Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Maaf lambat update ya guyss.. saya tersangat busy kebelakangan ni. Apapun saya akan usahakan cerita ni sampai menarik :)
"Am! Macam mana? Dah ada calon untuk aku ke belum?" serbu Adriz tanpa salam.
"Relaks la bro. Yang kau sembur aku dah kenapa? Tak reti bersabar betullah." Balas Amalyn.
"Mana tak sabarnya, daddy tu bukan boleh bawak main." Rungut Adriz.
"Siapa suruh kau main dengan daddy?" Amalyn cuba berloyar buruk dengan Adriz.
"Kau tak payah nak loyar buruk sangat Am. Kang kau jugak yang merana." Adriz membelek dokumen penting dihadapannya.
"Hmm yelah. Nak gurau pun tak boleh." Adriz tahu Amalyn sedang mencebik di talian.
"So? Ada tak calonnya?" tanya Adriz lagi.
"Ada tu ada. Tapi confirm daddy tak suka. Nantilah, kalau ada calon yang sesuai, aku bagitau. Kau jangan risaulah." Adriz lega mendengar ayat terakhir Amalyn.
"Okay Am. I count on you."
"Assalamualaikum.. mak ooohh mak.." Lima suara bergabung memberi salam dia hadapan rumah Hannah. Berlari-lari anak Mak Hawa menuju ke pintu utama. Hannah tergeleng melihat keterujaan Mak Hawa.
"Waalaikumusalam.. hero-hero mak.." Senyuman jelas terpamer di wajah tua Mak Hawa apabila pintu rumah dibuka.
"Mak, Iq rindu giler kat mak." Iqli tayang sengih.
"Ariq kempunan nak makan masakan mak." Ariq buat muka comel.
"Shah ada bawak hadiah untuk mak." Shah menunjukkan beg kertas di tangannya.
"Wan bawak hati Wan untuk mak." Irwan luah ayat sweet yang meloyakan empat lelaki jejaka di situ.
"Makk.. boleh kitorang masuk?" Lima suara pecah tawa apabila Amil tanya soalan tersebut. Saat ini, Mak Hawa sangat gembira dengan kedatangan lima sahabat itu.
"Eh, masuklah. Mak masak macam-macam untuk anak-anak mak ni. Mari kita makan." Ajak Mak Hawa sambil menuju ke dapur.
"Wah.. Han dah jadi anak dara solehah la.." perli Amil. Hannah tayang penumbuk.
"Along.." tegur Mak Hawa. Tidak mahu anaknya itu berkelakuan tidak sopan di depan tetamu istimewa malam itu. Hannah tayang muka selamba sambil meneruskan kerjanya menghidang lauk.
"Siapa yang masak ni mak?" tanya Ariq sambil melabuhkan duduk di meja makan sederhana besar itu.
"Mak la yang masak. Anak-anak mak kan nak datang malam ni.." jawab Mak Hawa sambil mencedokkan nasi ke dalam pinggan.
"Betul tu Abang Ariq. Nak harapkan along masak, boleh kebulur kitorang." Hanni join sekaki mengutuk Hannah.
"Eh, banyak la kau. At least along ada tolong mak kupas bawang. Kau tu duk membuang masa tengok tv kat depan." Hannah cuba membela diri. Di depan mereka berlima, tiada apa yang perlu diselindungkan. Mereka semua sudah dianggap ahli keluarga sendiri.
"Fira takpe kalau tak reti masak, lambat lagi nak kahwin.." kata Iqli memback up Hanni.
"Haah, Han. Kau kan dah nak kahwin. Kenalah belajar masak." Kata Irwan dengan nada innocent.
"Along dah nak kahwin?" Pertanyaan Mak Hawa menyentak semua yang ada di ruang makan itu. Hannah menyiku Irwan.
"Eh taklah. Wan cakap je. Yalah, Han kan dah nak masuk 26 tahun, tapi tak kahwin-kahwin lagi. Lagipun, sebelum kahwin, kenalah mahirkan diri dengan memasak dulu.. Kan?" laju terkeluar kata-kata dari mulut Irwan untuk cover keterlanjuran bicaranya sebentar tadi.
"Haah.." Hannah, Ariq, Iqli, Shah, Amil serentak mengangguk laju. Mak Hawa menggeleng perlahan. Hanni pula tayang muka pelik.
"Betullah la tu kata Wan. Along kena belajar memasak. Mana tahu jodoh along dah dekat kan.?" Mak Hawa menyokong Irwan. Irwan senyum sumbing. Mak Hawa memusingkan badannya ke belakang untuk mengambil senduk. Di kesempatan itulah, Hannah yang duduk bersebelahan Irwan mencubit paha lelaki itu. Irwan menyeringai sakit manakala Shah, Ariq, Amil dan Iqli tersengih mengejek. Hanni terpinga-pinga.
"Eh, jemput makan semua. Makan banyak-banyak ya?" pelawa Mak Hawa ikhlas. Setelah doa makan dibaca oleh Iqli, masing-masing menikmati makan malam itu dengan berselera sekali. Sesekali tawa menghiasi meja makan itu menyebabkan suasana agak meriah.
Hannah pandang satu-satu wajah sahabatnya. Betapa bersyukurnya dia punya kawan sebaik mereka berlima. Walaupun berlainan jantina, faktor itu sedikitpun tidak menjejaskan keakraban mereka. Hannah masih menjaga aurat dan batasannya apabila keluar bersama mereka. Malah, mereka berlima juga punya rasa tangggungjawab untuk melindungi Hannah.
Saya perasan part Adriz kurang dalam cerita ni. So, if anyone yang nak part Adriz diperbanyakkan, drop your comment ok?
Till then, see ya!
YOU ARE READING
Han's Heroes
Teen Fiction> Hannah Zaliya. Sekali imbas, dia bagaikan gadis biasa yang ceria. Happy go lucky dan tidak mudah bersedih. Namun siapa tahu, dalam manisnya senyuman, tersirat beribu kedukaan. Membesar dalam keluarga yang kurang serba-serbi. Terpaksa menyara kelua...