Bab41- EPILOG

23.1K 705 39
                                    

Beberapa tahun yang agak mencabar fizikal dan mental aku. Satu demi satu masalah aku hadapi sehinggalah kebahagian datang menjelma di kala aku begitu memerlukannya. Raut wajah yang menenangkan bagi jiwa aku, aku perhatikan lama. Zarith dan Zarif adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Wajah anak kecil itu terlalu menyentuh perasaan aku sebagai seorang ibu, begitu aku menyanyagi mereka berdua.

"Mama, tengok Zarif ambil my toy." Jerit Zarith yang berusia 5 tahun yang sedang bermain di halaman rumah. Aku menggelengkan kepala melihat telatah kembar tersebut. Kembar sepasang. Eh kejap, kenapa Zarith pandai cakap bahasa inggeris ni? Ha mesti Zafran lah duk mengajar diaorang sebelum tidur.

"Zarif, bagi balik permainan adik." Pinta aku tetapi arahan ku dibiarkan sepi oleh Zarif. Aku bangun dari duduk di buaian dan datang mendekati Zarif dan Zarith yang sedang bercakaran. Budak-budak ni memanglah.

Sampai sahaja di hadapan Zarif dan Zarith aku terus meleraikan pergaduhan antara mereka. Aku ambil permainan yang berada di tangan Zarif dan menyoroknya di belakang badan.

"Ok mainan dah hilang." Aku cuba untuk menipu kembar tersebut. Aku mengharapkan mereka tertipu tapi sangkaan ku melesit apabila mereka berbisik sesama sendiri dan terus meluru kepadaku dan terus menggeletek bahagian pinggangku.

"Hahahaha, stop!" Perkataan 'stop' diulang dan diselangi dengan gelak tawa yang berdekah. Haih, pinggang tu bahagia sensitif tau tak. Boleh mati tergelak lah aku macam ni. Eh, boleh pulak macam tu. Hahahaha. Aku jatuh terlentang di atas rumput palsu di Villa ZB.

"Mama tipu kitaorang." Kedengaran suara Zarith memarahi ku. Amboi, sorok mainan pun marah ke? Aku terus tergelak apabila serangan demi serangan di berikan sehinggalah 10 jari yang menggeletekku hilang. Aku berhenti ketawa dan memandang ke mana perginya seorang lagi kembar.

"Kesian lah mama." Zafran sedang mendukung Zarif. Aku bangun daripada terbaring dan terus mendapatkan Zarith. Aku senyum memandang Zafran. Muka yang aku tak muak untuk tengok setiap hari. Zarif minta di lepaskan daripada dukungan Zafran. Zafran hanya menurut. Zarif kembali bermain dengan kembarnya di halaman rumah meninggalkan aku dan Zafran berdua duaan.

"Hai sayang." Zafran peluk pinggangku kemas dengan kucupan sempat di hadiahkan di ubun ubun ku berdekatan dahi. Aku biarkan perlakuan Zafran dan hanya tersenyum. Allah, suami aku ni. Dah tua tua pun nak bermanja manja  mengalah Zarif dengan Zarith.

Aku tarik sebelah tangannya dan aku salam lembut. Dapat pahala tau setiap sentuhan dengan suami. Zafran masih dalam posisi memelukku apabila aku melepaskan salaman. Zafran pandang wajah aku lama sebelum aku berdehem kuat. Dah nak dekat satu dekad kahwin pun still berdebar bila kena tenung dengan Zafran. Ehem, rasa macam dah lama kahwin je.

"Sayang nampak lain lah." Zafran tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. Oh gosh tolong simpan lesung pipit tu boleh tak? Aku boleh pengsan dalam 5 saat kot kalau tengok lesung pipit dia. Aku kerutkan dahi apabila mendengar setiap kata Zafran. Lain macam mana tu? Aku gemuk ke? Atau aku dah tak lawa? Dia nak cari baru lah tu. Hati aku sudah merintih sedih. Ala aku taknak hilang dia.

Dengan secara tiba tiba aku peluk pinggang Zafran yang dilapisi beberapa abs dengan kemas. Zafran sedikit kaget tetapi lama kelamaan dibiarnya aku memeluk tanpa menolak.

"Jangan tinggalkan Iz." Kataku, keras. Nak kata bagi amaran, tak jugak. Nak kata merayu, tak jugak. Ha yang pasti jangan tinggalkan aku lah. Aku dapat rasa yang Zafran sedang tersenyum sendiri walaupun wajahku masih di dada Zafran tapi firasat seorang isteri kan kuat. Ehem, puji diri sediri doh.

"Siapa kata nak tinggalkan sayang?" Zafran menyoal dengan senyuman yang masih tersemai diwajah kacaknya. Payah betullah dapat suami yang suka senyum ni, setiap saat aku jatuh cinta bila tengok muka dia. Aku mencebik kemudian mencubit lengannya, manja.

Suami StrangerWhere stories live. Discover now