Assalamualaikum dan hello..! Seperti yang korang tahu, novel pertama saya baru sahaja tamat, so sekarang ni saya fokuskan pada SBWM pula.. heheh.. harap korang sudi baca. Enjoy reading XD
Hannah pulang ke rumah tepat jam 1 pagi. Langkahnya laju menuju ke dalam bilik yang dikongsi bersama mak dan adiknya. Lega hatinya bila melihat wajah lena Mak Hawa dan Hanni Zafira.
Tudung bawal yang menutup kepala ditanggal perlahan dan digantung di tempat penggantung tudung. Kepalanya diregangkan, melepaskan lenguh-lenguh yang bertandang. Bahu yang tiba-tiba terasa sakit diurut perlahan.
"Bahu mamat tu memang dibuat dari besi agaknya. Sengal terus sendi bahu aku.." gumam Hannah perlahan.
Tiba-tiba sahaja dia teringatkan lelaki yang baru dilanggarnya tadi. Hmmm.. rupa boleh tahan. Tapi perangai pulak out! Hannah menggeleng perlahan. Mengesali perangai anak muda sekarang yang sudah terbiasa pergi ke kelab-kelab malam hanya untuk menghilangkan stress. Tak membazir duit ke? Kalau dialah, segala masalah dia curahkan pada yang Maha Esa. Hati tenang, duit jimat, pahala pun dapat! Tapi.. itulah, kalau kaya sangat pun tak guna. Sebab mudah lupa diri, lupa pencipta.
Perlahan, Hannah membuka laci meja di sebelahnya. Sampul coklat berisi duit dibuka. Kalau dikira, cukuplah untuk bayar duit sewa rumah dan belanja adik-adik untuk bulan ni. Yang perlu dia usahakan sekarang adalah duit ubat maknya dan duit buku tambahan untuk Hanni yang bakal menduduki PT3. Hannah tahu adiknya yang seorang itu tidak pernah meminta duit pada dirinya, tapi Hannah juga tahu adiknya perlukan buku tambahan untuk mengulangkaji pelajaran. Adiknya selalu meminjam buku dari kawan-kawan dan menyalin solan tersebut di dalam buku tulisnya.
Hannah tidak mahu adik-adiknya bekerja keras seperti dia. Siang malam mencari duit untuk menyara keluarga. Dia mahu adik-adiknya berjaya dalam bidang yang ingin mereka ceburi. Itu harapan arwah abah, dan dia punya rasa tanggungjawab untuk jadikan impian abah satu realiti.
"Baru balik, Along?" Pertanyaan terebut memecahkan lamunan Hannah. Segera disimpan sampul itu kembali ke dalam laci. Ditolehnya ke belakang, melihat Mak Hawa yang masih mamai.
"Haah, mak. Kerja banyak harini. Mak dengan Fira dah makan?" soal Hannah prihatin.
"Dah. Along dah makan?" Hannah senyum pahit dan mengangguk.
'Tak. Along tak makan lagi, mak. Along tak sempat nak makan malam ni.' bisik Hannah dalam hati.
"Dah mak. Mak tidurlah dulu. Along nak mandi kejap." Mak Hawa mengangguk dan kembali tidur. Hannah perlahan-lahan keluar dari bilik dengan tuala di bahu.
Simple je story ni.. Hahahah.. awalnya nampak simple, tapi tengah-tengah cerita nanti tak tahu la pula. Papepun keep reading yaa..! See ya :)
YOU ARE READING
Han's Heroes
Teen Fiction> Hannah Zaliya. Sekali imbas, dia bagaikan gadis biasa yang ceria. Happy go lucky dan tidak mudah bersedih. Namun siapa tahu, dalam manisnya senyuman, tersirat beribu kedukaan. Membesar dalam keluarga yang kurang serba-serbi. Terpaksa menyara kelua...