[6]

538 59 0
                                    


Hannah melangkah masuk ke dalam rumahnya setelah memberi salam.

"Mak? Fira?" Matanya menjenguk sekeliling rumah mencari ibu dan adiknya sebelum terdengar tangisan dari dapur. Kakinya segera melangkah ke arah suara tersebut.

"Mak!!" Hannah menerpa pada Hanni yang sedang menangis sambil dipeluk oleh Mak Hawa.

"Kenapa ni mak? Fira?" tanya Hannah sambil turut memeluk mak dan adiknya itu.

Serta-merta dia teringat sesuatu. Anak matanya mencari anak mata Mak Hawa.

"Mak.. diorang datang lagi ke?" Mak Hawa hanya berdiam.

"Betul ke mak?" desak Hannah lagi. Tiba-tiba sahaja Hanni memegang kuat lengan baju Hannah.

"Along takkan jual Fira kan? Along takkan bagi Fira kat diorang kan?" tanya Hanni bertubi-tubi dengan juraian air mata.

Hannah terpaku.

"Diorang nak Fira?"

Makin kuat jadinya tangisan Hanni. Mak Hawa juga turut menangis. Hannah mencapai tangan Mak Hawa dan Hanni.

"Mak, Fira. Dengar sini.." Hannah memandang anak mata ibu dan adiknya.

"Along takkan bagi sesiapa cederakan keluarga Along. Along takkan bagi Fira pada sesiapapun. Along janji.." Air mata yang bertakung di tubir kata ditepis kasar.

"Tak ada sesiapa yang boleh sentuh keluarga kita." tekad Hannah.

"Tapi, long-"

"Mak percayakan Along kan?" tanya Hannah memotong kata ibunya. Mak Hawa mengangguk sambil mengelap air mata Hannah.

"Mak... percayakan Along." Hannah memeluk erat Mak Hawa dan Hanni. 


Assalamualaikum dan Hai!! Untuk pengetahuan korang, story ni akan dipublish dalam bentuk part, bukan chappy sebab contentnya sikit-sikit.. hahaha. krik krikk =.=

Buat masa ni, saya agak berpuas hati dengan respon pembaca walaupun tak meriah macam AAS! dulu,, hahah.. takpelah.. adatlah tu. tak ke? See ya XD


Han's HeroesWhere stories live. Discover now