Bab32

22.6K 646 29
                                    

"Hi ma." Sapaku dan terus duduk di bangku bersebelahan dengan Mama. Aku peluk mama sekuat kuatnya. Rindunya aku dengan mak. Kalaulah mama boleh berubah jadi mak.

Mama sedikit kaget tapi tidak pula cuba untuk meleraikan pelukan tetapi mama mengeraskan badan membuatkan aku sendiri melepaskan pelukan.

"Sorry ma. Rindu sangat sebabtu peluk kuat kuat." Kataku sambil menggaru belakang rambutku yang aku biarkan lepas. Mama hanya tersenyum dengan menepuk nepuk perlahan pahaku. Lagak seperti seorang ibu yang penyayang. YaAllah makin rindu pulak dekat mak dan ayah.

"Ha mama nak cakap apa dengan Bella." Aku cuba mengusir jauh jauh perasaan sebak yang aku rasakan. Terasa ingin menangis.

"Mama cuma nak cakap bila Bella dengan Zaf nak pindah rumah sendiri—" Mama tengah menghalau ke ni? Aku sedikit terasa hati. Mama seperti dapat membaca apa yang difikirkan oleh aku pantas Mama membetulkan katanya.

"—maksud mama , kamu berdua pun perlukan privasi kan? Mama bukan nak menghalau cuma..." Mama mengantungkan ayatnya. Hmm sebiji macam Zafran kot, kalau cakap mesti tergantung gantung. Lain kali tak payah gantung gantung ayat, tanam terus. Ok ok stop merepek Bella.

"Cuma apa ma?" Aku bertanya kerana musykil. Mama sedikit menunduk dan memegang erat tanganku.

"Mama nak cucu je. Biasalah dah tua ni kan mesti teringin nak main dengan cucu." La tu je ke ingatkan masalah besar apalah tadi, kacang je tu. Eh pebenda do kacang! Kalau Zafran dengar ni makin geli geliman lah dia bila berdua dengan aku. Mohon dijauhkan. Mukaku memerah seperti baru sahaja keluar daripada sauna.

"Kalau ada rezeki, adalah ma." Aku cuba menyedapkan hati mama. Padahal otak aku dah fikir macam macam. Usaha pun takda macam mana nak ada anak. Lagipun aku nak bersanding jugak. Ish, kuat berangan betullah aku ni.

"Ha borak apa tu?" Sergah seseorang yang kedengaran dari pintu masuk rumah. Aku dan mama pandang serentak. Oh, Zafran.

Zafran datang menghampiri aku dan mama dan duduk di tengah antara aku dan mama. Amboi anak manja betul. Melebih daripada Auni. Zafran ni kalau cakap apa pun dengan mama dan baba semua di turutkan. Jin apa lah suami aku pakai ni.

"Biadap betullah budak ni." Kata mama sambil menepuk belakang Zafran lembut. Zafran hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Senyuman yang tiada tandingan. Senyuman yang boleh buat aku kaku jadi batu untuk seketika.

"Apa yang ada rezeki adalah?" Zafran bertanya tentang apa yang aku katakan tadi. Gulp! Zafran dengar ke? Curi curi dengar rupanya. Aku gigit telinga dia kang. #Noted Bella vampire.

"Sibuk jelah." Jawab ku pantas sebelum mama. Aku tarik telinga Zafran sekuat hati. Padan muka! Siapa suruh curi curi dengar. Zafran mengaduh.

"Aduh, sakitlah sayang." Zafran cuba meleraikan tanganku daripada menarik telinganya tapi pantas aku menggigit tangannya membuatkan Zafran menjerit dan mengeluarkan suara jantan nya yang kedengaran seperti...

Suara pondan.

"Sayang, jangan sampai i gigit you satu badan malam ni." Zafran mengugut. Aku endahkan setiap katanya dan makin menguatkan tarikan di telingannya. Mama hanya menjadi pemerhati dan bergelak sakan.

Lama juga aku menarik telinga Zafran. Sampai mencarut carutlah Zafran menahan sakit sehinggalah mama memberhentikan perlakuanku.

"Dah dah. Sambung malam nanti ye." Kata mama meleraikan tanganku daripada menarik telinga Zafran. Aku memandang Zafran dengan pandangan kecil besar. Zafran menjelingku sambil menggosok gosok telinganya yang merah.

Aku ada banyak sebab kenapa aku tarik telinga Zafran. Sebab pertama, curi dengar orang cakap. Sebab kedua, gatal. Sebab ketiga, degil. Sebab keempat, mengada ngada. Ha banyaklah jugak sebabnya, lebih dari satu.

Suami StrangerWhere stories live. Discover now