Bab39

18.7K 581 19
                                    

"Angah nak apa apa lagi tak?" Mak sangat mengambil berat. Aku rindukan mak sangat sangat. Aku gelengkan kepala perlahan.

"Mak, Bella minta maaf. Bella tau Bella salah." Mataku mula berkaca. Nasib baik dalam wad ni ada aku dengan mak je. Kalau ada dua family dalam ni maunya kecoh satu hospital. Mak pegang tanganku, erat. Pegangan kasih sayang.

"Semua orang buat salah Ngah, kita sebagai manusia mampu memaafkan tak mampu nak menghukum." Kata kata mak membuatkan air mataku deras mengalir. Aku hiraukan keadaan sekeliling. Ah kesah apa aku, tengah sedih ni. Aku banyak dosa.

"Jadi mak dah maafkan Angah?" Aku bertanya untuk mendapatkan kepastian. Memori yang lalu kembali berulang. Aku mengelamun lama sampai tanganku di terpuk perlahan oleh mak.

"Mak mana yang tak sayang anak." Semua kata kata mak membuatkan aku ingin menitiskan air mata. Aku senyum dengan keterpaksaan. Hati aku sakit sebab aku pernah buat dosa besar dengan keluar aku. Mak senyum ikhlas dan kemudian mengubah topik kerana mak dapat melihat lopak lopak air yang mula bertakung.

"Zafran tu baik orangnya. Mak suka." Katanya cuba menghiburkan hatiku kembali. Kalau ikutkan mak lagi sedih dari aku tapi aku nampak kegagahan mak untuk nampak kuat di hadapan aku. Kekuatan seorang ibu.

"Yeke?" Aku mula menenangkan diri tu dan cuba menghiburkan hati sendiri. Kalau mak boleh jadi kuat kenapa aku tak boleh jadi sekuat mak. Women is strong ok. Ewah. Mak tergelak kecil kerana aku bertanya sambil mengangkat sebelah keningku berulang kali.

"Yelah. Full package. Handsome. Kaya dan berkerjaya." Dengar sahaja dengan intonasi mak aku mula lega. Mak betul betul suka akan menantunya itu. Lapang sikit dada takda lah kes macam dalam drama tv, sikit sikit nak benci. Now, keluarga aku happy family huhu.

"Lagipun Zafran selalu jenguk mak dengan ayah masa Bella amnesia." Mak sambung ayatnya dengan tangannya sibuk mengupas kulit buah epal untuk diberi kepadaku. Mataku membulat, terkejut. Oh pergi jenguk parents aku senyap senyap eh, siap dia nanti.

"Abang Zaf ada hulur duit tak?" Jenguk tapi tak hulur duit buat apa kan. Mak berhenti dari mengupas epal tersebut dan tersenyum memandangku. Riak wajah seperi berkata 'aik, tak percaya suami ke?' Ha centu lah.

"Setiap bulan duit masuk." Kata mak dengan penuh yakin tanpa berselindung. Aku tarik senyum manis. Alhamdulillah aku tak salah pilih Zafran sebagai suami.

"Baguslah kalau macamtu."

Aku sandarkan belakang badanku di kepala katil. Tikaman yang di tusuk ke dalam perutku kini kembali pulih. Bila mengenangkan apa yang jadi selama ni aku mula sedar yang kawan tidak semestinya tidak boleh menjadi lawan. Kadang kawan baik adalah musuh kita yang paling dekat. Pada zaman penuh dengan kemodenan ini kita sebagai manusia tidak boleh terlalu percaya orang, tambah lagi yang selalu buat baik dengan kita. Kadang dia bagaikan ada niat di sebalik kebaikannya. Dia boleh jadi baik, dia juga boleh jadi jahat. Two different side.

"Assalamualaikum mak," seseorang memberi salam. Aku dan mak sama sama menoleh. Oh, Zafran. Zafran menarik tangan mak untuk di salami. Aku dan mak menjawab salam serentak. Zafran duduk di tepi katilku.

"Sayang sihat?" Zafran usap pipiku lembut. Aku jelingnya tajam. Gediknya! Mak hanya tergelak memerhatikan kelakuan aku dan Zafran. Zafran turut tergelak kecil kemudian mencubit kuat pipiku.

"Comelnya sayang ni," sambung Zafran dengan cubitan yang menyengat. Aku tepis tangannya kasar, sakit tau!

"Amboi garang—" mendayu saja setiap bait kata Zafran. Mak sudah pun siap mengupas kulit epal dan mula mengangkat punggung seperti mahu memberi ruang untuk aku bermanja dengan Zafran.

Suami StrangerWhere stories live. Discover now