Assalamualaikum and morning! Alhamdulillah, lappy dah sihat sepenuhnya jadi dia kenalah kerja lebih masa untuk cover balik masa cuti kan? Untuk pagi ni, saya post satu part dulu, okey? Happy reading!
"Gila!"
Itu perkataan pertama yang diucap Iqli apabila Hannah pulang ke pejabat dan menceritakan peristiwa yang terjadi antara dia dan Amalyn tadi.
"Sraight forward giler akak ipar kau tu." ujar Iqli lagi dengan riak muka teruja. Yalah, teruja sangat. Orang yang menghadapnya ni menggeletar kepala lutut nak jawab soalan tu. Hannah mencebik.
"Bakal. Aku tak kahwin lagi.." Marah Hannah sebelum menggumam.
"Alahh.. tak lama lagi kan? Habis tu, kau jawab apa?" tanya Iqli lagi selepas dia kembali normal dengan rasa teruja.
"Aku angguk je lah." Iqli menepuk-nepuk bahu Hannah.
"Good job, Han. Tapi kan.. macam mana nak bagi tahu mak ni?" Hannah menepuk dahi.
'Haah lah! Macam mana nak bagi tahu mak? Masalah terbesar ni. Takkanlah balik-balik je cakap, Mak, Ayong nak kahwin. Mahu terperanjat orang tua tu.' getus Hannah.
Tak lama, Hannah melirik kepada Iqli yang sedari tadi asyik tersenyum. Senyuman penuh makna dilemparkan khas buat Iqli. Iqli yang perasan dengan lirikan dan senyuman Hannah terus terkedu. Iqli menggeleng-gelengkan kepala, tanda tidak setuju dengan akal yang difikirkan Hannah. Muka Iqli yang cuak menyebabkan Hannah ingin ketawa.
Malam itu, mereka berenam membuat mesyuarat tergempar. Pasal apa lagi kan kalau bukan pasal 'Misi Mencari Suami Hannah'. Calon dah dapat. Dan sekarang, masalah terbesarnya adalah.. Mak Hawa!
"Macam manalah kita tak terfikirkan pasal mak masa kita buat rancangan ni?" Irwan mengeluh.
"Itulah pasal. Sekarang ni kita nak buat macam mana?" Ariq menggaru kepala yang tidak gatal.
"Macam mana apanya? Kita bagi tahu jelah dekat mak." Selamba Amil berkata. Riak mukanya tenang, tak seperti rakan-rakan yang lain.
"Bagi tahu? Kau gila ke? Kalau mak tak setuju macam mana?" Suara Irwan naik seoktaf.
"Aku rasa mak mesti faham." Amil bersuara lagi, membalas hujahan Irwan.
"Aku tahu mak faham tapi mak mesti takkan terima sebab kita buat ni untuk Hannah." Ujar Syah dengan dahi yang berkerut. Yalah, mana ada mak yanng sanggup biarkan anak kahwin sebab duit. Lagi-lagi Mak Hawa.
"Kita jangan bagi tahu mak." Lima pasang mata tepat memandang Hannah.
"Kalau mak tak setuju dengan sebab ni, kita jangan bagitahu mak." Jelas Hannah lagi.
"Kau gila ke Han? Ini soal kahwin tahu tak? Bukan main pondok-pondok." Dengan tegas Iqli bersuara. Membantah kata-kata Hannah. Amil, Syah, Irwan dan Ariq mengangguk, setuju dengan Iqli.
"Betul tu, Han. Kita ni anak. Kahwin tanpa restu keluarga tak elok, kau tahu tak?" Hannah mengeluh mendegar ujaran Iqli .
"Dah tu nak buat macam mana lagi?"
"Kita terus terang je lah." Amil menongkat dagu.
"Tak. Mak takkan setuju. Kau ni macam tak kenal mak pulak." Bantah Syah.
Suasana sepi buat seketika. Masing-masing sibuk memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Han," panggil Amil. Hannah mengangkat kepala, memandang Amil yang beriak tenang.
"Kau ikhlas tak kahwin dengan dia?" soalan Amil membuatkan Hannah terkedu. Bukan setakat Hannah, yang lain pun terkejut juga. Soalan apa yang Amil tanya ni?
Lambat-lambat Hannah mengangguk.
"Aku rasa tak adil kalau aku ambil kesempatan atas kesenangan dia. Jadi, aku ikhlas nak kahwin dengan dia. Tak adalah aku rasa bersalah sangat." Hannah menutur lembut.
"Kalau macam tu, kita ikut cakap Han." Putus Amil.
"Ikut cakap Han? Apa maksud kau ni?" tanya Ariq kebingungan.
"Kita bagitahu mak Hannah nak kahwin tapi jangan bagitahu sebab kenapa Hannah nak kahwin." Irwan menggaru lagi kepala yang tidak gatal. Bingung dengan kata-kata Amil.
"Kenapa pulak?" tanya Iqli pula.
"Kita assume je lah yang Hannah kahwin dengan mamat tu sebab dia ikhlas nak kahwin dengan mamat tu. Bukan sebab asal tu." terang Amil.
Masing-masing berfikir baik buruk rancangan itu.
"Hmm.. boleh jugak macam tu. In the first place pun, kita bukannya cari calon suami Hannah untuk sementara. Kita semua memang nak cari yang betul-betul sesuai dengan Hannah. Yang boleh kekal di sisi Hannah sampai bila-bila." Iqli menyuarakan pendapatnya, sekaligus menyokong statement Amil.
"Tapi macam mana dengan mamat tu? Boleh ke dia ikhlas dengan Han?" Syah berkata dengan nada prihatin. Tak menjadi juga kalau Hannah saja yang beria-ria ikhlas dalam perkahwinan ni.
"Then, we make a deal. With him." Ucap Amil selamba. Hannah geleng kepala. Apalagi lah rancangan diorang ni.
"Ha?!" Amalyn menutup telinga yang terasa bingit.
"Bila masa kau jumpa dia, Am?!"
"Kau boleh slowkan sikit tak volume suara kau? Pekak telinga aku!" ujar Amalyn bengang. Adriz tersengih.
"Relaksla. Yang kau gelabah sangat kenapa?" sambung Amalyn lagi. Adriz melabuhkan punggung di sebelah Amalyn.
"Memanglah aku gelabah. Aku yang nak kahwin, bukan kau." Jawab Adriz pantas.
"Siapa yang nak kahwin?" Amalyn dan Adriz terkaku. Perlahan, kepala dipusingkan ke belakang.
D. I. S. A. S. T. E. R.

ANDA SEDANG MEMBACA
Han's Heroes
Teen Fiction> Hannah Zaliya. Sekali imbas, dia bagaikan gadis biasa yang ceria. Happy go lucky dan tidak mudah bersedih. Namun siapa tahu, dalam manisnya senyuman, tersirat beribu kedukaan. Membesar dalam keluarga yang kurang serba-serbi. Terpaksa menyara kelua...