[20]

445 35 1
                                    



Hannah mengiringkan badannya ke kanan dan ke kiri. Tapi dia masih tak dapat untuk melelapkan diri. Masih memikirkan perbincangan tergempar mereka berenam tadi.

"Kakak dia nak jumpa kau esok." Kata-kata terakhir Amil pada malam tadi yang membuatkan tidurnya tak lena.

Bermacam-macam persoalan bermain di fikirannya. Perasaan ingin tahu tentang lelaki itu terlalu membuak-buak dalam diri Hannah. Menyedari dirinya tak dapat tidur, tubuh dibangunkan dan bersila di atas katil.

"Apa kisah silam mamat tu sampai dia berubah jadi lelaki yang sosial? Well, kita semua memang ada kisah silam yang pahit tapi rasanya tak perlu berubah sampai macam tu sekali. Sepatutnya, kita berubah menjadi lebih baik kan? Sebab pengalaman mematangkan kita. Anggap je lah kisah silam tu pembakar semangat untuk kita teruskan hidup kita in a better way. Itukan lebih bagus. Kenapa perlu berubah menjadi lebih teruk? Nak tunjuk yang kita ni tak dapat terima kenyataan, macam tu? Kalau tak dapat terima kenyataan, itu bermaksud kita tak terima takdir. Salah tu." Bebel Hannah sendirian.

"Eh, apasal aku fikir pasal mamat tu pulak? Ish ish ish! Dah tak betul agaknya aku ni!" Hannah membaringkan dirinya kembali dan terus memaksa dirinya untuk melelapkan mata.


Pagi itu Hannah menerima satu pesanan daripada nombor yang tidak dikenali.

Hai, Hannah right? Its me, Amalyn. Saya rasa Amil ada cerita kat awak pasal saya. Kita jumpa tengah hari ni, ok? Nanti saya mesej tempatnya. See you later.

'Amalyn? Jangan cakap Amalyn.. akak mamat tu? Takut pulak aku.. tapi daripada mesej ni, nampak macam dia orang yang baik. Hmm..' Hannah mengusap dagunya sambil cuba membayangkan sikap orang yang akan bertemunya tengah hari nanti.

"Han!"

"Opocot kakak engkau baik!" Melatah terus Hannah.  Tangannya terawang-awang ke langit kesan terkejut yang amat sangat. Sergahan di belakangnya membuatkan Hannah geram. Perlahan, dia mengurut dada yang terkejut. Kepala ditoleh ke belakang.

"Memang tak ada adab betullah kau ni." marah Hannah. Iqli gelak terbahak-bahak, sampai berair mata.

"Aku tak boleh tahan tengok muka kau terkejut. Dengan tangan kau yang overreacted tu, lagi la buat aku rasa nak terguling-guling gelak." Ujar Iqli dengan tawa yang masih berbaki. Hannah tayang muka cemberut.

"Sekali lagi kau terkejutkan aku macam tu, berlebam biji mata kau." Hannah menjeling tajam. Iqli sengih kerang busuk. Sikitpun tak takut dengan ugutan Hannah. Apalah sangat dengan Hannah tu..!

"Kakak siapa?"

"Hah?" Hannah pandang muka Iqli, minta penjelasan.

"Kakak siapa yang baik?" Iqli mengulang pertanyaannya, kini dengan lebih jelas.

"Hmm.. takde siapa." Hannah menjawab acuh tak acuh. Laju tangannya menari atas papan komputer tanpa menghiraukan Iqli.

"Kau tak pandai menipu, Han.." Hannah mengeluh.

"Apa yang kau nak tahu ni?" Hannah berhenti menaip dan menumpukan sepenuh perhatian kepada Iqli.

"Kau memang nak jumpa dengan kakak mamat tu ke?" Iqli berterus terang. Buang masa putar belit pertanyaan.

Hannah mengangguk.

"Kau dah fikir masak-masak?"

Hannah angguk lagi.

"Kau yakin?"

Hannah angguk lagi dan lagi.

Kali ini, kedengaran Iqli melepaskan nafas. Tentu sekali bukan mengeluh.

"Then, I think its time for me to let you go."


Hannah memandang, kiri dan kanan. Sejak 10 minit yang lalu, dia sudah terpacak di hadapan kedai kopi 'Back To Memory'. Sengaja Hannah datang awal kerana dia ingin bersiap mental dan fizikal. Dah macam nak jumpa bakal mak mertua pulak.

'Apa bezanya? Kakak ipar dengan mak mertua sama je. Kalau sorang kekwat, sorang lagi mesti kekwat. Macam dalam drama tu..' Hannah bermonolog sendiri. Macam ni lah kalau orang yang suka melayan drama, fikiran memang tak lain dari jalan cerita dalam drama yang selalu ditayang di kaca televisyen.

Sedang Hannah bermonolog sendirian, bahunya ditepuk dari belakang. Spontan, Hannah menoleh. Seorang wanita tinggi lampai yang nampak 'stylo' menyapa pandangan. Senyuman manis dihadiahkan buat Hannah.

"Hannah Zaliya kan?" Hannah membalas senyuman tersebut dengan senyum canggung dan mengangguk perlahan.

"So, can I have a seat?" tanya wanita itu lagi. Mukanya masih tertampal senyuman yang menawan.

"Yeah, sure." Hannah membalas sambil berdiri, mempersilakan wanita itu untuk turut duduk. Setelah duduk dilabuhkan, Hannah menghulurkan tangan untuk bersalam, tanda hormat kepada wanita di hadapannya. Wanita itu menyambut dengan penuh lembut.

"Nama akak, Amalyn Katrina. Han boleh panggil akak, Kak Am saja. Simple kan?" Amalyn mengenalkan diri. Hannah mengangguk sahaja. Tak perlu rasanya dia kenalkan diri jika Amalyn sendiri sudah tahu namanya.

"Jadi inilah Han yang selalu Amil ceritakan pada akak ya?" Amalyn bertanya untuk memulakan bicara. Hannah mengangguk lambat-lambat. Tak sangka sebenarnya Amil punya kawan secantik ini. Dan, tak sangka juga, Amil menceritakan perihalnya kepada kawan yang sama sekali tidak Hannah kenali. Fikir Hannah, pasti Amil ada sebab yang kukuh. Amil juga seperti Irwan, tidak suka menghebahkan perihal kawan baik sendiri kepada orang lain. Tidak tanpa sebab.

"Terus ke topik asal, Han nak kahwin dengan adik akak?"


Comment? 

No?

Okay .

Han's HeroesWhere stories live. Discover now