Bab 1

46K 891 26
                                    

(Nabella POV)

"Ah malasnya nak pergi kelas..sambung tidur lah" aku mencelikkan mata hanya untuk memastikan waktu sekarang lepastu aku kembali memejamkan mataku untuk sambung tidur. Tiba tiba ada seseorang menarik selimutku..

"Wake up sebelum i kiss you" arah suara tersebut, mendatar. Garau nya suara roommate aku. Ah lantaklah aku nak sambung tidur.

"Bangun sekarang solat subuh and pergi kelas. I know you heard me Bella." Arah suara garau itu lagi. Ah kacau lah. Eh kejap? Garau? Lelaki dalam bilik aku? Aku terus membuntangkan mataku. Aku pandang ke sisi katil.

"Ahhhhhhh!!! Kau siapa????" Jeritku sambil menutup kedua telingaku. Lelaki tersebut terperanjat dan terus menekup mulutku.

"Shuh, shut up. Nanti my mom dengar" aku diam aku pandang muka dia. Macam kenal.

"Saya kat mana? You..who are you?" Soalku dalam kebingunggan. Dia tersengih, ada dimple. Gosh, jantung aku hampir jatuh ke tanah ni.

"Tak ingat? I ni husband you. Kita kahwin semalam." Terangnya. Aku punya reaction masa tu ternganga habis. What? Suami? Seriuslah.

"Baru tidur sebantal dengan i dah amnesia ke?" Tiba tiba dia buat lawak yang tak berapa nak lawak pagi pagi ni.

"So what? You ada masalah ke?" Soal ku tak puas hati. Tak kenal aku tiba tiba nak judge. Tulah orang putih kata 'don't judge a book by each cover'

"Mungkin." Balasnya sepatah. Ah kalau aku tendang sia sia je.

"I ni ada penyakit tau. I tak akan ingat beberapa perkara." Terangku, jujur. Aku jadi macamni sebab aku pernah kemalangan dan otak aku cedera parah. Kemungkinan aku akan jadi seorang yang pelupa. Bukan kemungkinan tapi memang jadi.

"So you nak kata you ni pelupa tahap nenek nenek lah" mamat ni cuba bergurau lagi ke? Haih sabar Bella sabar.

"Dahla malas layan awak, saya nak solat then awak kena cerita macam mana saya boleh kahwin dengan awak" Balasku dan berjalan menuju ke bilik air. Amboi dah buat macam rumah sendiri.

Selesai solat aku terus mendekati lelaki yang entah apa namanya. Dia duduk di sofa sambil bermain dengan handphone nya.

"Excuse me. Now, explain" pinta ku tapi dia hanya mengendahkan ku dan terus menatap skrin telefon. Dasar pekak tahap orang utan!

"Kalau ada penyakit pekak cakaplah awal awal!" Suara ku agak meninggi. Dia menoleh. Merenungku dengan pandangan yang tajam.

"What?" Soalku. Cuak senanya sebab tiba tiba pandang aku macam nak makan daging orang. Haih, seram.

"Boleh jangan kacau i? Masing masing ada life kan? So urus life masing masinglah" Katanya mendatar. Takda tanda marah tapi muka macam marah.

"Tapi.." Aku belum sempat menghabiskan ayatku mamat pekak tahap orang utan ni dah memotong.

"You tanya kawan you macam mana i boleh kahwin dengan you. Nama i Zafran Aliff. Suka hati nak panggil apa tapi bukan abang sebab i lagi muda dari you." Jelasnya tanpa memandang muka ku. Aku tergamam. Dia lagi muda dari aku? Mak, angah taknak kahwin dengan orang muda!! Rintih ku.

"Muda berapa tahun?" Aku menyoal. 2 saat, takda respon.

5 saat masih diam.

10 saat, masih diam tanpa kata.

"Haih" Zafran mengeluh. Aku masih tekun menatap wajahnya.

"Awak pun amnesia ke? Lupa umur sendiri?" Soalku lagi. Bengang. Dah tanya elok elok bantai pergi mengeluh.

"Mulut tu jaga sikit. I muda 5 tahun dari you" jawabnya sambil bangun dari duduknya dan berjalan keluar dari bilik.

5 tahun? Maknanya..dia 20 tahun. Ah macam mana boleh jadi ni. Oh ya, dia suruh tanya kawan aku. Tapi siapa? Melia? Ha dia lah. Ok aku tanya dia.

Aku berjalan perlahan lahan menuruni anak tangga sampai sahaja dia anak tangga yang kedua last, aku mendengar perbualan zafran dengan mamanya di dapur

"Ma..Zaf tak mampu ma. I love Rina so much." Ngadu Zafran kepada mama dia mungkin sebab dia panggil ma. Aku hanya curi curi dengar perbualan mereka.

"Mama tak tau nak cakap apa Zaf. Kalau kamu nak kahwin dengan Rina kamu kena ceraikan isteri kamu atau dia sanggup bermadu?" Mama Zafran cuba menenangkan Zafran. Kahwin paksa? Haih, kenapa aku tak ingat apa apa. Aku kena tanya Melia secepat mungkin.

"Zaf..Zaf tak tau ma. Zaf pening" suara Zafran sedikit kendur. Sedih bunyinya. Aku ke penyebab Rina dengan Zafran tak dapat kahwin? Aku kena buat something.

"Sabar ye Zaf" mama Zafran membalas sambil memeluknya. Aku pun masuk ke dapur.

"Good morning" sapaku tapi kedatangan ku seperti tidak diundang. Mama Zafran hanya memandang ku sekilas dan kembali membasuh pinggan. Zafran pula sudah duduk di meja makan sambil menghirup air milo. Aku duduk di sebelah Zafran. Walaupun aku kecil hati dengan layanan semua makhluk dekat dapur ni tapi aku kena acah acah cool baru orang ingat aku ni lain dari perempuan lain.

"Nak milo jugak?" pinta ku. Yelah tak biasa lagi nak pegang barang barang kat rumah ni. Zafran diam. Zafran jadi dingin lepas aku solat subuh tadi. Kenapa eh?

"Hm sokay lah saya pergi U dulu. Nanti kalau saya tak ingat rumah awak, saya call eh" kataku ingin berlalu pergi ke U. Malas nak duduk kat dapur ni lama lama. Makin lama makin sakit hati. Zafran diam lagi.

"Nak nombor phone awak?" Pintaku. Yelah aku mana ada nombor dia so kenalah mintak. Zafran diam lagi. Aku rasa dia ni dah kena renjatan elektrik kot sebab sekejap ok sekejap ko.

"Meh phone kau" Zafran berkata ketika aku baru membuka langkah yang kedua untuk keluar daripada rumah itu. Aku menoleh dan memberinya phone aku. Zafran menaip nombor telefon nya dan menekan button 'save'

"Aku dah save. Aku letak nama Zafran" katanya. Aku hanya mengangguk. Aku terus meluru keluar rumah kerana khuatir lambat ke U.

Aku kesah kan pasal perkahwinan aku je bukan pasal U pun. Melia kau kena bagitau aku semua nya. Semuanya Melia.

-----

Sorry kalau tak best. Ni first update. Hope enjoy ok?

Suami StrangerWhere stories live. Discover now