Assalamualaikum. Hello! Today, di pagi yang indah lagi nyaman ni (ecehhh ayatt XD).. saya update new part of SBWM. Lama pulak saya biarkan cerita ni bersawang kan? Sebelum ni saya ada cakap yang lappy saya rosak, betul tak? Huhuhuu.. memang pun. tapi sebab tanak korang tunggu part baru lama sangat, saya update kat lappy sis saya.. Ehehehe.. Hope korang enjoy baca part kali ni..
"Along pergi dulu ye mak.." Hannah menghulur tangan untuk bersalaman dengan Mak Hawa.
"Along, kenapa ada orang yang menjaga kat luar tu?" tanya Mak Hawa sambil melihat anak sulungnya mengikat tali kasut.
"Ohh.. tu Amil dengan Iqli saja upah orang untuk jaga mak dengan Fira. Malam nanti diorang semua nak datang rumah. Boleh ye mak..?" Hannah senyum manis pada Mak Hawa.
"Apa yang tak bolehnya? Anak-anak mak tu dah lama tak jenguk mak ni ha.." kata Mak Hawa.
"Alah, mak ni... Tacing pulak.. Diorang tu semua sibuk mak. Nanti diorang jumpa mak, mak belasah cukup-cukup ye.." Hannah sengih.
Bunyi hon di depan rumah menghentikan perbualan mereka.
"Siapa tu Long?" tanya Mak Hawa sambil matanya ralit memerhati kereta Audi di luar rumah.
"Syah, mak." Hannah membetulkan tali begnya.
"Kereta Along rosak ke?" tanya Mak Hawa lagi. Pelik juga sebab anaknya itu memang tak boleh berenggang dengan kereta Myvi kesayangan anaknya.
"Takdelah mak. Along malas nak bawa kereta. Fira balik nanti, Along jemput. Mak tak payah risau ye. Along pergi dulu, mak." Hannah mencium kedua pipi Mak Hawa.
"Yelah. Elok-elok kerja. Kirim salam pada Syah ye.."
"Ok, mak. Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam.."
"Amacam, Riq?"
Ariq menggeleng kepala.
"Takde lagi, Han. Kalau ada pun, yang dah tua bangka. Kau nak ke?"
Hannah mencebik.
"Kau ni tak sayang aku agaknya.."
Ariq tarik sengih.
"Gurau, gurau.. Hahahaaha.. Takkan la aku nak suruh segala Tan Sri, Dato' yang dah tunggu masa nak jumpa Pencipta Alam tu semua jadi laki kau. Alamatnya, jadi bini kedua, ketiga la kau..Ahahahahhaha!!" Ariq tergelak terbahak-bahak.
"Kau ni tak sayang mulut ke Riq?" tanya Hannah geram.
"Wuish.. mana tak sayang..? Amanah Allah ni.." Ariq memegang mulutnya.
"Kalau macam tu, kau jangan berani cakap macam tu lagi. Lumat mulut kau aku ganyang nanti." Ariq hanya tersengih.
Harini, hanya mereka berdua yang makan tengah hari bersama. Syah dan Irwan ada di luar kawasan kerana perlu ke site. Iqli dan Amil pula ada lunch date dengan klien.
"Han."
Hannah mengangkat muka dari mee bandung di atas meja.
"Kau.. betul takkan rasa menyesal?" tanya Ariq ragu-ragu.
"Kalau kau yang carikan, confirm aku tak menyesal."
Langsung Ariq terdiam mendengar kata Hannah.
YOU ARE READING
Han's Heroes
Teen Fiction> Hannah Zaliya. Sekali imbas, dia bagaikan gadis biasa yang ceria. Happy go lucky dan tidak mudah bersedih. Namun siapa tahu, dalam manisnya senyuman, tersirat beribu kedukaan. Membesar dalam keluarga yang kurang serba-serbi. Terpaksa menyara kelua...