Bab24

17.5K 583 16
                                    

Setahun kemudian,

Setahun bukan sekejap bagi aku seorang isteri yang ditinggalkan oleh suami. Banyak perkara terjadi dalam setahun tanpa Zafran. Aku kembali mengingati satu persatu memori dahulu dengan bantuan Zafril. Betul cakap Zafran, Zafril boleh tolong aku.

"Jauhnya termenung sampai cair ice cream yang abang beli ni." Kata Zafril membahasakan dirinya 'abang' sebab aku yang suruh. Nampak tak manis pulak asyik panggil Zafril- Bella. Zafril menghulurkan ice cream vanilla kepadaku. Aku menyambutnya sambil tersenyum.

"Bella fikir pasal Zafran je." Balasku kemudian membuang pandang kearah pulau yang terbentang. Lawa. Lagi nampak lawa kalau aku datang dengan Zafran bukan Zafril.

"Insha Allah dia sihat. Bella janganlah risau." Kata Zafril cuba menenangkanku. Aku mengeluh pendek. Tak risau macam mana, setiap kali call mesti dia taknak cakap dengan aku sampai aku sendiri dah lupa macam mana suara dia.

"Bella harap Zafran tak lupa macam mana muka Bella." Kataku sambil tergelak kecil sebab nak sedapkan hati sendiri je. Zafril hanya tersenyum dan turut memandang ke arah pulau.

Sedang aku dan Zafril menikmati ice cream sambil tengok tengok pulau dengan tiba-tiba bahu kami di pegang seseorang. Automatik kami berdua toleh serentak.

"Kalau berdua selalu nya ada orang ketiga so akak taknak lah orang ketiga tu syaithon ni rajim—" kata Kak Mira, tersengih. Aku dan Zafril sudah tergelak, faham benar maksud Kak Mira. Kak Mira nak ambil 'tugas' syaithon untuk jadi orang ketiga. Kak Mira ni nampak macam matang tapi selalu terkeluar gak perangai budak budaknya.

"Kitaorang takda buat apa apa pun kak. Cuma ada lah peluk peluk sikit." Balas Zafril selepas Kak Mira melepaskan pegangannya di bahu kami. Kak Mira sudah membulatkan mata dan meluku kepala Zafril secara sengaja. Aku sudah tersenyum, bahagia. Bahagia sebab ada family yang boleh bergurau senda macam Zafril dan Kak Mira walaupum tiada pertalian darah.

"Bella taknak balik ke?" Soal Kak Mira tiba tiba. Aku sudah mengerutkan dahiku. Balik untuk apa? Baru 2 hari jejak kat Pulau Pangkor ni, tu pun nasib dapat cuti 5 hari. Tulah dah setahun berlalu banyak benda berubah dalam hidup aku. Aku dah bekerja sebagai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) walaupun bukan minat aku tapi aku nak rasa jadi pekerja kerajaan macam Zafran dan cuba minat bidang ni. 6 bulan lepas aku konvo tanpa suami tapi takpe asalkan ada keluarga bahagia disisi.

"Eh mengelamun pulak dia ni." Terjah Kak Mira sambil tangannya melambai lambai di depan mukaku. Aku tersengih seperti kerang busuk.

"Sorry, apa akak cakap tadi?" Soalku balik. Kak Mira sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Zafril tersengih sambil mata melilau memandang pengunjung yang datang. Makin gatal pulak abang ipar aku ni!

"Akak kata Bella taknak balik ke?" Balas Kak Mira dengan menyebut sepatah sepatah perkataan agar aku mendengarnya.

"Kenape kena balik? Kan kita ada lagi sehari kat sini." Jawabku sambil menghabiskan ice cream vanilla yang di beli sebentar tadi. Kak Mira sudah menepuk dahinya. Eh dah kenapa?

"Bella tak tau ke?" Banyak betul soalan Kak Mira ni. Nak tau pasal apa pulak. Aku kembali berkerut.

"Tau pasal apa?" Aku kembali menyoal dan mula lah show soal soal antara aku dan Kak Mira.

"Kak Mira ni macam lah tak tau yang 'budak' tu mana pernah nak talk dengan Bella so of course Bella tak tau sebabtu Ril bawak lari Bella." Celah Zafril sambil tersenyum, jahat. Budak mana pulak ni? Sukahati je nak tambah watak dalam hidup aku. Ops ter-emo pulak.

Kak Mira tanpa berlengah terus mencubit lengan milik Zafril. Zafril mengaduh sambil menggosok lengannya yang kelihatan merah akibat di 'sengat' oleh Kak Mira.

Suami StrangerWhere stories live. Discover now