"Semua barang dah kemas? Tak ada yang tertinggal kan?" Zafran bertanya sebelum bonet kereta di tutup. Aku hanya mengganguk.
Kami mulakan perjalanan pulang. Selamat tinggal Cameron! Walaupun takda kenangan manis dengan Zafran, aku tetap gembira kerana aku dapat luangkan masa dengan Zafran. Aku belek setiap gambar yang aku tangkap semasa berada di Cameron Highland menggunakan telefonku. Ada gambar aku yang ber-backgroundkan kabus. Lawa. Tapi ada satu gambar ni aku sedang tidur. Eh sejak bila aku ada tiga tangan nak tangkap gambar candid macam ni?
Aku toleh ke kanan memandang Zafran yang sedang kusyuk memandu. Oh main telefon aku senyap senyap ye. Siap!
Mata aku sudah melilau mencari telefonnya di dalam kereta. Eh mana pulak handphone dia ni.
I was born to tell i love you
Bunyi deringan telefon membuat aku menoleh ke arah Zafran. Ish letak handphone dekat poket seluar pulak dia ni.
"Tolong amekkan phone i" katanya. Aku sedikit terkejut. Takkan nak masukkan tangan dalam poket seluar dia kot.
"Tapi.." Aku serba salah. Aku perhati mukanya dan poket seluarnya silih berganti. Zafran berdengus.
"I tengah drive kan? Tolonglah angkatkan" aku tersenyum paksa dan dengan teragak agak aku menyeluk poket seluarnya. Mukanya kelihatan kosong. Ish tak rasa apa apa ke?
Aku tekan button hijau di handphone Iphone6 nya.
"Hell.." Belum sempat aku menyapa, talian sudah diputuskan. Eh main main pulak. Kalau nak call, call lah betul betul. Selepas sahaja talian diputuskan, satu mesej masuk.
From : Hilmi
Text : Bro, surat cerai kau dah
siap cetak. Bila nak
amek?Luluh hatiku ketika melihat mesej yang baru di hantar oleh seseorang yang bernama Hilmi. Peguam Zafran barangkali. Cerai? Sungguh cepat Zafran membuat keputusan. Heh, sedarlah Bella, Zafran tu bukan siapa siapa untuk kau. Dia layan kau sebab Kak Mira bukan sebab dia sayang kau. Zafran memang berniat untuk lepaskan aku. Kenapa? Kenapa bila aku dah boleh terima Zafran sebagai suami, dia buat aku macam ni? Heh mungkin aku patut terima hakikat yang aku cuma seorang 'stranger' yang mengucar kacir kan hidupnya. Aku letak perlahan lahan handphone nya di atas dashboard.
"Siapa?" Soal Zafran. Aku tersenyum hambar dan membalas " Hilmi mesej "
Zafran segera memberhentikan keretanya di tepi lebuh raya yang sibuk ini. Aku sedikit tersentak dan tersungkur ke hadapan. Huh nasib baik aku takda sakit jantung kalau tak dah lama ajal aku datang menjemput.
Zafran pantas mengambil telefonnya. Aku tak mampu melihat riak muka Zafran. Aku hanya mendiamkan diri dan membuang pandang ke luar tingkap.
"Bella.." Zafran cuba memanggio ku. Aku rasakan air mataku kini makin bertakung. Aku semahunya mahu mengelak daripada memandang tepat kearah mata Zafran. Aku tak mampu.
" Kereta dah banyak lah mesti jammed kejap lagi. Jomlah jalan" kataku tanpa memandang mukanya. Aku tak mampu. Tak mungkin aku boleh suka Zafran dalam masa singkat. Siapa Zafran? Kenapa muka dia familiar sangat. Macam pernah tengok..
Kedengaran Zafran mengeluh dan meneruskan pemanduannya. Aku terlelap di sisi nya.
" Weh aku malu lah" kataku ketika melihat seorang lelaki sedang berjalan bertentangan denganku.
YOU ARE READING
Suami Stranger
RomanceKalau mencintai itu senang seperti kata orang lain pasti aku akan mencintai Zafran dengan setulus hati sejak dari awal perkenalan. - Bella Kalau aku tau kau adalah jodohku, aku akan pastikan kau jadi milik aku dari dulu. Aku takkan tinggalkan kau...