Bab4

19.1K 816 6
                                    

(Nabella POV)

Mana aku nak pergi ni. Hotel? Heh mana letak otak kau ni Bella. Kau mana ada duit!

Aku berjalan menuju ke bus stop. Aku mengharap agar Zafran menjemputku tapi hampir 20 minit aku menunggu satu pun bayang kereta Zafran aku tak nampak. Sah, aku dengan dia memang kahwin paksa!

Hari semakin lewat, tepat pukul 11 malam. Aku berjalan menuju ke masjid.

Baik aku rehat dekat sini untuk sehari.

Akhirnya aku terlelap. Nyaman nya tinggal kat masjid.

--------

"Dik, kenapa tidur sini" kejut seseorang. Aku mendengar seseorang menegurku, aku membuka mata dengan perlahan lahan.

"Hm maaf saya tumpang tidur semalam" kataku, jujur.

"Akak bukan nak marah adik tapi akak nak solat subuh berjemaah ni. Adik nak jemaah sekali?" Soal perempuan yang menggelarkan dirinya akak. Aku mengangguk.

Selesai menunaikan solat subuh berjemaah aku bertegur sapa dengan akak tersebut.

"Nama adik siapa?" Tanya akak tersebut sambil melipat telekungnya.

"Nabella kak, panggil Bella je. Akak?" Jawabku dan menyoal. Akak tersebut kembali duduk di sebelah ku.

"Nama akak? Mira. Panggil Kak Mira je" balasnya sambil tersenyum. Aku hanya mengganguk.

"Akak dah kahwin?" Soal ku lagi inginkan kepastian. Mana tau Kak Mira datang solat berjemaah dengan suami dia ke.

"Belum Bella. Akak ni macam andartu jugak lah" jawabnya sambil tergelak kecil. Aku hanya memandang muka Kak Mira dengan wajah simpati.

Kak tak kahwin tapi gembira. Saya kahwin tapi terseksa. Kata hatiku.

"Bella dah kahwin?" tanya Kak Mira apabila melihat aku yang termenung untuk seketika. Aku tersenyum apabila mendengar pertanyaan Kak Mira tapi apakan daya, hati aku tak sama dengan apa yang di gambarkan dengan senyumanku.

"Dah kak" balas ku pendek. Malas mahu mengungkit hal perkahwinan yang aku tidak tahu asal usulnya.

"Dah ada baby?" Kali ni pertanyaan Kak Mira membuatkan mataku membulat. Baby? No!

"Be..belum." Jawabku tergagap gagap. Belum lah kot. Ah makin pening!

"Ala kesian nya mungkin takda rezeki lagi lah tu." Kata Kak Mira. Aku hanya tersenyum dan mengangguk tanpa 'betul'.

"Ha yang kamu tidur sini kenapa?" Sambung Kak Mira, aku hanya memandangnya dengan mata kuyu. Aku rasa nak nangis. Aku tak tau nak luahankan perasaan ni dekat siapa.

"Saya.." Kak Mira masih menanti jawapanku.

"Saya.."

"Saya..saya lari dari rumah" jawabku lambat lambat. Muka Kak Mira kelihatan terkejut dengan jawapan yang ku beri pantas dia memegang kedua dua bahu ku.

"Suami kamu tak tau kamu lari?" Soal Kak Mira. Aku confius. Aku tak tau nak kata aku lari ke atau aku di halau.

"Tau" balasku sepatah. Kak Mira menggeleng gelengkan kepalanya.

Kak Mira makin mendesak untuk aku menjawab pertanyaannya. Akhirnya aku memberitahu segalanya kepada Kak Mira. Kak Mira bersimpati dengan nasib ku.

----

Di rumah Kak Mira,

"Kamu tinggal lah sini buat sementara waktu" kata Kak Mira mengalu ngalukan kedatangan ku. Aku sudah berasa serba salah.

"Tak menyusahkan akak ke?" Tanyaku. Aku takut aku jadi beban untuk Kak Mira.

"Takda lah, kamu stay dulu kat sini sementara kamu nak habiskan study kamu untuk sem ni. Kalau kamu dah habis sem kau boleh kerja" balasnya. Dia wanita yang paling baik pernah aku jumpa. Aku harap sangat aku tak lupakan dia bila sakit aku kembali.

"Thank you kak" kataku sambil memeluk Kak Mira. Kak Mira membalas pelukan ku.

Mak angah rindu mak. Angah rindu keluarga kita.

Dalam kegembiraan pasti ada kesedihan.

------

Thanks for support guys. Korang semua sangat awesome. Bagi pendapat nak buat Zafran cari Bella or dia tak kesah langsung pasal Bella?

Makin lama makin slow. I need your support gais. Keep reading my story ok?

Suami StrangerWhere stories live. Discover now