Bab35

20.9K 586 7
                                    

"Kenapa datang sini?" Soal aku sambil memeluk lengan Zafran, erat. Zafran hanya memerhati aku disebalik kaca mata hitamnya sambil tersenyum.

"Something like...hmm—"

"—photoshoot?" Kata Zafran teragak agak. Aku kerutkan dahiku. Photoshoot pebenda aku pakai jubah je ni. Mahu tema photoshoot kitaorang tu muslimah jubah.

"Seriuslah—" aku berkata dengan nada suara serius, ingin kepastian. Zafran tersenyum sambil mengusap pipiku lembut.

"Abang serius sayang."

"Dah jom masuk." Aku hanya menurut. Aku tau tempat ni. Tempat yang kitaorang pernah pergi. Kedai photoshoot. Zafran nak tangkap gambar passport ke?

Sampai sahaja di dalam kedai tersebut aku duduk di sebelah Zafran, datang seorang lelaki. Lelaki yang sama. Zafran berkata sesuatu dengan lelaki tersebut.

"Kita boleh buat harini?" Tanya Zafram kepada empunya kedai tersebut. Tuan kedai tersenyum dan mengganguk sambil berkata "Boleh. No hal lah."

Kelihatan Zafran tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Oh please, Bella rasa nak pengsan. Zafran pandang aku sekilas dan kemudian mengalihkan mukanya semula kearah tuan kedai tersebut.

"Bila boleh mula?" Tanya Zafran lagi sambil sebelah tangannya mengenggam sebelah tanganku. Pasangan bahagia ni. Hahahaha. Aku hanya mendiamkan diri.

"Dalam sejam lagi? Kami nak buat persediaan dulu." Jawab tuan kedai tersebut. Zafran mengangguk dan kemudian berjabat tangan dengan tuan kedai itu.

"Ok bos dalam sejam lagi saya datang balik." Sempat Zafran berkata sesuatu ketika berjabat tangan dengan tuan kedai itu. Aku hanya tersenyum manis.

"Baiklah." Tuan kedai itu juga melemparkan senyuman manis. Zafran menarik aku keluar daripada kedai photoshoot tersebut.

"Kita nak pergi mana pulak lepasni?" Aku bertanya kerana Zafran telah menghidupkan enjin keretanya. Zafran hanya pandang aku sekilas dan tersenyum sendiri. Susah dapat suami weng- weng ni. Keretanya terus dipandu, laju menuju ke tempat yang masih tidak dapat di kesan oleh Bella.

Dalam 10 minit perjalanan, kitaorang sampai di depan butik pengantin. Wow, Zafran nak kahwin lagi satu ke? Mana calon isteri kedua dia? Mata aku melilau mencari di sekeliling. Zafran yang melihat aku mencari sesuatu terus memeluk erat pinggangku.

"Ada sayang je dalam hati abang tau." Seperti tahu apa yang berlegar legar di fikiranku terus Zafran menafikannya. Zafran, suami berkuasa membaca minda isteri pada abad ke-21. Aku menjuihkan bibirku.

"Yelah tu." Nada merajuk tambah gedik tambah over acting Bella mula muncul. Zafran tergelak kecil dan mencapai tangan kananku.

"Anggap ni hati abang." Zafran menunjukkan tangannya yang mengenggam tanganku. Aku tersenyum. Sweet jugak suami aku ni.

"Jomlah masuk." Zafran menarik aku masuk ke dalam butik pengantin tersebut. Aku membatukan diri.

"Kenapa?" Zafran bertanya risau melihat wajah aku yang tiada riak. Aku pandangnya dengan muka serius. Zafran menelan liur.

"Sayang, you buat bulu roma abang meremang." Zafran berkata dengan sedikit nada bergurau. Aku masih memandangnya tanpa berkata apa apa.

"Bagitau dulu kita buat apa dekat sini baru kita boleh masuk." Terukir senyuman di wajah Zafran. Eh, apa yang kelakarnya?

"Kita nak pilih gaun untuk sayang lah." Zafran buka kaca mata hitamnya. Ehem, nak suruh aku tengok keikhlasan melalui mata dia ke?

"Gaun pengantin?" Bella banyak tanya sebab nak kepastian. Zafran mengangguk kecil dan menarik aku lembut masuk ke dalam butik tersebut. Aku terpana dengan tindakan refleks Zafran akhirnya aku masuk bersama Zafran ke dalam butik pemgantin itu.

Suami StrangerWhere stories live. Discover now