[17]

514 52 3
                                    

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Sorry guys tunggu new update lama sangat.


Seperti yang dijanjikan, Hannah dan Ariq menanti ketibaan 'calon pertama' bakal suami Hannah. Tapi, Ariq hanya memerhatikan dari jauh. Apa pulak kata mamat tu kalau Hannah bawak bodyguard masa first date kan?

Hannah melihat jam tangan yang terletak elok di tangan kirinya buat kesekian kali. Tangannya menaip sesuatu dia dalam telefon bimbit. Tak lama kemudian, telefon bimbit Ariq berbunyi.

Mana calon pertama ni, Riq? Dah dekat setengah jam kita tunggu ni.. - Hannah

Ariq menggaru kepala sebelum tangannya mula membalas mesej Hannah.

Sabarlah, Han. Aku pun tak tahu apa masalah mamat ni. - Ariq

Entah-entah dia tak nak jumpa aku tak..? - Hannah

Ish, taklah. Dia yang beria-ria nak jumpa kau, tahu? - Ariq

Hmm.. takpelah kita tunggu 15 minit lagi.. -Hannah

Okie dokie :) - Ariq

Hannah mengukir senyuman buat Ariq yang sedang melihatnya dari jauh. Hannah sebenarnya malas mahu mengomen itu ini. Ariq sudi tolong dia pun, dia dah bersyukur sangat.

5 minit kemudian, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 30 tahun masuk ke dalam cafe tersebut. Lelaki tersebut nampak segak dengan kemeja belang kelabu dan hitam serta seluar slack hitam. Mata lelaki tersebut melilau sebelum singgah di wajah Hannah. Senyum terukir lantas langkah kaki semakin laju diayun ke arah Hannah.

"Hannah Zaliya ke?" tanya lelaki itu berserta senyuman yang terukir manis. Hannah terpinga-pinga sebelum mengangguk perlahan.

Tanpa dijemput, lelaki itu cepat sahaja melabuhkan duduk berhadapan Hannah.

"Encik..."

"Talha." Lelaki tersebut menyambung. Hannah senyum, tetapi senyumannya terasa pelik.

"Maaflah kalau Cik Hannah dah lama tunggu saya. Saya ada meeting yang tak dapat dielakkan tadi." Lelaki yang bernama Talha itu memberi sebab kelewatannya pada hari itu.

"Err.. takpe. Tak lama pun saya tunggu." balas Hannah. Ariq menahan gelak di meja hujung pintu masuk. Kelakar melihat gelagat Hannah yang nampak sangat kaku. Maklumlah, Hannah ni bukan minat sangat nak berdating-dating bagai ni.

"Cik Hannah tak nak order apa-apa ke?" tanya Talha sambil membelek menu yang tersedia. Seorang pelayan datang entah dari mana untuk mengambil pesanan mereka.

"Jus kiwi." kata Hannah pada pelayan tersebut.

"One set of Chicken chop and ice lemon tea." Talha pula bersuara. Apabila pelayan tersebut beredar, Hannah jadi kaku semula.

"So.. Cik Hannah umur berapa?" Talha menumpukan sepenuh perhatiannya pada Hannah. Tak selesa jadinya Hannah dengan renungan Talha yang dirasakan menyeramkan itu.

"25. Awak?"

"Oh.. Cik Hannah ni muda lagi rupanya. Umur saya dah 30. Saya ni jenis workaholic sikit, sebab tu sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi." tanpa bertanya, Talha menceritakan serba sedikit tentang dirinya.

Hannah mengangguk. Sejujurnya dia tidak berapa kisah dengan umur lelaki yang bakal dikahwininya. Yang penting lelaki itu baik dan boleh membantu menyelesaikan masalahnya.

"Cik Hannah pulak?" Hannah mengelipkan matanya beberapa kali sebelum tersedar yang Talha sedang menanyakan soalan kepadanya.

"Hah?" Talha gelak kecil. Malu pula Hannah dibuatnya.

"Saya tanya Cik Hannah pulak kenapa nak kahwin? Umur Cik Hannah kan muda lagi.." Talha mengulang pertanyaannya, kali ini dengan lebih terperinci.

"Err.. saya sebenarnya..err.. saya nak langkah bendul!" Hannah menutup mulutnya apabila menyedari apa yang baru terkeluar dari mulutnya sangat mengarut. Mana ada orang yang nak langkah bendul. Merepek betul!

Tak semena-mena Talha tergelak besar sehingga menarik tumpuan beberapa orang di dalam restoran tersebut. Hannah menahan malu.

"Cik Hannah ni pelik lah. Mana ada orang yang sanggup nak kahwin awal sebab nak langkah bendul." ujar Talha sambil meledakkan ketawanya yang mengalahkan guruh. Dia ni nak bagi tahu satu dunia ke aku nak langkah bendul?!

"Err.. Awak.. saya nak pergi tandas sekejap." pamit Hannah tergesa-gesa.


"Eiii.. geram betul aku dengan mamat tu lah. Gelak tu tak boleh kuat lagi ke? Kau gelakkan aku nak langkah bendul? Kau tu lagilah, dah tua kerepot baru nak kahwin! Hishhh.. geramnya aku!!" Hannah menghentak-hentakkan kakinya tanda protes.

"Dahla tu, Han. Mamat tu dah pergi dah." Hannah pejam celik. Dah pergi? Cepat-cepat kakinya diatur keluar dari tandas. Ariq dilihat sedang menyandar badan di dinding. Dah serupa bodyguard dah. Dengan sunglasses dia lagi.. haihh

"Dia dah pergi?" Ariq menganggukkan kepalanya.

"Tak lama lepas kau masuk tandas, dia dapat panggilan telefon. Dia terus tinggalkan surat untuk kau pastu blah macam tu je." jawab Ariq tenang.

"Apa maksud kau dia blah macam tu je?" tanya Hannah kebingungan.

"Dia tak bayar pun korang punya lunch. Bagi aku, orang yang tak bayar apa-apa untuk kau masa keluar sama-sama is not a gentlemen. Lagipun, dia tu tak menepati masa. Understood? Soo.. Calon pertama, REJECT!"


Kali ni, saya update lebih sebab saya tak pasti bila saya boleh update lagi. Hmm.. saya rasa story ni bosan lah. Tak ke? Drop your comment okey? Thankiuu :P


Han's HeroesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang