[21]

425 36 4
                                    


"Han nak kahwin dengan adik akak?"

Hannah terpegun.

Ini.. lamaran ke?

Kenapa kasual sangat bunyinya?

Dan, bukan sepatutnya seorang lelaki ke yang patut melamar?

"Err.. err.." Hannah tergagap. Tak tahu nak balas apa sebenarnya.

Takkan nak cakap, "Nak! Nak!" Aii.. macam terdesak sangat pula gayanya.

Kalau cakap, "Saya pun tak tahulah.." Itu dah macam nak tak nak je. Karang dikatanya kita ni memilih.

Kalau cakap, "Boleh ke?" Dah macam gedik pulak. Lagi-lagi bila ditambah dengan mata yang terkelip-kelip. Ish, meremang bulu roma. Itu buang tabiat namanya!

Sedang Hannah memikirkan ayat apa yang perlu diucap untuk membalas, kedengaran tawa halus dari hadapan. Hannah mengangkat kepala. Memandang tepat ke hadapan. Amalyn sedang ketawa.

'Apa yang kelakarnya?' getus Hannah dalam hati.

"Amil selalu cakap kat akak yang Han ni tak mudah gelabah. Sentiasa cool and steady. Hmm.. I doubt it right now." Seperti memahami riak muka Hannah, Amalyn menjelaskan. Hannah senyum sumbing. Dia juga bingung dengan dirinya sendiri. Sejak bila Hannah pandai gelabah depan orang lain?

"Han, tak payah takut dengan akak. Akak bukan jenis yang pandang darjat semata. Yang penting hati Han ikhlas terima adik akak." Dengan tulus, Amalyn berkata. Menyerlahkan keayuan yang sedia ada dalam diri.

"Kak Am.. boleh bagitahu saya kenapa Kak Am yang carikan calon untuk adik akak?" Sememangnya itu yang berlear-legar di fikiran Hannah. Zaman sekarang ni, mana ada orang suka dikenen-kenenkan.

"Adik akak yang suruh." Mata Hannah membulat. Ada rupanya.

"Err..kenapa ek?" Penuh hati-hati Hannah bertanya.

"Sebab dia nak syarikat daddy akak." Nak tersembul biji mata Hannah mendengarnya.

'Mata duitan gila bakal suami aku!'

"Err.. saya tak faham."

Nakkan syarikat daddy? Bukan memang syarikat bapak dapat kat anak ke? Ke banyak sangat adik beradik sampai kena berebut? Ke daddy dia nak bagi syarikat tu kat pakcik dia? Lagi satu, apa kaitannya kahwin dengan syarikat?

Bermacam soalan mengarut berlegar-legar dalam minda Hannah. Soalan yang selalu keluar dalam drama. Huh, drama sangat!

"Kalau Han nak faham, Han kena kahwin dengan adik akak."

Kali ini, sikit je lagi biji mata Hannah nak terkeluar dari tempat asalnya.

'Desperate sangat gamaknya adik dia ni? Ada apa sangat dengan syarikat bapak dia tu? Syarikat pengeluar emas ke? Entah-entah syarikat jual besi buruk je..' Keji sangat pemikiran Hannah ni. Sampai macam tu sekali dia fikirkan mamat tu. Semuanya negatif! Ish ish ish..

"Saya tak boleh buat macam tu kak. Saya kena tahu la dulu asal usul dia. Kerja dia apa, umur dia berapa, kenapa dia nak kahwin dengan saya. Barulah saya boleh tentukan saya patut kahwin dengan dia ataupun tidak."

Dah serupa mem besar je gaya Hannah menjawab. Macam la dia tu tak desperate sangat. Dan, macam lah orang tu nak kahwin dengan dia sangat!

Sekali lagi Amalyn tergelak kecil.

'Hannah is so funny!' detik Amalyn.

"Adriz Flynn."

"Hah?" Hannah menayang muka bingung.

"Nama adik akak, Adriz Flynn. Lahir di Perak. Pegang jawatan as a General Manager. 26 tahun. Dia nakkan company daddy sebelum jatuh dalam tangan akak. Is that clear enough?" Amalyn menyudahkan kata-katanya dengan senyum manis.

Hannah tercengang. Terkelip-kelip memandang Amalyn yang baru sahaja menutur dengan laju.

"Syarikat daddy akak syarikat apa?" Sempat lagi soalan tersebut diselit sama.

"Syarikat pemprosesan dan pengeluar emas. Kedua terbesar di Asia." Jawab Amalyn selamba. Dari pandangan mata Amalyn, Hannah tahu Amalyn langsung tidak menipu. Tidak sama sekali.

'Oh mai! Seriously!' Belum sempat Hannah meredakan perasaan terkejut yang menapak dalam dada, dia dikejutkan lagi dengan soalan yang juga menyentak jantung.

"So.. boleh Hannah tentukan sama ada Hannah boleh kahwin dengan dia atau tak?"



Han's HeroesWhere stories live. Discover now