenarnya tak jumpa dia lagi.." Syah bersuara perlahan.

"Hah?!" Syah menutup telinga medengar jeritan empat sahabatnya.

"Asal pulak?" tanya Iqli. "Aku ingatkan kau dah jumpa dia. Penat je aku call kau semalam.." sambung Iqli lagi.

"Aku nak jumpa dia tadi, tapi aku nampak dia keluar pulak. Aku rasa dia kerja la.." Syah menghirup sedikit teh tariknya.

"Kerja?" Ariq mengerutkan dahi.

"Dia kerja kat cafe tu lagi ke?" tanya Irwan pula.

"Rasanya lah." balas Syah.

"Aku dah pesan kat dia jangan kerja malam lagi.." kata Iqli.

"Mesti dia perlukan duit. Tapi, untuk apa pulak?" Amil menggaru keningnya.

"Aku rasa kita kena jugak guna idea Mil. Slow talk dengan dia. Amacam?" Ariq yang memang suka berbincang menyuarakan pendapat. Yang lain mengangguk setuju.

"So.. bila?" tanya Irwan.

"Sekarang." Syah senyum.


Han's HeroesWhere stories live. Discover now