Selesai menikmati makan malam, Hannah, Shah, Iqli, Amil, Ariq dan Irwan meluangkan masa di luar rumah. Tak besar mana pun rumah Hannah, hanya ada beberapa kerusi kayu buatan arwah aryahnya di halaman rumah. Di situlah tempat mereka berenam melepak bila dah bosan dengan suasana di kedai mamak. Tak ada tv, tak riuh rendah, tak perlu berebut tempat duduk. Dan yang penting, dapat menghirup teh tarik kaw buatan Mak Hawa yang tiada bandingannya. Ditambah pula dengan bintang yang bertaburan di langit serta bulan yang berseri. Kalau dah lepak tu, memang macam-macam cerita yang keluar. Diorang tak kisah sangat sebab bukan ada sesiapa pun yang kacau. Tak perlu nak cover apa-apa, senang cakap.
"So far macam mana plan kita ni?" tanya Iqli sambil menghirup teh tarik. Plan apa? Plan mencari bakal suami Hannah la. Itupun sebab Mak Hawa dan Hanni sibuk berkemas di dapur. Kalau tak, takdelah diorang nak buat mesyuarat terbuka kat halaman rumah Hannah ni.
"Hmm.. aku dah jumpa calon pertama tapi Ariq reject." Jawab Hannah laju. Memasing menumpu pandangan pada Ariq, menunggu keterangan dan sebab musabab Ariq mereject calon pertama.
"Aku reject sebab dia tu tak tepati masa dan kedekut. Tak sesuai dengan Han. Kalau Han suka pun, aku tak setuju. Orang macam tu aku tak harapkan untuk jaga Han." Jawab Ariq jujur.
Reaksi lelaki berempat itu cuma mengangguk. Mengiakan kata-kata Ariq.
"Kalau macam tu, takpelah. Aku pun setuju dengan Ariq." Iqli bersuara tenang. Senangnya diorang ni, kalau seorang cakap 'tak nak' bersebab, yang lain tak membantah. Itu semua dengan adanya kepercayaan antara satu sama lain. Lagipun boleh jimat waktu nak berdebat, berhujah bagai.
Lama mereka terdiam sambil menebarkan pandangan ke dada langit. Melayan perasaan mungkin. Bukan senang nak berkumpul macam ni. Masing-masing berkerja walaupun ada yang sama office, tapi kerja lain-lain. Bukan boleh melekat 24 jam macam kembar siam.
"Han." Panggil Amil.
"Hmm?"
"Aku sebenarnya dah ada calon yang sesuai untuk kau."
"Siapa?"
"Adalah. Adik kawan aku." Gaya Amil seperti berahsia.
"Macam mana orangnya, Mil?" tanya Ariq. Semua mata tertumpu pada Amil.
"Aku tak kenal sangat. Sebab dia tu macam sosial sikit. But not to worry, dia tak pernah minum arak or yang seangkatan dengannya. Dia memang selalu pergi kelab malam, keluar dengan perempuan dan-"
"Lelaki macam tu kau nak buat calon suami Han?" potong Syah dengan nada tak puas hati.
"Boleh aku habiskan cakap aku dulu, bro?" Amil tahu Syah nak lelaki yang terbaik untuk Hannah. Dan dia pun sama. Tak terkecuali Ariq, Iqli dan Irwan. Mereka semua nak lelaki yang terbaik untuk jadi suami Hannah.
"Dia memang selalu pergi kelab malam, keluar dengan perempuan dan bergaul bebas tapi itu semua untuk mengaburi pandangan parents dia je." Melihat Syah diam, Amil menyambung kata.
Kali ni, masing-masing menayang muka pelik. Kenapa??
"Kita semua tahu masing-masing ada kisah silam, right? Dia pun sama. Ada kisah silam yang membuatkan dia turns 360 darjah in his life. Yang penting, akak dia mintak tolong kau untuk ubah dia. Tapi, akak dia cakap mamat tu tengah cari orang untuk jadi isteri dia so that company bapak dia tak jatuh ke tangan orang lain including akak dia." Amil menunjuk tepat ke arah Hannah.
"Erk, orang macam tu pun wujud ke?" Hannah menggaru kepala.
"Dunia, Han. Dunia.." Iqli menggeleng kepala.
YOU ARE READING
Han's Heroes
Teen Fiction> Hannah Zaliya. Sekali imbas, dia bagaikan gadis biasa yang ceria. Happy go lucky dan tidak mudah bersedih. Namun siapa tahu, dalam manisnya senyuman, tersirat beribu kedukaan. Membesar dalam keluarga yang kurang serba-serbi. Terpaksa menyara kelua...