Aku perhatikan keadaan sekelilingku, teringat akan memori tahun lepas. Lama betul aku tak datang sini. Aku tersenyum sendiri. Zafran memeranjatkan ku dengan memeluk erat bahuku. Aku sedikit kaget.
"Kalini kita check in hotel dulu eh baru pergi ronda satu Cameron Highland, ok?" Kata Zafran sambil membuka cermin mata hitamnya. Aku senyum dan mengangguk kecil.
"So kenapa pilih Cameron Highland?" Soalku ketika kami berdua berjalan menuju ke kereta. Zafran seperti berfikir dan selepas itu tersenyum sendiri. Gaya macam taknak balas soalan aku je.
"Rahsiaa..." Balas Zafran dengan sengihan yang masih tidak lekang dari bibirnya. Semua benda nak rahsia!
"Tell me.." Kataku secara tiba tiba. Ehem, sound serius please. Zafran memberhentikan langkahnya dan memandangku.
"Something, hm..."
"..rahsia." Zafran masih mahu berteka teki. Zafran tergelak kecil dan kembali melangkah. Aku pandang Zafran dengan jelingan yang tajam.
"Apa lagi yang awak rahsiakan daripada saya?" Soalku membuatkan Zafran memberhentikan langkah buat kali kedua. Zafran toleh kearahku dan berpeluk tubuh.
"Call me abang then i told you everything." Zafran menjawab soalanku dengan tenang tapi bukan ketenangan yang aku inginkan tapi jawapan. Aku nak tengok sama ada dia jujur atau tipu.
"No." Aku masih berdegil. Ehem perempuan kan memang keras kepala so sang suami sila tabah. Zafran masih berdiri bak tugu negara sambil tersengih.
"Ok kalau macamtu abang taknak bagitau." Kata Zafran dengan kembali memakai cermin matanya dengan pergerakan badan yang seperti mahu beredar. Aku pantas menarik tangannya.
"Saya tau semua rahsia awak k." Aku mengenyitkan sebelah mataku dan melepaskan pegangan.
"Abang Ril?" Seperti dapat mengagak terus nama Zafril di sebutnya. Aku hanya jalan ke depan dengan sengihan yang penuh makna.
"So sayang tau?" Alamak dia ni kalau nak tanya bagilah soalan penuh. Aku abaikan pertanyaan Zafran dan berjalan laju menuju ke kereta.
---------
"Bak kunci!?" Pinta ku apabila aku dan Zafran berada berdua duaan di dalam lif. Zafran pandangku dengan kerutan.
"Sayang nak rasmi kan bilik tu ke?" Sengihan Zafran bertukar kepada sengihan gatal. Susahlah dapat suami yang 24 jam asyik nak menggatal.
"Bilik apa pulak ni. Saya kata saya nak kunci bilik saya." Jelasku dengan lebih terperinci biar faham sikit Zafran nak mentafsir kata aku tadi.
"Kita tidur sebilik." Balas Zafran dengan yakin. Terus aku membulatkan mataku. Aku? Zafran? Sebilik? What the heck. Dulu bolehlah sebilik sebab masing masing boleh katakan 'no feeling' tapi kalau sekarang ah mahunya jadi lain.
Aku telan liur yang terkumpul. Gugup, mak kau!
"Kalau sebilik senang sikit nak 'buat' anak." Nada Zafran kedengaran menyakat. Nasib Zafran ni suami aku kalau tak dah lama pinggang dia patah patah aku kerjakan. Darah mula naik ke muka.
"Sebilik je belum tentu sekatil." Tepat tepat aku berkata sedemikian, pintu lif pun terbuka. Aku terus meluru laju keluar. Bila berdua ni selalu ada orang ketiga. Eh, tapi dia suami aku. Hahahahaha. #BellaSewel
Zafran membontoti (?) aku daripada belakang. Aku berhenti secara mengejut mengakibatkan Zafran melanggar belakang badanku.
"Asal berhenti?" Balas Zafran dengan wajah yang cool. Aku tau Zafran ni terkejut tadi tapi try jadi cool dengan isteri. Bajet macho je.
YOU ARE READING
Suami Stranger
RomanceKalau mencintai itu senang seperti kata orang lain pasti aku akan mencintai Zafran dengan setulus hati sejak dari awal perkenalan. - Bella Kalau aku tau kau adalah jodohku, aku akan pastikan kau jadi milik aku dari dulu. Aku takkan tinggalkan kau...